APA PERLU SAYA SEDIAKAN UNTUK MELANCONG KE KUNDASANG KOTA KINABALU, SABAH

by azszua03 on 27 October 2016

Assalamualaikum kawan kawan!

Kundasang, Sabah antara destinasi dalam negara yang saya teringin nak jejaki sejak byk melihat review kawan kawan yang sudah kesana. Tapi kali ini percutian yang dirancang jadi lebih excited sebab kali pertama nak bawak si anak dara, Iesya merasa penerbangan pertama dalam hidupnya.

Actually saya dah beberapa kali gak ke Sabah. Dah jelajah juga daerah daerah di Sabah tu. Kudat, Tawau, Tamparuli, Beaufort, Sandakan, Inanam, Menggatal, Kota Belud, Ranau dan Kundasang juga dah pernah kesana. Kota Kinabalu pula mmg selalu ulang alik sbb dulu ada kakak menetap disana. Sudah hampir 5 tahun tak ke Sabah saya kira.

Insyaallah kali ini mungkin jauh berbeza kerana ada si kecil dan juga kali ini kami pergi bertiga tanpa dipandu oleh sesiapa. Insyaallah semoga dipermudahkan hendaknya. Saya juga putuskan bahawa ini bukan percutian budget. Tapi percutian kami yg lebih selesa dan terancang.

kundasang

Kinabalu! Tunggu aku datang!

So, apa persiapan saya? Mestilah kena ready segala macam sbb bw anak kecil kan. Jangan dia meroyan waktu kita sibuk nak bercuti pulak kan. Karang dengan kita kita sekali ikut meroyan… hahaha. ok, saya listkan apa yg saya dah persiapkan dan apa yg saya rancang sepanjang percutian ini. Walaupun dalam negara sahaja. Sangat penting untuk segalanya berjalan lancar.

Rancang waktu percutian dan penerbangan.

Perkara pertama sekali perlu buat ialah rancang waktu percutian. Saya pilih pertengahan bulan Januari 2017 untuk ke Sabah. Antara sebab sebab pemilihan tarikh itu ialah :

  • Bukan weekend. Bukan school holiday, jadi sudah pasti waktu itu kurang pengunjung dan lebih tenang.
  • Bukan school holiday bermakna Harga tiket penerbangan, tiket masuk tempat lawatan, harga hotel dan penginapan semua lebih murah dari harga peak hour kan. Apa lagi bila saya pilih tarikh tersebut weekdays.
  • Sebagai seorang SID. Saya suka berjalan selepas waktu bonus! Hihi…Shaklee tak pernah bayar bonus lebih dr 14hb setiap bulan. Boleh la bersenang lenang dengan duit bonus nanti (hahaha).
  • Tahun baru. Bulan pertama dlm tahun baru…haruslah recharge tenaga, lapangkan fikiran untuk idea idea baru pula kan. Moga moga tahun 2017 bisnes dan kehidupan lebih cemerlang.

kul-kotakinabalu

So, selepas semua perkara diambil kira. Maka saya pun booking tiket penerbangan. Pilih Air Asia jer sementara ada promosi 50% (padahal harga sama je sebelum promosi) pejam mata jelah…nak bercuti sgt kan…

Rancang Itinerary percutian.

Bab ni ken banyak study dan google tempat tempat menarik di Sabah. Jangan sampai ada yang terlepas pandang. Nanti rugi tak pergi. So lepas baca beberapa review, saya pilih tempat tempat ini untuk masuk dalam Itinerary percutian ke Kota Kinabalu kami.

Kota kinabalu

  • Shaklee Malaysia Cawangan Sabah.
  • Aquarium & Marine Museum
  • Jesselton Point Waterfront
  • Pulau Manukan
  • Pasar Filipina
  • Pasar Malam Kampung Air

Ranau

  • Desa cattle dairy farm
  • Kinabalu Park
  • Tagal Luati Sungai Moroli
  • Rumah terbalik Tamparuli
  • Mesilau Nature Park

Itulah senarai tempat yang saya sekeluarga ingin jejaki untuk percutian 4 hari 3 malam kami nanti. Nanti kita lihat, dapat tak penuhi semua senarai tersebut. Hihihi…

Booking tempat penginapan.

Ok bila dah ada list tempat tempat yg ingin dilawati boleh la saya mula cari tempat penginapan kami sekeluarga. Oleh sebab iesya masih kecil, dan kami cuma bertiga, kami cuma booking satu service apartment utk penginapan di Kota Kinabalu. Kami pilih Promenade Service Apartment. Lihat pada review ramai yg selesa disini. Harga pun murah. Weekdays kannn…ok ini penginapan untuk malam pertama kami sampai di K.K.

Untuk hari kedua, kami akan ke Ranau terus. Jadi malam kedua kami akan menginap di Kundasang, Ranau. Kami pilih bilik di Kiram Village’s pun sebab terpengaruh dengan review dari kawan kawan. Hahaha…dan disini katanya sgt sejuk dan selesa diwaktu malam. Permandangan pun sgt cantik. Ish…tak sabar pulak rasanya.

kiram-villages

Kiram village’s cantik dan nyaman

Malam ke 3 kami akan berada di bandar K.K semula. Sekali lagi kami pilih Promenade Service Apartment yang sama seperti malam pertama kami di K.K.

Booking kereta sewa.

Ok ni juga keperluan penting sewaktu disana nanti. Kalau takde, nak naik kenderaan awam sudah pasti byk masa akan dibazirkan. Dan dengan anak kecil mmg kena avoid segala perkara yang akan menyebabkan mereka letih dan bosan. Kami sedang survey lagi beberapa syarikat kereta sewa. Insyaallah cari yang selesa dan affordable. Dapat Myvi atau Saga pun ok dah.

List Kedai Makan terbaik di Kota Kinabalu

Bila melancong, sudah pasti makanan terbaik yang ingin kita cuba. Kalau di Sabah bah….perlu la merasa seafood yang enak dan segar kan. Tapi, nak juga survey dimana makanan seafood yang mendapat tempat dihati pelanggan. Apalagi, kita google je lah…maka keluarlah list list tempat makan ini. (Jenuh memilih)

  • Welcome seafood Restaurant
  • Gerai sinar delima (seafood)
  • Gayang seafood Restaurant
  • Mango Garden Restaurant
  • The salt pepper

List keperluan utk dibawa bersama.

Ha yang nih xyah la ahkak kongsi apa yang akak bawak sama yer…private skit. Tapi apapun vitamin2 shaklee ku tak mungkin ku lupakan. Nanti nak pi Pulau Manukan tak mo lah kulit sunburn cam daging panggang. Kena jaga dr dalam…luar pun kena protect guna sunblock. Tak mo balik nanti org dah tak kenal…hahaha…

Hadoii…baru citer pasal persiapan jer nih…lom sampai sana lagi..mau 44 entry aku taip kang…apapun, mmg dah tak sabau (orang melaka sejati) nak pi kundasang nih…padahal bulan depan (November) ada trip 5 star Free ke Langkawi dulu. Hahaha..mmg bertuah la tahi lalat kat kaki tu..berjalan jer keje ko miah!

Oklah…see u at Kundasang on Januari!

{ 11 comments… read them below or add one }

Iskandar November 4, 2016 at 1:41 am

Seronoknya dpt pergi New Zealand Malaysia!

Moga selamat pergi selamat balik

Reply

azszua03 November 6, 2016 at 4:10 pm

Insyaallah sampai nanti…tak sabar..

Reply

farhain November 4, 2016 at 7:11 am

woww..saya pun tak sabar nak pi sabah ni.dah booking tiket flight air asia masa diorg bt sale free seat hari tu. Flight kami bln 7 nnt. nant jangn lupa buat review tau, saya pun nak kena prepare byk bnda. neves ni tak pnah lg naik flight..hahhaa

Reply

azszua03 November 6, 2016 at 4:09 pm

Insyaallah..nantikan review saya nanti k…sebelum tu saya nak ke langkawi dulu…

Reply

Raziman Rent Car Sabah January 16, 2017 at 2:00 am

Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan…

TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
Mari Bercuti Ke Sabah…. 2017

Tel : 0129600702 / 0163751978
Assalamualaikum Tuan Puan…
Bercuti la ke Sabah….!!
Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini…

Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

a) Nissan Urvan RM230 sehari
b) Toyota Innova RM200 sehari
c) Toyota Avanza RM160
d) Nissan Grand Livina RM170
e) Proton Exora RM150
f) Produa Alza RM140
g) Toyota Vios RM160
h) Proton Saga Flx RM120
i) Produa Myvi RM120
j) Produa Viva RM100
k) Proton Waja RM120
l) Proton Preve RM150
m) Viva 660 RM70

* Harga di atas adalah minimum sewa
untuk 3 hari ke atas…
* Penghantaran kereta percuma ke
Airport dan tempat penginapan.
* Kadar harga lebih rendah untuk sewa
secara bulanan.

Kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
istimewa daripada kami bermula harga
RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
kundasang…

2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

3. Pemandu Pelancong..
Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah… upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari…

4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee…
Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
* Banana Boat RM30 (15 mnt)
* FlyFish RM60 (15 mnt)
* Parasailing RM55 (15 mnt)
* Jetski RM140 (30 mnt)
* Sea Walking RM150 (30 mnt)

5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies… Klias Beaufort..
Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam…

*Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

Hubungi kami
0129600702
0163751978
Boleh Call atau Whatsapp

Reply

aziera February 11, 2017 at 12:51 am

asalam sis, untuk bercuti di sabah ,perlukah sebarang dokumen? sbb sebelum ni saya dengar perlu passport jika kita org semenanjung

Reply

azszua03 March 2, 2017 at 10:39 pm

tak perlu…mykad jer dik

Reply

Fernandez Sibujau March 15, 2017 at 12:11 pm

Jika ada passport boleh serah passport kpd imigresen utk dicop. Jika Tiada passport perlu serah MyKad kpd imigresen dan perlu simpan slip yg diberi oleh imigresen sehingga keluar Sabah.

Reply

Razali March 10, 2017 at 7:35 am

Salam,

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kita Kinabalu Axia Auto Rm100/day. Selesa dan jimat minyak.  Kenderaan lain juga ada. Saga,Myvi, Alza,Exora,Hiace. Perkhidmatan pemandu juga ada. Call/Watsapp 014 201 1144 untuk tempahan.

Terima Kasih

Reply

Razali March 20, 2017 at 7:15 pm

Salam,

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Axia Auto Rm100/day. Selesa dan jimat minyak.  Kenderaan lain juga ada. Saga,Myvi, Alza,Exora,Innova,Hiace. Perkhidmatan pemandu juga ada. Call/Watsapp 0142011144 untuk maklumat lanjut.

Terima kasih

Reply

qees April 17, 2017 at 2:47 pm

Kereta Sewa Afra Kota Kinabalu
Kereta Sewa Serendah RM70/day *terma dan syarat
Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: