APA ITU ALAHAN PROTIEN SUSU LEMBU?

by azszua03 on 23 October 2016

Selamat petang semua…

Tadi terbaca artikel tentang CMPI (Cow Milk Protien Intolerance) atau ada yg lebih kenali dengan CMPA (Cow Milk Protien Alergy). Jadi, saya rasa masih ramai ibubapa yang masih kurang pendedahan tentang masalah CMPA ini. Kadangkala tak tahu apa yang perlu mereka buat sekiranya mengetahui anak mereka CMPA.

Kajian menunjukkan 1 dari 13 orang bayi di Asia menghidapi CMPA. CMPA ini boleh mengancam nyawa bayi dan kanak kanak jika tidak mengambil langkah berjaga jaga.

Apa itu  CMPA?

CMPA atau bahasa melayunya Alahan Protien Susu Lembu. CMPA didefinisikan sebagai reaksi abnormal oleh sistem imunisasi badan terhadap protien  yang terkandung dalam susu lembu.

cmpa

Imunisasi badan manusia seharusnya melindungi tubuh badan dari ancaman dan serangan bateria dan virus. Tetapi bagi CMPA, sistem imunisasi bereaksi secara luarbiasa terhadap protien susu lembu. Reaksi ini biasa kita kenali sebagai alahan atau alergik. Reaksi ini akan mengakibatkan luka diusus atau dibahagian dalam perut penghidap CMPA.

Oh ya, CMPA adalah berbeza dengan alahan laktosa susu lembu. CMPA lebih merbahaya berbanding dengan Alahan terhadap laktosa susu. Alahan terhadap laktosa susu hanya melibatkan sistem penghadaman, tetapi CMPA melibatkan sistem imun kanak kanak.

CMPA terbahagi kepada dua jenis iaitu :

IgE- mediated (reaksi serta merta)

Bagi jenis ini, simptom simptom akan menunjukkan permulaan kurang dari 2jam selepas mengambil susu lembu.

NON IgE-mediated (reaksi tertunda)

Sementara Non IgE-mediated pula akan mula menunjukkan simptom selepas 48jam hingga satu minggu selepas pengambilan protien susu lembu.

Entry seterusnya nanti saya akan kupas tentang siapa berisiko menghidap CMPA dan juga simptom simptom yang boleh dilihat terhadap penghidap CMPA. Sebagai rujukan dan panduan bersama. insyaallah

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: