5 CARA BAYI DAN KANAK KANAK TIDUR NYENYAK

by azszua03 on 16 October 2016

Assalamualaikum mommies…

Malam tadi sebelum tidur terbaca perkongsian seorang Doktor pakar kanak kanak tentang tidur yang berkualiti untuk bayi dan kanak kanak. So pagi ni saya ingin kongsikan juga bersama anda semua.

Waktu tidur adalah waktu berehat bagi setiap makhluk dimuka bumi ini. Sangat penting untuk mendapatkan tidur yg nyenyak dan lena. Tak kira untuk orang dewasa mahupun kanak kanak. Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa, jika anak tidak melelapkan mata sewaktu kita sendiri ingin merehatkan tubuh, ia sangatlah mengganggu emosi bukan? Apalagi jika seharian diwaktu siang penat bekerja.

susah tidur, anak tak nak tidur, anak susah tidur

Jadi, bagaimana untuk anda melatih dan mendidik anak anak kecil untuk mudah tidur dengan lena dan nyenyak? Mungkin anda boleh mula praktiskan 5 langkah untuk bayi atau anak anak ini.

1. Waktu tidur yang konsistan.

Perkara paling penting untuk tidur yang lena ialah waktu tidur yang konsistan. Konsistan disini bermaksud, setiap hari waktu tidur adalah tetap. Sekiranya bayi atau anak anda tidur pada jam 9.00 malam, pastikan waktu yang sama setiap hari mereka sudahpun bersiap utk tidur. Waktu tidur bayi sudah pasti lebih kerap berbanding kanak kanak yang sedang membesar. Jadi, kenal pasti waktu tidur anak anda. Pastikan waktu tidur mereka konsistan agar lebih lena dan nyenyak

2. Wujudkan suasana selesa untuk tidur.

cerita-sebelum-tidur

Satu lagi yg perlu ibubapa titikberatkan ialah suasana ketika bayi atau anak anda ingin melelapkan mata. Sebagai contoh, tetapkan untuk tidur di dalam bilik, suasa didalam bilik perlu tenang dan selesa. Lampu bilik yang malap contohnya, bauan yang lembut, atau bedtime story dari ibubapa. Jika tidur siang mungkin pastikan tiada bunyi bising dan pasang alunan muzik yang mendamaikan atau jika muslim, alunkan dengan bacaan kitab suci Al quran.

3. Rancakkan aktiviti siang hari mereka.

Jika ingin anak anda tidur lena diwaktu malam, rancakkan aktiviti siang mereka. Banyakkan aktiviti yang meransang minda mereka. Biasakan dengan persekitaran yang bising diwaktu siang. Aktiviti begini akan menyebabkan mereka letih dan berehat secukupnya ketika tidur malam. Mereka lena, ibubapa juga dapat rehat yang berkualiti.

4. Bercakap dengan lembut dan selalu mengingatkan si manja waktu tidur mereka.

Ya, bagi mewujudkan suasana tidur yang berkualiti, anak anak perlu berada keadaan tenang. Apabila selalu diingatkan, mereka akan terikut dan secara automatik akan rasa “sudah tiba waktu tidur”. Lama kelamaan mereka akan faham dan tidak perlu diingatkan lagi untuk tidur apabila sudah tiba masanya.

5. Posisi tidur yang selesa dan konsisi tubuh yang nyaman.

Paling penting, tidur yang nyenyak adalah apabila tubuh bersih dan nyaman. Jadi, pastikan anak anda sudah dibersihkan. Jika masih menggunakan pampers, pastikan sudah ditukar, baju tidur yang bersih dan juga tubuh yang bersih. Pastikan jika masih bayi, mereka tidak kembung perut atau sudah pun menyusu. Posisi tidur yang selesa juga penting selain tempat tidur yg bersih dan selesa. Jika bayi, posisi menangkup biasanya lebih digemari berbanding terlentang.

Ok..demikian tadi tips untuk ibu bapa melatih anak anak untuk tidur dengan berkualiti. Mungkin ada sedikit perbezaan untuk bayi dan juga kanak kanak. Selamat mencuba!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: