SIAPA BERISIKO MENGHIDAPI CMPA DAN APA SIMPTOM SIMPTOM CMPA

by azszua03 on 23 October 2016

Assalamualaikum…

Rentetan dari entry sebelum ini berkenaan CMPA, saya sambung dengan entry baru mengenai siapa yg berisiko menghidapi CMPA dan juga bagaimana simptom simptom yg muncul oleh penghidap CMPA.

Tiada seorang ibu pun yang ingin melihat anaknya menghadapi masalah kesihatan. Tetapi, bila si ibu terdedah dengan pengetahuan tentang kesihatan, melalui pembacaan atau pun pengalaman ibu ibu lain, mungkin beberapa langkah pencegahan atau mungkin mengelak boleh dilakukan.

susu-alahan

Bagi kes CMPA, kebiasaannya bayi yang menghidapi CMPA sudah mendapat simptom barulah ibubapa mengetahui anak mereka menghidapinya. Haruslah diketahui, CMPA boleh dihidapi disebabkan genetik atau keturunan. Risiko juga boleh terjadi bagi yang ada ahli keluarga atau adik beradik yang mempunyai masalah penyakit atopik atau alahan seperti ekzema dan athsma.

Tanda tanda atau simptom CMPA

Ia mungkin berbeza bagi setiap bayi atau kanak kanak. Kebiasaannya bermula dalam minggu minggu pertama memperkenalkan susu lembu dalam makanan anak anda. Antara simptom ialah

  1. Masalah kepada sistem gastrousus. Masalah pada sistem ini ialah muntah muntah, sakit perut atau kembung, najis berdarah, dan cirit birit.
  2. Masalah kulit. Ruam kegatalan, ekzema, bengkak muka antara tanda tanda terawal CMPA.
  3. Masalah sistem pernafasan. Bunyi pernafasan seperti berdehit dan ketidak selesaan bernafas adalah salah satu simptom CMPA.
  4. Poor Growth. Kebantutan juga dikatakan antara simptom CMPA dimana bayi atau kanak kanak kekurangan zat nutrien akibat dari tidak mengambil susu.

alergy, rashes,

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk meneruskan penyusuan susu ibu sekurang kurangnya 6 bulan pertama bagi mengurangkan risiko CMPA dan sebaiknya diteruskan sehingga bayi anda berusia 2 tahun. Jika terdapat sedikit simptom, pastikan ibu juga mengelakkan protien susu lembu dalam makanan. Dapatkan sumber nutrisi lengkap penyusuan anda.

Sebaliknya jika anak anda mengalami CMPA, dan anda tidak boleh meneruskan penyusuan susu ibu, kemungkinan penukaran susu lembu kepada susu berasaskan soya boleh membantu anak anda terus mendapatkan nutrien dalam proses tumbesaran mereka.

Pengenalan kepada pemakanan lain juga sgt penting untuk memastikan anak anda yang berusia 1 tahun keatas mendapatkan nutrisi yang lengkap bagi menampung kekurang protien dari sumber susu lembu.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: