RAWATAN UNTUK PENGHIDAP PCOS

by azszua03 on 23 September 2016

Assalammualaikum…

Hari ni nak cerita tentang rawatan rawatan yang biasanya diberikan  kepada penghidap PCOS. Sebelum ini anda telah mengetahui apa itu PCOS serta puncanya, dan juga simptom simptom PCOS. Jadi tak lengkap jika tidak mengetahui tentang rawatan rawatan yg boleh diberikan kepada penghidap PCOS untuk mengurangkan risiko bahaya kepada mereka.

APA RAWATAN UNTUK PCOS?

Antara rawatan yg boleh diberikan kepada penghidap PCOS ialah :

  • Menggunakan ubat ubatan sentetik bagi menghasilkan proses pengovulan.

apa itu PCOS, bagaimana PCOS terjadi, Bahaya PCOS, cegah PCOS, definisi PCOS, gejala PCOS, hamil dan PCOS, kanser ovari, kanser payudara, kanser rahim, kesuburan, masalah kesuburan, PCOS masalah kesuburan, penyakit PCOS, punca kanser payudara, rawatan PCOS, risiko PCOS, siapa PCOS, simptom PCOS, tanda tanda PCOS, TTC dan PCOS, pil perancang

Masalah utama bagi penghidap PCOS ialah tidak mengalami pengovulan bermakna tidak datang haid dalam jangkamasa yg lama hingga kadang kala lebih 1 tahun. Bagi menangani masalah ini, rawatan melalui ubat ubatan sentetik seperti ubat perancang keluarga diberikan. Walau bagaimana pun kemungkinan penggunaan ubat sentetik yang agak lama berterusan akan mendatangkan mudarat. Bagi penghidap PCOS juga folikel folikel di ovari penghidap PCOS sangat sensetif dan mudah teransang jika dose yang digunakan tidak tepat. Walau bagaimanapun, bagi penghidap PCOS terdapat suplemen yang lebih sesuai dan semulajadi serta dijamin selamat sebagai alternatif kepada ubat ubatan sentetik.

  • Proses pengurangan berat badan bagi yg mengalami masalah berat badan dan PCOS

Bagi penghidap PCOS yang mengalami masalah berat badan, rawatan yg paling mudah dan tidak memerlukan kos yg tinggi ialah dengan menurunkan berat badan kepada berat badan ideal atau ada juga pakar perubatan yg mengesyorkan membuang sekurang kurangnya 10% dari berat badan skrg sekiranya anda mengalami obesiti bagi mengurangkan risiko risiko PCOS. Penurunan berat badan ini banyak membantu dalam pengurusan kitaran hormon badan dan juga mengurangkan masalah sindrom metabolik. Jika anda ingin tingkatkan metabolisme sekaligus membantu menurunkan berat badan boleh ke halaman ini.

  • Pembedahan kecil melalui penebukan ovari ( ovarian drilling).

apa itu PCOS, bagaimana PCOS terjadi, Bahaya PCOS, cegah PCOS, definisi PCOS, gejala PCOS, hamil dan PCOS, kanser ovari, kanser payudara, kanser rahim, kesuburan, masalah kesuburan, PCOS masalah kesuburan, penyakit PCOS, punca kanser payudara, rawatan PCOS, risiko PCOS, siapa PCOS, simptom PCOS, tanda tanda PCOS, TTC dan PCOS, ovarian drilling, laparoscopy

Rawatan ini boleh dibuat untuk masalah PCOS tetapi agak memerlukan kos yang tinggi kerana melalui pembedahan atau penebukan ovari. Laparoscopy Ovarian drilling adalah utk mengatasi masalah selaput pada ovari yg tebal bagi pengidap PCOS yg mana selaput tersebut menyukarkan pengovulan. Beberapa lubang akan ditebuk menggunakan alatan khas pada ovari yg dianggarkan mengandungi folikel yg mampu membesar dan mengalami pengovulan. Rawatan ini juga dilakukan bagi meningkatkan peluang kehamilan bagi penghidap PCOS.

Selain daripada rawatan rawatan diatas, beberapa tips pemakanan juga boleh diamalkan oleh penghidap PCOS bagi mengurangkan masalah ini. Semoga entry kali ini memberi manfaat kepada yg memerlukan.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: