BAGAIMANA TERJADINYA MASALAH KOLESTEROL TINGGI ?

by azszua03 on 23 October 2016

Assalamualaikum..

Sambungan dari entry sebelum ini berkaitan kolesterol dan jenis kolesterol. Hari ni nak cerita sikit tentang masalah kolesterol tinggi yang dihadapi oleh ramai golongan dewasa ketika ini. Bercerita tentang pengalaman suami sewaktu mengalami masalah kolesterol tinggi sebelum ini, menemukan saya dengan ramai kawan kawan yg menghadapi masalah yang sama dan cuba untuk mengatasinya.

Disini saya terangkan bagaimana kondisi masalah kolesterol tinggi itu. Bagaimana yang dikatakan anda menghidapi kolesterol tinggi setelah ujian darah dilakukan.

cholestrol-700

Anda dikesan memiliki masalah kolesterol tinggi apabila bacaan kolesterol jenis Low Density Lipoprotien (LDL) anda tinggi dari bacaan normal iaitu 2.6mg/dl dan bacaan kolesterol jenis High Density Lipoprotien (HDL) pula menunjukkan lebih rendah daripada 1.0mg/dl. Bacaan keseluruhan kolesterol sihat perlu bawah dari 5.2mg/dl.

Kolesterol tinggi terjadi menyebabkan dinding pembuluh darah atau ateri dikelilingi oleh lipid atau lemak dari LDL sementara kadar HDL yg rendah tidak begitu berfungsi untuk mengangkut mendapan lemak tersebut dan boleh menyebabkan kesan yg lebih buruk.

Kolesterol tinggi juga berkadar langsung dengan masalah lemak di hati iaitu diukur melalui bacaan ALT. Kebiasaannya bacaan lemak dihati juga akan meningkat tinggi disebabkan kadar lemak atau lipid dalam darah tidak dapat disingkirkan oleh HDL melalui hati ke hempedu. Jadi, organ hati antara organ yg akan terlebih dahulu rosak jika masalah kolesterol tinggi dihadapi.

Kolesterol tinggi, selain dapat dikesan dari simptom simptom yang terlihat nyata dari tubuh badan, ia juga perlu dibuat pemeriksaan secara berkala melalui ujian darah.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: