APAKAH RAWATAN MICROSLEEP? DAN ADAKAH IA TANDA TANDA AWAL PENYAKIT?

by azszua03 on 9 December 2016

Salam dan selamat malam semua…

Nak sambung entry sebelum ini berkenaan microsleep atau tertidur secara tiba tiba akibat kepenatan. Microsleep boleh jadi sangat merbahaya bagi sesiapa yang mengalaminya, seharusnya ada langkah langkah bagi mengelakkannya terjadi sekaligus mengelakkan kemalangan jiwa.

Rawatan Microsleep

Sebenarnya microsleep bukanlah sebarang jenis penyakit. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup. Jadi, microsleep tidak memerlukan apa apa jenis rawatan khusus kecuali rehat dan tidur yang berkualiti.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mengalami kekangan waktu tidur dan rehat yang tidak sistematik, microsleep boleh dielakkan dengan meningkatkan metabolisme badan dan juga aktiviti yang meransang otak. Sebagai contoh sebelum memulakan pemanduan dan semasa memandu kenderaan, ada beberapa tips untuk mengelakkan terjadinya microsleep.

Tanda Awal bagi Penyakit.

Walaupun Microsleep bukan satu penyakit, tetapi ia adalah antara simptom awal kepada penyakit Obsttractive Sleep Apneoa (OSA) dimana penyakit ini biasanya dihidapi oleh mereka yang obesiti dimana otot dan tisu lembut yang berada diruangan tekak menjadi tidak aktif atau kurang respon sehingga menutup ruang pernafasan sekaligus menyebabkan paru paru tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup. Karbon dioksida yang terkumpul boleh menyebabkan nafas terhenti seketika.

Antara petanda lain bagi OSA ialah tidur berdengkur, bangun pagi yg tidak berkualiti, badan berasa sakit sakit dan keletihan.Masalah masalah ini lama kelamaan akan membawa kepada penurunan prestasi dalam kehidupan.

Jika anda menghadapi masalah seperti ini, perkara utana anda harus lakukan ialah dengan mengurangkan berat badan anda dengan cara menjalani kehidupan yang lebih sihat dan rutin senaman yg teratur. Pemakanan juga perlu dikawal dengan pemakanan yang lebih sihat.

 

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: