BAHAYA MICROSLEEP YANG SERING TERJADI KEPADA ORANG DEWASA BOLEH MEMBAWA MAUT

by azszua03 on 8 December 2016

Assalamualaikum semua…

Tahukah anda, pada tahun 2009 sebuah pesawat Perancis, Air France Flight 447 yang membawa 228 orang penumpang dan anak kapal telah terhempas di Lautan Atlantik sehingga mengorbankan kesemua mereka. Sebelum kejadian, juruterbang sempat membuat laporan kepada terminal bahawa dia berada dalam keadaan yang sangat letih  kerana tidak cukup tidur. Pembantu juruterbang kemudian mengambil alih pesawat tetapi gagal dikendalikan.

Cerita diatas antara kes kes kemalangan terbesar yang disebabkan oleh Microsleep. Mesti ramai yang tertanya tanya apa itu microsleep sehingga boleh menyebabkan kemalangan yg begitu dasyat. Banyak lagi sebenarnya kejadian yang meragut nyawa disebabkan microsleep.

Apa itu microsleep?

Memandu terlalu lama berseorangan dengan keadaan badan penat, bersengkang mata supaya segera sampai destinasi, mulut sudah berkali kali menguap, otak tidak dapat fokus dan akhirnya mata terpejam untuk beberapa saat tanpa disedari dan tanpa dapat dikawal lagi. Inilah yang dinamakan microsleep.

Bahasa mudahnya, microsleep ialah merupakan satu keadaan dimana seseorang tertidur secara tiba tiba dalam tempoh sesaat atau kurang dari 30 saat. Ketika itu, semua deria tidak akan berfungsi dan umpama terkunci. Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tak kira bila masa dan dimana jua. Ia juga boleh terjadi dengan keadaan mata masih terbuka.

Microsleep bukanlah sejenis penyakit, ia adalah satu keadaan automatik apabila badan terlalu penat dan otak cuba mentafsirkannya dan mengarah badan untuk berehat. Otak sedang memaksa badan untuk tidur dan berehat.

Bahayakah Microsleep?

Ya, microsleep menjadi sangat bahaya kepada diri dan juga orang sekeliling sekiranya ia terjadi ketika sedang mengendalikan mesin atau sedang memandu. Seperti kes pesawat terhempas yang saya ceritakan diawal entry tadi, hanya kerana kesilapan kecil, ramai yang menjadi mangsa.

Microsleep sering terjadi kepada mereka yang bekerja dengan jadual yang tidak tetap, bekerja beterusan tanpa rehat dan tidur, memandu kereta terlalu lama atau yang melakukan kerja fizikal yg lasak dan memerlukan tenaga yg banyak. Walau bagaimanapun, microsleep boleh juga terjadi kepada mereka yang mendapat cukup rehat dan tidur tetapi tidak melakukan aktiviti yang meransang minda untuk aktif.

Tidur adalah satu keperluan biologi. Jika bayi dan kanak kanak memerlukan tidur untuk tumbesaran, orang dewasa memerlukan tidur untuk fungsi otak. Tanpa tidur, otak boleh berhenti berfungsi seketika. Otak juga memerlukan rehat dan waktu utk “recharge”.

Jadi kawan kawan, jangan paksa badan untuk langgar hukum alam ok. Tidur mesti cukup, jangan pula terlebih. Pemakanan juga perlu sihat dan terjaga utk badan yang cergas dan minda yang cerdas. Nanti saya sambung dengan entry rawatan dan cara mengelak dari microsleep.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: