TEMPAT MENARIK YANG MESTI DILAWATI DI PULAU LANGKAWI : PART 2

by azszua03 on 23 November 2016

Assalamualaikum sahabat sahabat mayaku…

Selepas cerita tentang persediaan percutian ke Langkawi, lama kak miah bercuti dari menulis ya, memang tak patutkan…tapi jgn risau hati ni mmg berlonjak lonjak tak sabar nak share pasal Trip 5 bintang yang shaklee anugerahkan kepada kak miah dan suami serta rakan rakan leader yg lain. Jom kak miah citer dari awal.

19hb November 2016

Hari yang dinanti nantikan. Bangun jam 4 pagi. Solat sunat dulu sebelum bersiap siap untuk meneruskan perjalanan ke KLIA. Jadual penerbangan kami jam 9.00 pagi dengan Malaysia Airlines. Tapi pihak Shaklee minta kami berkumpul di KLIA jam 7 pagi.

So, masa si kecil ni masik nyenyak tidur kami tinggalkan dengan doa agar dia tidak meragam dan sihat sihat sahaja. Al maklum sejak kecil mmg tak pernah ditinggalkan oleh kami berdua. Biasanya saya tiada papanya ada atau sebaliknya. Mujur ada anak anak buah yang boleh lekakan dia dengan bermain nanti.

Kami bertolak dr Masjid Tanah jam 5.10 pagi menuju ke Kota Warisan Sepang. Ke rumah kak piz, org kampungku merangkap uplineku. Nak tumpang parking kereta kat rumahnya. Hihihi. Singgah R&R Seremban tunaikan fardu Suboh sebelum meneruskan perjalan kami. Kami sampai Kota Warisan 10 minit sebelum jam 7.00 pagi. Kak Piz tolong carikan Uber dari Kota Warisan ke KLIA.

Alhamdulillah sampai KLIA jam 7.10 pagi. Lepas ambil Boarding Pass dari staff Shaklee, ambil meal allowance dan Check in luggage, kami sempat sarapan dulu sebelum terbang. Perut kenyang baru suka hati…hahaha. Meal allowance tu mmg Shaklee bagi kat kami utk 3kali makan sendiri nanti. 1 meal RM50…so dapatlah RM150 seorang. Kami berdua dptlah RM300. Padahal makan kat sana berapa RM jer…tak sampai rm50 utk 3 meal seorang…hihi..lebih shopping coklat.

depature-langkawi

Jam 9.00 pagi kami boarding….jam 10.10pagi kami mendarat di Airport Langkawi. Sebelum mendarat mmg kagum dah dengan keindahan persisir pantai dan pulau pulau disekitarnya. Langkawi ada 99 buah pulau ketika air pasang dan 104 buah pulau ketika surut. Cantik dan bersih. Tak sabar nak meneruskan aktiviti kami yang pastinya best. Jadual program seterusnya apabila sampai di Langkawi ialah…SHOPPING!

Membeli belah di Pekan Kuah.

coklat-pekan-kuah

Mana lagi tempat best Shopping kan…surelah di Pekan Kuah. Langkawi semua sedia maklum adalah Pulau bebas cukai. Jadi, rugilah kalau tak shopping di Langkawi ni kan. Apa yg best? Sudah pastilah barangan seperti Coklat, pinggan mangkuk, periuk belanga, aksesori seperti jam tangan dan barangan wanita, minyak wangi dan alat solek. Boleh rambang mata. Sampai di pekan Kuah dalam jam 11.15 pagi. Dan kami diberi masa sehingga jam 2.30 petang untuk makan tengahari dan shopping. Hahaha…

Kak Miah shopping apa? Haa…kak miah shopping coklat ja….itupun sikit jer…sbb kak miah bukanlah penggemar coklat. Kak miah beli coklat Daim, ferreror rocher, kisses, dan kinder bueno serba sedikit sahaja di Hj Ismail Group. Hihihi…lom beli utk diberikan sebagai cendera hati lagi….ni baru warming up…hahaha…

hig-coklat

Penginapan di The Westin Hotel & Resort

Penat Shopping, kak miah mmg dah teringin sgt nak luruskan pinggang atas tilam empuk. Tiba di The Westin jam 3.00 petang dan disambut dengan paluan kompang. Kami group pertama yang sampai. Lagi di jamu dengan welcome drinks dan makanan. Lepas menikmati juadah, cepat cepat kami Check in ke bilik…

welcome-drinks-the-westin

wow! Amazing bilik sgt best dan ada gift supprised dr Shaklee dah cantik terletak atas katil. Best sgt… bilik besar, lengkap dan bersih. Bilik air pun besar. The Westin ni wifi free 24jam tau. Pakai la sampai muntah. Hahaha…almaklum kami peniaga online ni mmg bergantung dengan internet sgt. Tengah bercuti pun bisnes tetap jalan mcm biasa. Jom tengok sekitar bilik kami.

heavenly-bed-the-westin

Heavenly Bed ini berharga RM13,000 uolls…boleh google kalau nak tahu lanjut tentang heavenly bed ni. Tilamnya mmg empuk dan nikmatnya tidur atas nih. Hahaha…padanlah diberi nama heavenly….memang HEAVEN! kalau org sebelah gerak dan melasak pun kita tak rasa. Sib baik la ada wake up call….kalau tak, kak miah dan abg PB surelah terlajak tidur sampai pukul 10.00 hehehe. Kul 5.30 pagi wake up call kitaorg…takde can nak bermalas malas…hahaha

the-westin-room

Cantik dan luas kan bilik ni? sangat selesa. Mau tak selesa kalau satu malam pun rate dah RM1,500-2,000. Tapi bukan kami bayar. Shaklee yang bayarkan utk kami 2 malam…kami bawa badan dan duit shopping jer.

workstation-the-westin

Workstation…lengkap segala. Tapi xsempat la nak berblog kali ni sebab jadual pack dan kalau masuk bilik jer rugi la tak tido atas Heavenly Bed tu. Hahaha…

the-westin-corridor

Corridor, kalau nak borak borak boleh la sambil menikmati udara segar pokok pokok hijau dan udara laut pantai…best wooo….tapi sini ada monyet. Dilarang beri makan, kalau keluar ke corridor atau masuk ke bilik semula jgn lupa tutup pintu…kalau tak nanti ada yg buat pesta kat dalam bilik tu…hahaha. Ada sign NO FEEDING kat situ.

the-westin-bathroom

Bilik air dan bilik mandi mmg superb! bersih kalau nak baring baring pun boleh. Hahaha…tapi kak miah tak buatlah keje tu. Kak miah mandi lama lama fefilling relax je…kalau kat rumah ada budak kecik tunggu depan pintu…ketuk pintu sampai nak tercabut. Hahaha….me time sungguh!

BBQ Dinner di Meritus Pelangi Resort & Spa

Ha….belum puas bercerita tentang penginapan termahal kami di The Westin, Shaklee reward pula dengan makan malam di Meritus Pelangi, antara Resort termahal dan mewah di Pulau Langkawi juga. Tema dinner kitaorg ialah Sunset Tropikal Dinner…jadinya semua pun berwarna warni dan berbunga bunga. Kak miah tak berbunga sgt, hati jer berbunga bunga sebab makan best kan. Hahaha…

meritus-pelangi-langkawi

Enjoy sgt dengan makanan dinner kami berkonsep BBQ & seafood diiringi persembahan dari pihak Shaklee. Juga dapat hadiah meja bertuah. Sangat enjoy sepanjang hari ini. Makan best, tido lena atas tilam empuk, dpt jumpa geng2 rapat, pengalaman baru di tempat org, permandangan cantik subhanaallah….semua itu nikmat yg tak terhingga.

dinner-pelangi-meritus-langkawi

Balik dinner, solat dan terus tumbang…tidor. Abg PB tak puas borak ngan geng pi la keluar mengeteh. Kak miah layan perasaan jerlah sebelum lena tidor petir berdentum pun tak sedau! Hahaha… eh betul la..heaven sungguh tidor atas heavenly bed tu…

Ok nanti kak miah sambung aktiviti hari ke 2 ye…

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: