5 TIPS CARA MENGAJAR ANAK MAKAN SAYUR DAN BUAH BUAHAN

by azszua03 on 29 November 2016

Assalamualaikum…

Hari ini saya nak share tips bagaimana cara untuk mengajar si kecil anda makan dan meminati sayur dan buah buahan. Tips ni dari pengalaman saya sahaja yg saya praktiskan kepada Iesya yang sekarang berusia 2 tahun 1 bulan. Iesya adalah peminat sayur dan buah buahan.

Alhamdulillah…sejak iesya mula makan makanan pejal, belum pernah lagi iesya mengalami sembelit. Semua sedia maklum, kanak kanak berusia satu tahun ke atas seringkali mengalami masalah sembelit. Walaupun selera makan Iesya turun naik. Kejap nak makan byk, sampai satu masa tak mahu makan, tapi pengaruh pada berat badan memang tidak terjejas langsung. Mungkin kerana nutrisi dari pemakanan sayuran dan buah buahan serta minuman kegemarannya menjadikan Iesya terus sihat dan aktif.

Apa saya buat untuk pastikan Iesya minat untuk makan sayur dan buah buahan? Ada beberapa teknik, tapi mungkin lain anak lain pendekatannya. Macam Iesya memang jenis susah untuk mencuba rasa makanan yang belum pernah dia makan. Dia takut untuk mencuba.Jadi apa saya buat ialah :

1.Beri contoh yang terbaik buat anak anda.

Ok, semua ibu bapa tahu, anak anak mudah untuk meniru percakapan, dan perbuatan orang sekeliling mereka. Terutama bagi kanak kanak yang berusia antara 1-5 tahun. So, masa inilah anda harus memberikan tauladan yang baik kepada anak anak. Jika mahu anak anda minat dan tidak culas dengan sayur dan buah buahan, wujudkan suasana seronok menikmati sayur dan buah buahan di rumah.

makan-brokoli

Saya perasan, Iesya mula menunjukkan minat yang bersungguh terhadap sayuran dan buah buahan adalah sewaktu dia berusia satu tahun 4 bulan. Waktu itu saya dan suami sedang didalam program detox. Jadi, makanan harian saya dan suami ialah sayur dan buah. 7 hari pertama itu sahaja yang kami ambil. Walaupun saya tetap menyediakan makanan seperti bubur nasi untuk Iesya, dia lagi berminat terhadap apa yang saya dan suami makan. So kesimpulannya, nak anak anda minat sayur dan buah anda haruslah tunjuk bahawa sayur dan buah tu antara makanan paling sedap dan istimewa.

2. Jauhi makanan yang tidak sihat dan “junk food”.

Di rumah mahupun dikedai saya mmg tidak menyediakan langsung makanan yang tidak sihat ataupun junk food seperti gula gula, keropok jajan dan seangkatan dengannya. Walaupun sebelah kedai saya ialah kedai runcit, memang saya tak ajar Iesya makan benda benda begitu.

Kalau ke kedai sebelah pun dia tak pernah minta makanan makanan begitu. Paling paling dia nak biskut atau kalau kesian sangat saya berikan dia coklat. Itupun sebulan sekali je. Sebab apa? Sebabnya kalau kami balik ke rumah neneknya, anak anak buah yang lain pun akan hulur jajan juga. Tapi sekadar rasa. Bukanlah saya terlalu fanatik berkira semua pun tak boleh, tapi adalah limit. Saya tak nak paksa dia kata semua tak boleh, tapi saya nak dia tahu, semua perkara ada limit.

3. Cara penyediaan makanan juga perlu diambil kira.

Iesya suka makanan berkuah. Kalau makan nasi pun dia mahu nasi berkuah. Minat sangat dengan sup. Tak kira sup apa, sup ayam, ikan ataupun sup sayur. Jadi, saya sediakan setiap hari makanan berkuah untuknya. Bukan susah pun kan, asalkan dia suka nak makan.

love-vege

Satu tabiat Iesya bila makan ialah, dia akan pungut sayur sayuran dulu. Makan sayur dulu kemudian baru makan nasi. Mula mula tak faham juga kenapa, tapi kemudian baru saya terfikir, kanak kanak akan lebih tertarik kepada objek yang berwarna. Sebab itu Iesya akan pungut mana yg berwarna hijau terlebih dahulu. Jadi ibu ibu apabila menyediakan makanan, biarlah ada variasi warna sayuran dlm makanan mereka.

4. Biar mereka explore dan mencuba sendiri.

Saya selalu tunjukkan pada Iesya jenis jenis sayur dan buah buahan melalui video di youtube. Ada juga saya belikan dia mainan replika sayuran dan buah buahan. Dia kenal brokoli, apple, banana, orange, lettuce. Bila dia kenal, boleh la saya tunjuk sayur atau buah yang sebenar. Dan dari situ dia akan berminat untuk mencuba dan merasa the real one.

toys

5. Berikan galakan dan pujian selalu.

Satu lagi yang saya lakukan ialah sentiasa memberikan galakan dan pujian terhadap apa apa perkara positif yang Iesya lakukan. Jika dia habis makan sekuntum brokoli sahaja pun saya akan puji dan sentiasa bermain dibibir perkataan “good girl”,” clever girl”… mumgkin nampak remeh, tapi percayalah kanak kanak lebih semangat dan berani apabila selalu diberi galakan dan pujian.

Oklah itu 5 cara dan tips yang saya gunakan kepada Iesya agar dia terus suka untuk makan sayur, buah buahan dan juga makan vitamin kegemarannya. Saya nak dia terus sihat dan gembira dengan persekitaran yang positif. Saya sangat percaya pemakanan yang baik dan sihat mempengaruhi perkembangan minda dan akhlaknya.

P/s : Semua ibu bapa nak anak bijak dan cerdik, tapi please jangan paksa atau desak anak anda, seawal umur 2-4 tahun adalah masa untuk mereka bermain. Cuma, jenis permainan boleh membentuk kemahiran dan keperibadian mereka. Mungkin entry saya 2 hari lepas, bermanfaat buat ibu bapa. Let them be your baby first. Dont paksa paksa wokey!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: