APA ITU HFMD? APA SIMPTOM HFMD?

by azszua03 on 27 August 2016

APA ITU HFMD?

Hfmd atau lebih dikenali sebagai penyakit tangan, kuku dan mulut sangat dibimbangi dikalangan ibu dan bapa. Hfmd ialah jangkitan yang disebabkan oleh virus yg dikenali sebagai Enterovirus Coxsackie A16 (CoxA16) dan Enterovirus 71 (EV71).

1472280070294

Penularan penyakit Hfmd berkait rapat dengan jangkitan secara sentuhan langsung kepada cairan hidung, air liur, lepuh atau najis kanak kanak yg telah dijangkiti. Penyakit ini sgt berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran.

Kebiasaannya HFM hanya berlaku kepada kanak kanak berusia 7tahun kebawah. Bagaimana untuk mengetahui bahawa anak anda dijangkiti FHMD?

APA SIMPTOM SIMPTOM HFMD?

Antara simptom atau kesan awal untuk mengetahui sama ada anak anda dijangkiti HFMD atau tidak ialah dengan melihat tanda tanda dan perubahan pada tubuh sikecil anda. Simptom biasa terjadi ialah :

1. Demam

Kebiasannya anak yg dijangkiti HFMD akan diserang demam terlebih dahulu. Suhu badan akan meningkat akibat sistem imun cuba melawan virus yang baru dijangkiti. Jangan biarkan suhu terlalu tinggi.

2. Ulser di mulut

Ulser atau lepuh didalam mulut akan mula terjadi. Anak akan mula menolak utk susu atau makan. Air liur juga akan mula tidak dpt dikawal.

hfdm

Jangkitan disekitar mulut dan dalam mulut.

 

3. Lepuh atau ruam di kaki dan tapak tangan

Paling ketara apa anak anda dijangkiti HFMD ialah apabila anda lihat sesekitar tapak tangan dan juga tapak kaki timbul bintik bintik merah seperti ruam. Kadangkala terdapat juga disekitar mulut, siku dan lutut.

Sekiranya anda mendapati simptom ini ada pada anak anda segeralah ke hospital berhampiran. Jangan tunggu lebih lama lagi kerana boleh memudaratkan si kecil. Jangkitan HFMD yg melibatkan virus EV71 boleh menyerang paru paru dan otak kanak kanak.

Jika anda mengetahui ada berlaku jangkitan dipersekitaran anda, mulakan langkah berjaga jaga dan ambil langkah langkah untuk mencegah dari anak anda dijangkiti serta ketahui cara untuk merawat HFMD.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: