THE PINES MELAKA, HOTEL BEST UNTUK MENGINAP DI BANDARAYA MELAKA

by azszua03 on 6 November 2016

Assalamualaikum…

Sudah 3 hari berlalu sejak menginap di The Pines Hotel Melaka tapi masih tak boleh nak move on. Hahaha…masih terbayang bayang suasana damai dan bau bilik yang segar di The Pines. So sajer saya nak bagi review sikit dlm blog kesayangan saya ini. Review ikhlas tak berbayar oleh pihak The Pines. Hehehe….mana tahu kot kot nanti dpt menginap free kat Pool Suite lak kan…heaven!

Saya booking bilik di The Pines 2 hari sebelum tarikh menginap melalui Booking.com, itupun perancangan last minute sbb kesibukan melanda. On that date sebenarnya Birthday ke 2 tahun our princess, iesya. So, kami cadang nak bagi dia happy2, bagi dia relax2 duduk dihotel best. Yerlah sebelum ni dia kehulu kehilir mengikut kami “kerja”. Membesar dalam kereta je budak sorang tu.

the-pines-laluankebilikLaluan ke bilik

Memandangkan kak miah ada 2 hari 1 malam shj masa free. Kak miah pun plan stay di dalam negeri je. Iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah. Jadi kami panggil aktiviti ini sebagai “Staycation”. Kalau vaccation perlu keluar dr tempat tinggalkan…ini sekejap dan singkat ja waktunya.

Kateria utama kami pilih The Pines ialah kerana adanya swimming pool. Bila bawa anak, itu perkara pertama yang diaorg tunggu tunggu kan?. Sebab yang kedua ialah hotel ini yang agak baru di Melaka. Dan sebab ketiga ialah ruang bilik yang luas di The Pines. Harga yang berpatutan juga antara kateria pemilihan kak miah. Budget suka suka jer nih.

Ok, 1st sekali jom layan gambar bilik hotel di The Pines Melaka. saya booking bilik deluxe twin room je. cukuplah untuk keselesaan kami bertiga.  Kita tengok luas tak luasnya bilik yg kak miah stay ni.

katil-extra-large

Katil Extra large sgt empok dan selesa. Bangun pagi rasa tak mo tinggalkan katil boleh? Hahaha… tapi serius rasa cam tak puas lagi melepak dalam bilik ni. Oh y, kak miah lupa tau nak amik gambar permandangan bandar melaka dr bilik kak miah nih. Mmg sgt cantik. Nampak sungai melaka yg jadi aktiviti river cruise sekarang. Nampak kampung Morten yg tersusun dan kemas. Ishhh rugi xamik gambar kenangan.

the-pines-nightview

Ada night view jer yg sempat kak miah amik sbb terkagum dengan sinaran lampu lampu yg sgt cantik.

the-pines-work-desk

the-pines-desk

Bahagian ni kak miah conquer. Sinilah terhasilnya 2 entry blog dalam waktu staycation kak miah ni. Sgt selesa dan idea datang pun mencurah curah. Hahaha…alasan nak staycation selalu la tuuu….

the-pines-sofabed

Ruang ini pula kami jadikan ruang solat je. Tak sempat nak lepak lepak kat sini. Asyik melengkor atas katil je mereka.

the-pines-pantry

Ada ruang pantry juga. Lengkap disediakan kittle, peti sejuk dan beberapa kelengkapan seperti cawan, sudu dan minuman segera.

the-pines-toilet

Ha yang satu ni paling penting, kalau takde, boleh dilanda kemurungan seumur hidup. Hahaha…tandas dan bilik air disini superb bersih. Sangat puas hati.

Ok tu semua dalam bilik….now nak cerita satu lagi tempat yg paling best…tarraaaa! Sudah pasti swimming pool. Best….bersih sgt…ada 3 bahagian pool. Satu khas utk kanak kanak.

the-pines-swimming-pool

Ditingkat 7 The Pines Hotel adalah ruangan kegemaran ramai. Ruang ni mmg tumpuan diwaktu petang dan juga malam. Tapi disebabkan kak miah anak beranak datang weeksday, kami jelah conquer lebih tempat nih..hihi..org lain pegi keje..kami terjun kolam.

the-pines-pool

Salt Swimming pool tau…hehehe…so kalau air masuk mulut, mcm minum air laut la…tapi budak kecik nih buka  kesah pun…yg penting dia gembira!

the-pines-playground

Playground kesukaan kanak kanak. Tengok iesya..lepas naik kolam (siap drama xmo naik walau dah gigil kesejukan)…dengan ber pampers je nak main gak lagi. Tak mo balik bilik, dia punyalah gembira kat ruangan ni. Happy kan bila tengok anak pun happy.

the-pines-breakfast

Makanan di The Pines juga boleh tahan sedapnya. Tapi kami sempat makan sarapan jer. Sebab dinner kami keluar cari Asam pedas di kota laksamana (dekat je). Ingat nak pekena roti nan Pak Putra yg glamer tu juga tapi perut tak mengizinkan.

the-pines-lobby

Gambar iesya kat lobby hotel. Tengah merajuk tak nak balik…hahaha…nanti kita datang lagi ya sayang…

So itu sahaja review saya untuk The Pines Hotel Melaka. Dengan perbelanjaan tak sampai RM300, kami sangat berpuas hati dan gembira dengan “staycation” kali ini. So, bagi anda yg ingin ke Melaka, datanglah dengan keluarga ke The Pines Hotel Melaka. Sekian

{ 6 comments… read them below or add one }

Ayu November 7, 2016 at 1:31 am

Wah, plan hjung thn nk p melaka, leh la stay sini.. Tq kak miah

Reply

azszua03 November 8, 2016 at 5:51 am

sama2 ayu…try test..hihi

Reply

atie hilmi dot com November 7, 2016 at 1:50 am

waa.. best nih.. memang plan bulan depan nak ke melaka.. nanti boleh masukkan hotel nih dalam list.. thanx kak miah..

Reply

azszua03 November 8, 2016 at 5:43 am

sama2 atie…try.mesti puas hati

Reply

Nad November 11, 2016 at 3:16 pm

Menarik sungguh…!!!!!!nak pegi juga lah

Reply

azszua03 November 15, 2016 at 3:34 pm

Jom jom nad….

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: