RETINOPATI DIABETIK KOMPLIKASI SARAF MATA PENGHIDAP DIABETES

by azszua03 on 12 October 2016

Assalamualaikum semua…

Hari ni dapat ilmu sikit dari salah sorang cucu shaklee saya yg bekerja di sebuah klinik mata di ibu negara. Saya share di blog ini supaya lebih ramai mandapat manfaatnya.

Sebagaimana semua sedia maklum, diabetes menyebabkan komplikasi bahaya jika tidak dikawal. Antara komplikasi yg sering terjadi kepada penghidap diabetes ialah masalah mata.

Masalah mata bagi pesakit diabetes biasanya menjurus kepada penyakit mata retinopati diabetik. Retinopati diabetik boleh menyebabkan pendarahan dalam mata dan seterusnya mata menjadi buta jika tidak dirawat lebih awal.

Penghidap diabetes yg mengalami retinopati diabetik akan mengalami masalah penglihatan secara perlahan lahan. Permulaan penglihatan akan menjadi kabur sedikit demi sedikit.

Mata mempunyai berpuluh ribu pembuluh darah dan saraf. Kandungan gula yg tinggi menyebabkan pembuluh darah pada mata menipis dan seterusnya gula yg tinggu boleh menyebabkan pembuluh darah pecah.

retinopati diabetik, saraf mata, rosak mata, diabetic retinopathy, sakit mata, saraf rosak, saraf diabetes, pembuluh darah pecah, darah pecah

Seperti gambar diatas, boleh dilihat perbezaan mereka yang mempunyai saraf mata yg normal dan juga mata penghidap retinopati diabetik. Bagi penghidap retinopati diabetik, dilihat beberapa tompokan kecil darah.

Itu bagi penghidap yang baru dikenalpasti retinopati diabetik. Bagi mereka yang tidak mendapatkan rawatan mata dan membiarkan ianya terus berlarutan boleh menyebabkan salur darah pecah dan bocor. Sebagaimana gambar dibawah.

retinopati diabetik, saraf mata, saraf rosak, pembuluh darah pecah, mata rosak,

Apabila ini terjadi kemungkinan besar pesakit sudah pun kehilangan penglihatan ataupun hanya dapat melihat dengan sangat kabur.

Oleh itu, bagi pesakit diabetes, sila la mendapatkan rawatan segera atau pantau dan kawal kadar gula dalam darah anda sebaik mungkin. Cegah diabetes dari terjadi. Amalkan pemakanan dan hidup yang sihat.

 

{ 3 comments… read them below or add one }

Joe Labu October 13, 2016 at 11:08 pm

lepas ni kena jaga makanlah, takut buta pulak, tapi ada harapan ke nak elok balik ?

Reply

azszua03 October 21, 2016 at 12:32 pm

Kalau dah kena retinopati ni mmg xleh baik semula….so ambillah langkah berjaga2 bagi yg dah ada diabetes

Reply

Azeni Ahmad October 19, 2016 at 2:03 am

Kencing manis nie umpama ibu penyakit dalam badan.
Bila dah mula ada masalah kencing manis maksudnya salur darah akan bermasalah.
Memang ke mata keannya..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: