5 MASALAH KULIT BAYI DAN PANDUAN RAWATAN

by azszua03 on 18 August 2016

Kulit bayi sangat halus, lembut dan sensetif memerlukan penjagaan yang rapi. Ini kerana selepas dilahirkan bayi terdedah kepada perubahan suhu dan kelembapan. 6 bulan pertama kelahiran adalah waktu yang paling kritikal memerlukan penjagaan kulit yg rapi. Jangkitan dan juga kekeringan kulit antara masalah yg selalu berlaku diawal kelahiran.

Terdapat 5 masalah kulit si manja yg kerap dihadapi. Antaranya ialah

1. Kulit kering

Kulit kering adalah masalah paling kerap terjadi pada bayi. Ia tidaklah seteruk ekzema. Tetapi janganlah dibiarkan ianya berlarutan. Biasanya masalah ini berlaku dibahagian tertentu kulit bayi seperti dibahagian punggung ataupun di lengan atau kaki bayi.

bayi kulit kering, herbal blend, masalah kulit, dry skin

Cara mengurangkan masalah kulit kering ini ialah dengan :

  • Sekerapnya mengelap bahagian yang kering dengan tuala lembap agar kulit tida merengsa dan menyebabkan bayi tidak selesa.
  • sapu losyen sekerap mungkin dengan losyen yang pastinya sesuai dengan kulit bayi seperti Herbal Blend Cream yang diperbuat dari bahan semulajadi dan tidak mengandungi Paraben.
  • Kerap memandikan bayi juga salah satu cara agar kulit bayi sentiasa lembab dan membantu menurunkan suhu badan.

2. Ruam Panas

Raum panas juga sangat sering terjadi kepada bayi. Ia berpunca dari cuaca panas dan lembap dan sering menyebabkan kegatalan. Semasa cuaca panas, pori pori pada kulit bayi akan tertutup sekaligus menyebabkan bintik bintik merah yang gatal. Biasanya terjadi pada bahagian bahagian tertentu kulit bayi terutama bahagian lipatan atau tertutup dari peredaran udara seperti bawah leher, punggung, bawah lengan atau dikepala jika sering menggunakan topi pada bayi.

cadangan rawatan untuk melegakan ruam panas pada kulit bayi ialah dengan :

  • Mandikan bayi dengan air suam agar pori2 kulit terbuka
  • Pakaikan bayi dengan baju dari fabrik kapas dan elakkan baju tebal
  • Elakkan sama sekali pakaian bayi dari fabrik polyester tau nilon yg memerangkap haba
  • Lap bahagian ruam dengan tuala basah
  • Pastikan bayi anda berada didalam suhu sederhana, jangan berada ditempat suhu tinggi
  • Sapukan pada bahagian ruam dengan losyen yg tidak berminyak dan mudah menyerap seperti Herbal Blend. Pastikan losyen adalah dari sumber semulajadi.

3. Ruam Lampin

Masalah ruam lampin pada bayi kadangkala menjadikan ibu bapa bingung. Simpati melihat kulit bayi merah dan kegatalan. Masalah ini biasa berlaku pada bayi berusia 6 bulan hingga 12 bulan. Peranan ibu bapa sgt dititikberatkan diwaktu ini, kebersihan dan kekerapan menukar lampin sewaktu bayi membuang air besar dan kecil sgt penting bagi mengelakkan atau melegakan masalah ini.

ruam lampin, rawat ruam, herbal blend utk ruam, krim ruam, krim semulajadi, masalah kulit bayi, kulit kering, krim organik, tanpa paraben, krim bayi

Kerap tukar lampin bayi

Ruam lampin ini biasanya terjadi akibat jangkitan bakteria apabila ibubapa tidak menitikberatkan kebersihan pada bayi terutama dibahagian punggung bayi. Sedia maklum kulit bayi masih terlalu sensetif dan mudah mendapat jangkitan sekiranya dipandang remeh.

Bagaimana mengelakkan ruam lampin terjadi atau merawat masalah ruam lampin?

  • Tukar diaper atau lampin secepat mungkin selepas bayi anda membuang air besar atau kecil. Sekerap mungkin.
  • Gunakan sabun organik yang bebas bahan kimia sewaktu mandi atau membersihkan bayi. Elakkan menggunakan produk yang tinggi bahan kimia
  • Jangan pakaikan lampin terlalu ketat atau tidak sesuai dengan saiz diaper. Pastikan berlaku pengudaraan yang baik.
  • Setiap kali menukar diaper, pastikan kawasan alat sulit dan punggung bayi dibersihkan dengan tuala lembap sebelum memakai diaper baru.

4. Kerak Kepala

Cradle Cap atau kerak kepala terjadi kepada bayi dibawah usia 6 bulan. Ia kelihatan seperti kelemumur yg bertempek dikepala. Kadangkala ia berdebu dan gatal. Kepala bayi aka diselaputi kerak yg bertompok, dan bersisik kekuningan. Jangan kopek atau tanggalkan sesuka hati ya!

Cuba guna kaedah ini bagi merawat masalah kerak kepala bayi.

  • Kerap membasuh kepala bayi menggunakan syampu bayi yg kandungannya organik atau semulajadi dan bebas bahan kimia.
  • Gunakan minyak bayi atau minyak kelapa atau minyak zaitun di kepala bayi untuk melembutkan kerak kepala tersebut.
  • Gunakan berus bayi dan sikat bayi dan sisir perlahan lahan. Buat setiap hari dengan teliti dan sabar.
  • Gosok minyak pada kepala bayi sekerap mungkin.

5. Ekzema

Ekzema antara masalah yang agak serius pada kulit bayi. Ia tidak boleh dirawat tetapi boleh dikawal. Ekzem biasanya menyebabkan kulit bayi bersisik kemerahan dan bengkak. Jika terlalu bermasalah ia boleh menyebabkan berlaku luka dan pendarahan. Kebiasaannya ia meliputi bahagian muka, leher, kaki, tangan dan bahagian badan. Kes ekzema perlu dirujuk kepada dermatitis terlebih dahulu bagi mengawalnya.

Selain itu ibu bapa juga disarankan faham dan peka dengan masalah ekzema bayi mereka untuk mengelakkan ia menjadi semakin teruk. Antara langkah bagi mengawal masalah ini ialah :

  • Pakaikan pakaian kapas 100% kepada bayi anda, kulit bayi ekzema memerlukan pengudaraan yg baik.
  • Elakkan makanan yg menjadi pencetus kepada ekzema bagi ibu yang menysukan bayi mereka
  • sentiasa pastikan kuku ibu dan bapa serta bayi dalam keadaan pendek bagi mengelakkan pendarahan jika mengaru kulit yg gatal.
  • Sentiasa sapu krim atau pelembab yg bebas bahan kimia dan organik seperti Herbal blend setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur.

kelima lima masalah kulit bayi ini memerlukan perhatian yang lebih bukan sahaja dari segi kebersihan, tetapi juga pemakanan bayi. Bagi memenuhi keperluan nutrisi kulit, ibu yang menyusu saya sarankan mengambil pemakanan yang sihat dan mengambil supplemen sebagaimana ibu menjaga kulit mereka sendiri. Sila baca artikel saya sebelum ini tentang mendapatkan kulit yg sihat dan bersih. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi, apa lagi jika susu ibu dilengkapkan dengan nutrisi terbaik dari supplemen yang diambil. Ia akan disalurkan terus kepada bayi anda.

Selamat mencuba!

sila hubungi saya untuk konsultasi

NoorAzmiah Moahamd

0103223139 (wsp)

0192423139 (call)

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: