APA ITU ADHD? PUNCA TERJADINYA ADHD??

by azszua03 on 30 October 2016

Assalammualaikum…

Hari ini jom kita sama sama memahami satu lagi permasalahan yang sering terjadi kepada kanak kanak iaitu ADHD. Mungkin masih ramai ibu bapa yang tidak menyedari permasalahan ini sedang terjadi pada anak anak mereka.

dreamstime_s_54454897

Apa itu ADHD?

ADHD atau Attention Deficit Hyperactivity Disoder didefinisikan sebagai satu keadaan dimana seorang kanak kanak itu hilang keupayaan untuk memberi tumpuan dan perhatian atau fokus kepada satu tugasan. Kanak kanak ADHD mudah berasa gelisah dan terganggu. Ini menyebabkan mereka sukar untuk kekal melakukan satu tugas sama ada mendengar arahan atau menyiapkan kerja harian.

Punca terjadinya ADHD

Kajian menyatakan sebab sebab terjadinya ADHD dikalangan kanak kanak adalah kerana kekurangan aktiviti dibahagian bahagian otak yang mengawal perhatian dan tumpuan. Keadaan ini mungkin disebabkan kanak kanak ADHD mempunyai ketidakseimbangan bahan bahan kimia otak yg dipanggil neurotransmitter. Ramai pakar percaya ini terjadi kemungkinan disebabkan genetik yg diwarisi dari keluarga.

Impak ADHD dalam kehidupan seharian.

Sudah pasti sedikit sebanyak ADHD memberikan impak kepada kehidupan harian kanak kanak tersebut. Ia boleh menjejaskan perkembangan sosial dan juga akademik mereka jika tidak diberi rawatan dan diberi latihan.

adhd-tidak-fokus

Ketidakupayaan untuk memfokus akan menjurus kepada prestasi yang lemah dalam pembelajaran. Kanak kanak ADHD memerlukan perhatian yang lebih untuk pelajaran dari ibu bapa dan juga guru.

Sementara itu, hubungan sosial juga mungkin akan terganggu sekiranya kanak kanak ADHD bersama rakan rakan lain. Tingkah laku seperti memotong barisan kawan, mengganggu kawan menyebabkan mereka susah untuk menjalinkan hubungan persahabatan.

Halangan dan cabaran seperti ini akan menyumbang kepada rasa rendah diri atau tingkah laku yg lebih berisiko. ADHD juga meningkatkan risiko depresi kanak kanak dan gangguan kegelisahan.

Ok, nanti saya sambung entry tentang simptom simptom ADHD dan bagaimana mendiagnosis ADHD di entry akan datang. Terima kasih

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: