TIPS ASAS PEMASARAN MELALUI BLOG

by azszua03 on 9 October 2016

Assalamualaikum geng!

Blog adalah medium pemasaran yang sgt efektif. 92% pengguna internet di Malaysia menggunakan Google setiap hari. Bayangkan market yg sangat luas. Walau bagaimananpun JANGAN BERBLOG JIKA ANDA MAHUKAN HASIL YANG CEPAT!!. Blog adalah perlaburan, sebuah pelaburan tidak mendatangkan hasil yg cepat.

Blog yang konsistan penulisan dan juga perkongsian bermanfaat mungkin memakan masa 6 bulan, 12 bulan untuk convert kepada belian. Jadi, sekali lagi saya katakan, Jangan berblog jika anda tidak sabar dan tiada niat lain selain inginkan DUIT! 

Tapi jika anda mempunyai niat untuk memberi manfaat kepada kehidupan org lain seperti berkongsi maklumat kesihatan supaya ramai org diluar sana boleh mengaplikasinya. Blog adalah medium yang paling sesuai. Terutama jika anda mempunyai bisnes seperti Bisnes Shaklee ini.

Kenapa? Kerana Bisnes Shaklee ialah lifetime business. Dalam Shaklee juga anda tidak melakukan bisnes untuk setahun dua, tapi untuk diwarisi sehingga keanak cucu juga, jadi manfaat ini boleh anda kongsikan diblog anda. Selain itu bisnes shaklee sesuai adalah kerana ia bisnes yang perlu dikongsikan kepada org ramai, bisnes yang perlu networking, bisnes yang mengajak org ramai mengamalkan hidup sihat. Blog adalah tempatnya.

Asas Pemasaran Blog

Asas Pemasaran melalui Blog ialah PENULISAN. Ya! tak tulis bermakna tak berlakulah pemasaran. Lagi banyak anda tulis, lagi banyak pemasaran yang dibuat. Tapi bagaimana penulisan yang boleh memasarkan produk? Takkan tulis sembarangan sahaja kan? mari saya bagi tips penulisan blog yang berkesan.
asas_bloging, tulis blog, create blog, love blog, asas blog, tips blog,
  • Tulis dengan yakin.

Menulis perlu yakin. Bila yang menulis yakin, yang membaca pun akan mendapat tempias keyakinan itu. Jangan reka-reka cerita pulak untuk menjadikan penulisan anda lebih menarik. Tak bagus la kan dari segi etika dan juga dah macam menipu pulak.

Tak perlu cerita yang berat berat pun, tulis apa yang anda lalui setiap hari pun sudah lebih dari cukup. Kaitkan dengan apa yang anda lalui dan apa yang anda boleh cadangkan kepada pembaca. Penulisan yang jujur “lebih sampai” kepada pembaca. Jangan putar belit cerita yang mudah sehingga pembaca tidak faham. Mmg bakal satu entry tu jelah pembaca itu singgah…hehehe

Perkara yang sering membuat anda tidak yakin apabila menulis ialah “ada ke orang nak baca tulisan saya?” betul tak? kalau anda berfikiran begitu cepat2lah istighfar, kenapa perlu bersangka sangkakan?. Tulis sahaja dengan yakin pasti akan ada yang membaca selagi anda rajin menulis.

Penulisan mmg perlukan latihan…semakin hari anda akan menjadi semakin mahir dan semakin baik dlm penulisan. Penulisan 2 tahun dahulu pasti tidak sama dengan penulisan sekarang. Tapi jika anda tidak pernah mulakan…bilakah yang akan anda dapat yang terbaik?

  • Menulis untuk pembaca.

Apabila anda menulis, haruslah menjadi seorang pembaca juga. Perlu ada target pembaca. golongan seperti mana yang anda ingin menjadi pembaca anda. Tulis ikut pengayaan anda. Tak perlu menjadi skema. Tak kisah jika anda rasa “Syok sendiri”…terutama jika berkongsi pengalaman anda.

Tiada siapa yang boleh menafikan penulisan anda tersebut sebab ia memang pengalaman anda yang tidak dilalui oleh orang lain. Tulis seolah olah anda bercerita pada kawan anda. Pasti akan ada pembaca. Jangan buat tanggapan sebelum anda melakukan apa apa penulisan.

asas blog, tips blog, tlsi blog, cara tulis blog, lgingove blog

 

Itulah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan apa yang saya buat dan yg saya pelajari. Insyaallah lagi Entry tips perniagaan melalui Blog akan saya kongsikan dimasa akan datang. Selamat Berblogging!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: