RISIKO BAHAYA BAGI PENGHIDAP PCOS

by azszua03 on 14 September 2016

Setiap permasalahan pasti ada risiko yang terpaksa dihadapi. Begitu juga dengan penghidap PCOS. Ia nampak remeh diawalnya sehingga selalunya penghidap PCOS sendiri tidak menyedari kehadirannya melalui simptom simpton awalnya, tetapi mempunyai risiko yang merbahaya untuk jangkamasa panjang adalah sgt menakutkan. Antara risiko jangkamasa panjang yg tinggi peratusannya dihadapi oleh penghidap PCOS ialah :

1473893248383

1.Sindrom Metabolisme.

43% dari penghidap PCOS berhadapan dengan permasalah ini. Sindrome Metabolisme ataupun Metabolic Syndrome juga dikenali sebagai Sindrom x atau Sindrom Kerintangan Insulin, ia merupakan gabungan beberapa permasalahan yang meletakkan penghidap PCOS didalam risiko menghidapi penyakit jantung dan juga diabetes melitus type 2. Ia umpama “bom jangka” bagi seseorang yang berisiko menghadapinya. Cerita lanjut mengenai Sindrom Metabolisme disini.

2. Diabetes Melitus

Lebih kurang 10% dari wanita yang menghidapi PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis atau Diabetes Melitus type 2. Manakala 30% hingga 40 %  wanita yg menghidap PCOS akan mengalami gangguan tolenrasi glukos ( impared glucose tolerance) apabila usia menjangkau 40 tahun.

Hiperinsulinemia dan kerintangan terhadap insulin ini bukan sahaja meningkatkan risiko kepada diabetes melitus tetapi juga kepada beberapa penyakit merbahaya lain seperti darah tinggi, aras trigliserida yg tinggi dalam darah, pengurangan paras kolestrol baik HDL dalam darah dan sekaligus meningkatkan risiko terhadap penyakit jantung dan juga salur darah.

3. Penyakit Berkaitan Jantung dan Salur darah.

Penyakit berkaitan ateri koronari terjadi apa bila plak terbina di dinding saluran arteri atau salur darah. Plak plak ini menyekat aliran darah yanag mengangkut oksigen yg sepatutnya sampai kepada otot otot jantung. Kegagalan ini akan menyebabkan otot otot jantung mengalami serangan jantung dimana kesesakan nafas juga akan berlaku. Peningkatan penyakit jantung ini berkait rapat dengan masalah diabetes yang dihidapi oleh penghidap PCOS.

Peningkatan hormon testosterone bagi penghidap PCOS juga meningkatan penghasilan Low Density Lipoprotien(LDL) dan sekali gus menurunkan paras HDL. Kolestrol tinggi ini menyebabkan meningkatnya penyakit koronari dan penyakit jantung.

4. Kanser Rahim

Kaser rahim atau kanser endometrium adalah kanser yang terjadi dibahagian dinding rahim. Ia berkait rapat dengan sejenis hormon yang dipanggil estrogen. Bagi wanita yang menghidapi PCOS, kandungan hormon estrogen adalah tinggi dari dalam badan wanita itu sendiri mahupun dari ubat ubatan yang diambil semasa rawatan. Begitu juga disebabkan masalah tidak mengalami pengovulan dan kitaran haid tidak berlaku dengan teratur dlm jangkawaktu yg agak lama menyebabkan di dinding rahim menebal secara tidak normal dan dibiar tanpa rawatan dan akhirnya menyebabkan terjadinya kanser rahim.

388x210_brca_positive_managing_your_ovarian_cancer_risk

ubat ubatan yg diambil menyumbang kepada kenaikan hormon estrogen

5. Kanser Payudara

Kanse payudara adalah kanser yg paling digeruni oleh kaum wanita. Ia merupakan kanser paling utama yg menyerang wanita di Malaysia. Walaupun, risiko utk penghidap PCOS menghidapi kanser payudara masih kurang jelas, langkah berhati hati perlu diambil. Kanser ini juga agak sukar dikesan diperingkat awal. Tetapi terdapat gejala gejala yg boleh dijadikan panduan oleh semua wanita seperti berlakunya perubahan pada bahagian payudara seperti terjadinya ketulan dipayudara, perubahan warna dan struktur payudara, terasa ketulan dibahagia  bawah ketiak, keluar lendiran atau darah melalui puting ataupun mengalami luka yg sukar sembuh. Segeralah membuat pemeriksaan dan rawatan.

6. Kanser Ovari

Mengikut kajian, wanita yang menghidapi PCOS mempunyai risiko 2 hingga 3 kali ganda berbanding wanita normal menghidapi kanser ovari. Kanser ovari merupakan kanser reproduktif wanita yang paling merbahaya dan sukar dirawat. Di Malaysia kanser ovari adalah yg ke 3 paling kerap terjadi dikalangan wanita negara ini dan mempunyai kadar kematian paling tinggi. Ini terjadi disebabkan kanser ini sukar dikesan diperingkat awal dan kelewatan menyebabkan ia sukar dikawal dan dirawat. Ia kebiasaannya berlaku dikalangan wanita berusia 40 tahun ke atas dan paling kerap terjadi dikalangan wanita berusia 50 hingga 59 tahun di negara ini. Walau bagaimanapun terdapat juga kes yg terjadi kepada golongan wanita lebih muda dan gadis belasan tahun.

Ok…mmg rasa seram bila baca risiko2 yang kemungkinan boleh dihadapi oleh penghidap PCOS ni kan. Saya yang menulis ini pun rasa seram sejuk. Semoga kita semua dilindungi Olehnya. Ingatlah untuk menjaga tubuh badan kita sebaik mungkin. Insyaallah entry seterusnya akan saya kongsikan sedikit pengetahuan berkenaan rawatan dan ikhtiar untuk penghidap PCOS hasil dari pembacaan saya. Doakan saya dipermudahkan.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: