CARA MENGAJAR ANAK BERUMUR 2-3 TAHUN MENGENAL NOMBOR DAN HURUF ABJAD

by azszua03 on 25 November 2016

Asssalamualaikum dan salam Jumaat buat semua…

Hari ini saya nak kongsikan tips bagaimana untuk membantu anak berusia antara 1 hingga 3 tahun untuk mengenal nombor dan huruf abjad. Apa yang bakal saya kongsikan disini hanyalah dari pengalaman saya sendiri dalam melatih Iesya mula menanam minat untuk belajar dan mengenal huruf dan nombor.

Sewaktu Iesya berusia 1 tahun 10 bulan, saya mula perasan yg Iesya mula gemar mengikut apa yang saya atau papanya sebut. Begitu juga perbuatan. Kalau dulu, puaslah saya suruh dia sebut satu satu perkataan, tetapi susah sungguh dia mahu mengikut. Kadang kala lain yang dia sebut, bukan perkataan yang kita minta dia sebut. Mama pun sabar jelah, mungkin dia belum mahu mengikut apa yg kita ajar.

mengenal-huruf-nombor

Kemudian saya perasan dia juga mula ikut apa yg dia lihat di video atau rancangan baby. Terutama rancangan kanak kanak seperti Barney & Friends, Sesame Streets, Zacky dan Didi & Friends. Kalau masa umur setahun dulu dia joget joget je dengar lagu Didi tu. Nampak ketara perubahan itu. So apa yang saya buat?

1. Fahami dan sentiasa alert dengan perubahan anak.

Melihat perubahan Iesya, saya tahu dia sudah sedia menerima dan berminat untuk belajar menyebut perkataan dan juga mengingati apa yg dipelajari. Saya praktiskan untuk 2 minggu bagi dia mengikut apa yang saya sebut. Saya bermula dengan menyebut nombor “satu” hingga sepuluh”. Permulaan mmg dia byk skip nombor nombor itu dan tidak fokus, cepat bosan, tapi kenalah selalu kita latih.

Kemudian saya ajar Iesya menyebut “one” hingga “ten”. Ok, yang ini dia mmg laju tangkap. Dalam 2 weeks dia dah boleh mengira “one” hingga “ten”. Mungkin kerana suku kata bahasa English lebih ringkas dan mudah disebut. Mungkin juga disebabkan byk rancangan kanak kanak yg dia tonton adalah berbahasa inggeris.Tapi saya faham, dia hanya menghafal. Bukan mengenali nombor nombor tersebut.

2. Sediakan Education Toys seperti Board Alphabet & Numbers.

Langkah seterusnya yang saya ambil ialah dengan menyediakan permainan yang meningkatkan aktiviti mata dan tumpuannya. Fasa mengenali nombor. Satu lagi yang saya perasan, Iesya sangat suka dengan puzzle games di gadjetnya. Dia boleh selesaikan puzzle dengan mudah walau baru sekali dua main. Puzzle utk kanak kanak. Begitu juga dengan aktiviti padankan gambar objek dengan shadow. Tapi saya tidak mahu dia kerap bermain dengan gadjet.

alphabet-board

Maka saya sediakan education toys untuknya. Sejak baby dia mmg byk musical toys dari Leap Frog atau Vtech. Tapi kali ini saya nak dia mahir dalam motor skill. Belajar menggunakan tangan, mata, telinga dan mulut menyebut. Oleh kerana saya tahu dia minat puzzle, maka saya belikan dia mainan seperti gambar diatas.

Result yang saya terima sgt Wow!… Sekejap sahaja Iesya mampu mengenal nombor. Semasa saya tinggalkan dia kerana trip perlancongan ke Langkawi, Iesya belum kenal lagi nombor nombor ini, 5 hari selepas saya kembali dan bermain bersama, dia sudah boleh tunjuk nombor dan menyebutnya dengan tepat. Lebih kurang seminggu shj dia mahir dan kenal nombor 1-10.

Hari ini saya sediakan pula board Alphabet, baru beberapa jam bermain, iesya dah kenal beberapa huruf, seperti A, B, C…L,K, O, V dan beberapa yg lain. Syukur alhamdulillah…berbaloi sgt rasanya even toys ni murah sahaja. Tapi semunya iesya buat tanpa paksaan, biar dia sendiri enjoy dengan toys dan minat dia pada suaipadan. Saya cuma ingin memberi galakan padanya. Pada saya Iesya masih baby. So biar la dia main puas puas dulu…hehehe

mengenal-huruf

3. Jangan paksa, tapi ikut sahaja mood anak.

Ok, ini penting. Biasalahkan kanak kanak 2 tahun, berapa lama sangatlah mampu fokus. Macam Iesya, paling lama dia menghadap semua alphabet tu pun dalam setengah jam utk sehari. Dalam setengah jam tu pun entah berapa kali dia berlari pi main benda lain. Nanti datang semula sambung kenal huruf. Tapi setengah jam yg kualiti tu ibu atau bapa perlulah sama sama ada untuk guide sebutan huruf ataupun tunjuk apa yg perlu.

mengajar-anak-2-tahun

Ikutkan sahaja mood anak, mereka masih kecil, kita cuma nak mereka enjoy dan belajar sesuatu. Jangan sesekali paksa atau sediakan jadual tertentu. Tak sesuai dengan peringkat umur mereka untuk dipaksa paksa. Jika mereka belum bersedia, bersabar dulu, kerana setiap anak tidak sama minat dan kecenderungan mereka.

belajar-huruf-nombor

Saya harap perkongsian saya bermanfaat buat ibu ibu di luar sana. Mungkin ada yang tercari cari cara untuk memulakan pembelajaran nombor dan huruf pada si kecil anda. Ada juga yg suka guna Flash Card, tapi iesya kurang minat, jadi perlu la cuba alternatif lain, alhamdulillah kena dengan minat dia board alphabet dan number ni.

Jangan lupa, nak anak yang sihat, aktif dan cerdik, pemakanan anak juga harus dijaga. Jangan terlalu berjaga jaga tapi jangan pula lepas tangan sahaja. Kena ada limit fan juga sedikit kelonggaran. Insyaallah

Sekian, jumpa dientry akan datang yer

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: