TEMPAT MENARIK YANG MESTI DILAWATI DI PULAU LANGKAWI : PART 3

by azszua03 on 28 November 2016

Assalamualaikum….

Sorry kak miah lewat skit sambung citer tempat tempat menarik di Langkawi yg mesti dilawati. So, hari ni kak miah nak citer hari ke 2 kak miah bercuti di Langkawi. Actually, hari ke2  ni merupakan hari yang penuh dengan aktiviti dan yg paling happening.

Macam biasa, pagi tu kami dikejutkan oleh morning call jam 5.30 pagi. Tu pun ada juga sahabat yg terlajak bangun. Hahaha…al maklum, heavenly bed kan… kak miah dan abg PB Lepas solat suboh terus bersiap untuk sarapan. Lebih kurang jam 7.00 pagi kami menikmati sarapan pagi yg enak di The Westin. Pilih saja nak makan apa, dr tradisional ke moden, dari timur ke barat…semua ada.

the-westin-langkawi

Kemudian, jam 8.00 pagi kami ada sesi photoshoot. Hari ni kami pakai seragam hijau…almaklum Shaklee dan hijau mmg tak boleh dipisahkan. Kami yang seramai hampir 400 org telah siap siap dibahagikan kepada 2 kumpulan. Tak boleh la nak serbu sekali satu tempat seramai 400 org kan. Jom nikmati percutian 5 bintang di Langkawi!

Kereta kabel Gunung Mat Cincang

Group kak miah ke sini dulu. Apa ada di Gunung Mat Cincang? Fuhhh…macam macam ada, kalau pegi Langkawi tapi tak datang sini adalah satu kerugian besar. Pertama sekali mesti cuba Kereta kabel la. Kebetulan masa kami sampai masih tak ramai pelancong, so tak perlu beratur, tiket pun Shaklee dah siap siap beli. Guide beritahu ada satu Star Cruise berlabuh semalam di Langkawi. For sure diaorg dtg sini. So kalau kami lambat, kena beratur panjang. Selamat.

cable-car-langkawi

Ini kali ke dua kak miah naik kereta kabel di Langkawi. Bezanya, dulu kak miah sampai station pertama sahaja. Tak naik sampai atas. Pastu pusing balik turun bawah. Hahaha…Tapi kali ni semua kak miah dan abg PB cuba. 1st sbb benda Free, semua Shaklee dah bayarkan. So, mesti cuba, walaupun hati kecik besau, kecik besau jer kan dok atas gunung tu. Hahaha…

2nd, sebab kali ni naik dengan geng geng shaklee. So keseraman tu kurang dah. Lagipun nilah masanya nak lawan rasa seram tu. Cuaca pulak cerah masa naik tu…boleh lah posing habis.

Skyglide dan Skybridge.

Ok, ni 1st time kak miah cuba. New experience dan sangat syok. Memang bila berada diketinggian yang luar biasa tu macam macam akan difikirkan. Terutama bila skybridge tu bergoyang, tiap kali ditiup angin, hati cuak juga. Apapun berjaya juga melawan rasa takut. Ada member member yang gayat dengan ketinggian juga berjaya lawan perasaan tu.

skybridge-langkawi

Oh ya, skyglide tu mcm lift bergerak…tapi dia slide…canggih dah. Baru juga dibuat tu. Taklah penat panjat tangga. Tapi kak miah lupa pulak nak amik gambar skyglide tu. Ampun.

3D Art Museum

Ok, yang ni jgn lepaskan peluang. Ada lebih 200 lukisan 3D yg dilukis oleh pelukis diimport khas dr Korea tau. Kat Langkawi ni kiranya yang terbesar di Malaysia. Fuhh…sgt happening dan kagum dengan hasil lukisan diaorg. Dlm gambar tu mmg nampak hidup. Kat sini kena luangkan masa at least sejam wokey, jangan rush rush…kena ambil semua gambar. Puas hati. Meh tengok gambar kami posing tak henggat dunia…haa…

4d-art-museum-langkawi

4d-art-museum-langkawi14d-art-museum-langkawi2

Kilim Geoforest Park Langkawi

Ok, ini pengalaman paling best yang kak miah dan abg PB rasa. 1st time buat kami dan mmg kenangan terindah. Almaklum tak biasa naik bot. Laju kemain budak bot ni bawak. Rasa nak tercabut shawl kak miah. Landyard kak miah pun terbang kemana tak sedar..hahaha sib baik la esok dah nak balik.

Mangrove tour.

Ha tengok paya bakau. Subur. Byk hidupan didasar air dan juga di hutan bakau tu tau. Boleh lihat nelayan mencari rezeki juga. Tapi kebanyakan masyarakat di Langkawi ni ceburi bidang perlancongan. Bawa bot pelancong.

kilim-geoforest-park-langkawi

Menyusuri paya bakau yang sgt bersih dan cantik itu sungguh menjadikan kak miah lebih bersyukur dapat menikmati keindahan alam. Kami susur hingga ke Laut Andaman. Boleh nampak pulau pulau milik Negara Thailand dari situ. Tapi cam biasa…kak miah dan abg PB possing la lagi.hahaha…

kilim-laut-andaman

Eagle feeding.

Eagle feeding ni kalau ke Tasik Dayang Bunting pun ada sesi bagi makan helang ni. Langkawi mmg banyak helang wokey. Perkataan Lang-kawi itu sendiri ambil dari burung Helang (Lang) dan Kawi yg bermaksud kemerahan. Disini mmg banyak terdapat helang berbulu kemerahan. So aktiviti ni dapat kami lihat helang dengan lebih dekat. Besar besar helangnya. Nak ambil gambar mmg tak sempat la sebab helang ni laju terbangnya dan sambar makanan tu pantas.

Bat Cave.

Satu lagi aktiviti yang pertama kali kak miah buat. Masuk Gua. Gua ni tinggalnya spesis kelawar. So, dalam kegelapan berbekalkan lampu touch light, kami tengok kelawar tidur terbalik. Hahaha….nasib baik dia tidur. Kak miah memang geli sikit dengan spesis spesis yang melekat di dinding nih. Auwww meremang bulu roma. Apapun mmg pengalaman baru la.

gua-kelawar-langkawi

Gua Kelawar ni taklah besar mana, tapi entah sudah berapa juta tahun wujud. Guide yang bawa kami ke situ tunjuk pada kami stalactite dan stalitemite yang ada kat situ, 1cm ia terbentuk memerlukan ratusan ribu tahun tau…hebat sungguh ciptaan Allah. Terdapat juga beberapa tumbuhan yang jarang dijumpai.

Sangkar ikan.

Ok, yang nih best. Leh tengok ikan manja manja. Biasa tengok kucing jer manjakan. Ni ikan pari pun manja dengan tuannya. Ikan buntal yg comel comel, ikan besar besar pun ada. Sempat capture gambar si buntal yg comel…hehe

ikan-buntal

Habis jer mangrove tour ni maka berakhirlah aktiviti kami pada hari kedua ni. Tapi Shaklee bagi kami peluang kalau nak shopping lagi…hahah…so ada yang shopping sampai malam kat Komplex Haji Ismail Group, Pekan Kuah. Kak miah just shopping coklat sikit lagi kat Free Duty Pantai Cenang, bersebelahan dengan Underwater world. Tak pergi Pekan Kuah.

Tak sabar nak balik semula ke hotel nak baring luruskan pinggang. Malam terakhir sebelum meninggalkan The Westin, khususnya heavenly bed. Hahaha….

Esoknya jam 8.30 pagi selepas sarapan, group Mas Airlines akan berangkat ke Airport. Berakhirlah percutian kami yg sgt meninggalkan memori indah. Bye bye Langkawi….till we meet again! And thank you Shaklee!

pulau-langkawi

{ 2 comments… read them below or add one }

Wana laba November 29, 2016 at 12:19 pm

Info yang sangat berguna..

Reply

azszua03 November 29, 2016 at 3:30 pm

Tq wana singgah

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: