SIMPTOM SIMPTOM ADHD DAN CARA MENDIAGNOSIS ADHD

by azszua03 on 2 November 2016

Assalamualaikum,

Bersiaran dari The Pines Hotel Melaka. Sempena ulang tahun ke 2 anak dara ku Iesya. Bagi dia mandi kolam puas puas. So, mama pula ambil kesempatan menulis dengan environment yang sgt selesa. Sambung semula entry tentang masalah ADHD sebelum ini.

Simptom simptom ADHD pada kanak kanak:

Leka.

adhd-leka, cuai, simptom-adhd

Simptom paling ketara utk kanak kanak ADHD ialah ketidakupayaan memberikan tumpuan dan perhatian. Kanak kanak ADHD mempunyai masalah untuk mendengar kata, mengikut arahan, menyiapkan tugasan atau mengawasi barangan peribadi mereka.

Mereka lebih selalu berkhayal dan kerap kali melakukan kesalahan kesalahan yang disebabkan kecuaian dan kelekaan. Kanak kanak ADHD sering cenderung untuk mengelak dari melakukan aktiviti aktiviti yg memerlukan mereka memberi tumpuan atau pada mereka membosankan.

Hiperaktif.

Satu lagi simptom ketara kanak kanak ADHD ialah sifat Hiperaktif mereka. Walau dimana mereka berada, mereka tidak boleh duduk diam. Berlari dan memanjat tanpa rasa letih dan penat. Cenderung untuk mengliang mengliutkan badan dan melompat. Mereka mempunyai imaginasi dan kadang kala berkhayal.

hyperactive-kids

Kadang kala mereka sukar untuk bermain secara senyap dan tertib. Sesetengah mereka banyak bercakap dan menjerit. Mereka juga agak sukar untuk menjalinkan hubungan dengan rakan sebaya.

Impulsif atau sifat terburu buru

Simptom ketiga yang sering dikesan pada kanak kanak ADHD ialah impulsif atau sifat terburu buru mereka. Kelakuan seperti memotong barisan, mengganggu orang lain atau menjawab soalan sebelum habis guru memberi soalan adalah contoh contoh yang dapat dilihat kepada kanak kanak ADHD. Mereka jarang memikir sebelum bertindak. Sifat ini kadang kala mengundang bahaya pada mereka.

Mendiagnosis ADHD pada kanak kanak.

Setakat ini tiada ujian makmal yg dilakukan bagi ADHD. Sebaliknya ciri ciri ADHD dikenalpasti oleh doktor melalui respon pesakit atau kanak kanak terbabit dan juga deskripsi keluarfa terhadap tingkah laku dan penilaian ketika disekolah. Kebiasaanya kanak kanak ADHD menunjukkan kombinasi simptom simptom leka, hiperaktif dan impulsif sekurang kirangnya dalam tempoh 6 bulan.

Demikian tadi saya terangkan sedikit sebanyak mengenai simptom dan juga cara mengdiagnosis ADHD. Next entry saya akan ceritakan pula beberapa rawatan ADHD dan Diet bagi kanak kanak ADHD. Stay tune!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: