APA ITU G6PD? BAHAYAKAH G6PD? 

by azszua03 on 22 August 2016

Assalamualaikum… bersiaran dari Cameron Highlands kita malam nih..hihi..ditemani suhu sejuk sampai ketulang…rasa tak lengkap pula tak update entry hari ni…at least nak update apa yg saya baca masa on my way kesini tadi. Dalam kereta 3-4jam…dapatlah tambah tambah berapa ilmu dari pembacaan. So bila update kat sini lebih la ingat apa yg dibaca tadi. Hari ni saya baca pasal G6PD…so jom saya share skit..

1472231196435

Apa itu G6PD?

G6PD ialah singkatan nama bagi enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat dalam sel darah merah. Fungsi enzim ini ialah melindungi sel darah merah daripada pecah apabila terdedah kepada ubat ubatan tertentu, pemakanan dan juga jangkitan.


Bahayakah G6PD?

Kekurangan enzim G6PD bukanlah satu kecacatan dan bukan satu penyakit. Ia hanyalah satu fenomena keturunan yg melibatkan kedua dua jantina lelaki dan perempuan. Kekurangan enzim G6PD ditentukan oleh kromosom X, oleh kerana itu kebanyakan yg mengalami G6PD ialah lelaki. Manakala kaum perempuan biasanya ialah pembawa.

Hemolisis atau proses pemecahan sel sel darah merah sekaligus menyebabkan anemia. Di Malaysia semua bayi yg baru dilahirkan akan disaring untuk mengenalpasti kekurangan enzim G6PD. Orang Asia antara golongan yg paling ramai menghadapi G6PD.

G6PD tidak mengganggu perkembangan dan tumbesaran kanak kanak yg menghidapinya. Semua penghidap G6PD boleh menjalani kehidupan yg normal asalkan peka terhadap pengambilan ubat ubatan dan juga pemakanan mereka. Jadi, nyatalah disini G6PD tidak merbahaya selagi penghidapnya menjaga pemakanan dan ubat ubatan yg diambil dan menjalankan hidup secara sihat bagi mengelakkan hemolisis berlaku.

Walaubagaimana pun, bagi bayi yg baru dilahirkan sekiranya memiliki G6PD sekaligus menghidapi jaundis, perhatian lebih diperlukan kerana boleh menyebabkan kematian atau kecacatan neurologi yang kekal terhadap bayi tersebut.

Kesimpulannya, ibu bapa yg memiliki anak G6PD atau pun penghidap G6PD haruslah peka dengan persekitaran dan pemakanan mereka bagi menjalani hidup sihat dan normal. Tiada masalah yg perlu dirisaukan jika anda G6PD.

Oklah itu sahaja yang ingin saya kongsikan buat hari ini…insyaallah entry seterusnya berkenaan Apa yang perlu dielakkan oleh penghidap G6PD dan apakah rawatan yang sesuai untuk golongan ini…stay tune!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: