10 SIMPTOM UTAMA PCOS

by azszua03 on 29 August 2016

Entry sebelum ini saya sudah menerangkan Apa itu PCOS dan apa punca PCOS. Kali ini saya ingin menulis tentang simptom simptom yang biasa terjadi kepda penghidap sindrom ini. Mungkin penulisan ini boleh dijadikan panduan untuk anda melihat sekiranya ada terdapat ciri ciri PCOS pada diri anda sendiri. Walau bagaimanapun, ini cuma simptom yg mungkin terjadi, untuk pengesahan atau diagnosis,anda boleh membuat imbasan di klinik atau hospital berhampiran.

Antara 10 simptom PCOS yg sering dikenalpasti ialah :

Signs-and-Symptoms-of-Polycystic-Ovary-Syndrome-PCOS-2

1.Kitaran haid yang tidak teratur.

Simptom yg paling kerap terjadi kepada penghidap PCOS ialah mempunyai kitaran haid yg tidak teratur. Kadangkala jarak antara satu kitaran hingga ketaran seterusnya sehingga 3 hingga 6 bulan. Ini bermakna proses pengovulasian tidak berlangsung.

2. Tidak haid pada tempoh yg lama.

Amenorea atau keadaan dimana tiada mensturasi dalam satu tempoh yg sgt lama seperti setahun. Keadaan ini juga dikenali sebagai tempoh ovari tidak mengeluarkan Ovum.

3. Kewujudan bulu dikawasan muka dan juga badan.

Simptom ini juga paling kerap terjadi dikalangan penghidap PCOS. Wanita PCOS akan kelihatan memiliki rerambut halus diwajah seperti dibahagian atas bibir (misai) dan dikawasan dagu (janggut). Ini berlaku disebabkan lebihan hormon andorgen atau dikenali sebagai hormon lelaki.

4. Keguguran rambut yang teruk.

Masalah ini ramai yg hadapi,tapi utk penghidap PCOS, keguguran rambut adalah sgt kronik dan kadangkala menyebabkan rambut nipis atau hampir botak.

5. Kulit bertukar gelap kehitaman.

Kulit bertukar warna kehitaman disesetengah bahagian badan juga merupakan salah satu simptom kepada PCOS. Kebiasaannya bahagian belakang badan, dibahagian tengkuk, celahan lipatan tangan atau lutut dan juga di jari tangan. Ia berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon dalam badan penghidap.

6. Jerawat.

Ini juga salah satu simptom yg boleh dilihat dengan ketara. Pertumbuhan jerawat dimuka mahupun dibahagian badan adalah akibat dari ketidakseimbangan hormon. Kulit muka menjadi lebih berminyak dan mudah terjadinya jerawat.

7. Kenaikan berat badan.

Kenaikan berat badan bagi penghidap PCOS adalah kerana tindak balas yg rendah terhadap insulin mahupun kerintangan insulin sekaligus merendahkan tahap metabolisma tubuh. Berat badan mudah untuk naik tetapi sukar untuk diturunkan.

8. Tekanan darah meningkat.

Ia berkait langsung dengan berat badan dan kerintangan insulin dalam badan. Tekanan darah akan meningkat dan jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit diabetes dan jantung juga mudah untuk dihidapi.

9. Stres.

Stres adalah simptom yg juga dilihat pada penghidap PCOS, ini boleh memburukkan lagi keadaan sekiranya tidak dikawal sehingga penyebabkan penyakit kronik yg lain seperti jantung, kencing manis fan juga tekanan darah tinggi.

10. Kemurungan.

Simptom ini berkait rapat dengan simptom diatas iaitu stres. Stress yg tidak terkawal akan mentebabkan kemurungan dan simptom2 yg lain akan menjadi lebih parah.

Demikian tadi simptom yg biasanya terjadi kepada penghidap PCOS. Jika terdapat lebih dari 5 tanda tanda yg tersebut diatas, boleh la anda membuat pengesahan dan diagnos di hospital hospital berhampiran. Langkah awal boleh diambil sekiranya anda disahkan PCOS.

{ 2 comments… read them below or add one }

Suriaamanda August 31, 2016 at 11:29 pm

Macam-macam sekarang kan..wanita bekerja kena peka terhadap sindrom PCOS ni…kadang2 sebab terlalu sibuk dengan kerjaya juga antara puncanya…

Reply

azszua03 September 1, 2016 at 12:26 pm

stress biasanya antara penyebab

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: