APA ITU PCOS? DAN APA PUNCA PCOS?

by azszua03 on 29 August 2016

Assalamualaikum dan bersiaran kita di entry baru hari ini. Hari ni saya nak cerita tentang PCOS. Sindrom yg sering dimiliki oleh seorang wanita tanpa mereka sedari sehingga menyebabkan mengganggu kesuburan. Sebelum sebelum ni saya byk kupas tentang Cyst yg mengganggu kesuburan dan juga Fibroid yg sering terjadi pada wanita kan. Hari ini, Jom sama2 kita fahami apa itu PCOS pula.

APA ITU PCOS?

PCOS atau PolyCystic Ovary Syndrome adalah dimana ovari seorang wanita wujud didalamnya gugusan sista sista yg teratur seperti gugusan anggur. Sista sista ini merupakan folikel yg gagal menghasilkan ovum dan tidak mengalami pengovulan. Saiz sista sista ini antara 2mm – 8mm sahaja.

pcos2

Perbandingan antara Ovari normal dan Ovari PCOS

Punca terjadi PCOS

Sista sista ini hanyalah salah satu simptom yg wujud kepada penghidap PCOS dan bukannya punca terjadinya PCOS. Punca PCOS yg sebenarnya ialah ketidakseimbangan hormon (follicle stimulating hormone, FSH) dan (luteinising hormone, LH) yang bertanggungjawab dalam meransang pembesaran folikel dan penghasilan Ovum.

Penyebab utama terjadinya PCOS

Sebenarnya para penyelidik masih tidak mengetahui dengan tepat penyebab terjadinya ketidakseimbangan hormon FSH dan LH yg mennjadi punca PCOS. Tetapi ada beberapa faktor yg berkait rapat yg dikatakan menjadi penyebab terjadinya PCOS. Antaranya ialah :

  • Faktor Genetik atau keturunan.

Salah satu penyebab yg diselidiki ialah kebanyakan kes PCOS ini adalah disebabkan faktor genetik dimana jika terdapat ahli keluarga terdahulu yg menghidapi sindrom ini, kemungkinan keturunan seterusnya juga akan menghidapi.

  • Kegagalan pengovulan

Ketidakseimbangan hormon FSH dan LH menyebabkan folikel tidak membesar utk mengeluarkan ovum dan akhirnya menjadi sista sista yg terbiar. Tekanan perasaan dan diet yg tidak sihat adalah antara penyumbang kepada kegagalan pengovulan. Kegagalan pengovulan inilah yg menjadi penyebab PCOS.

  • Kegagalan badan bertindak balas dengan insulin.

Asas atau punca PCOS juga dikatakan bermula apa bila badan tidak bertindak balas terhadap hormon insulin. Seterusnya menyebabkan peningkatan insulin dalam darah atau hiperinsulinemia. Peningkatan ini menyebabkan hormon adrogen turut meningkat sekaligus menyebabkan gangguan sistem respon hipotalamus, pituitari dan ovari. Folikel yg masih tidak matang di ovari tidak dapat menukar androgen yg terhasil kepada estrogen iaitu hormon yg sepatutnya terhasil utk pembesaran folikel.

Complicated tak? Gitulah wanita kan…semuapun complicated dan unik. Ok itulah serba sedikit penerangan terhadap Sindrom polisistik Ovari. Banyak lagi persoalan yg timbul mengenai PCOS ini antaranya Apa simptom simptom PCOS dan juga Adakah Rawatan untuk sindrom ini. Insyaallah akan cuba saya kupaskan satu persatu di entry akan dtg. Stay tuned!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: