TIPS DAN CARA MENGELAKKAN MENGANTUK KETIKA MEMANDU ATAU MICROSLEEP

by azszua03 on 10 December 2016

Assalammualaikum…

Mengantuk semasa memandu sememangnya sgt merbahayakan diri dan juga penumpang lain. Perjalanan yang panjang dan meletihkan menambah lagi bebanan otak dan badan. Jangan anggap itu perkara biasa ya tuan puan. Microsleep boleh menyebabkan kemalangan.

Disini saya kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan microsleep ketika memandu kenderaan. Mungkin boleh dimanfaatkan bersama.

Berbual.

Berbuallah dengan rakan sebelah, atau bersama penumpang lain sekiranya anda sedang memandu. Elakkan anda melayan perasaan dan pemikiran anda sendirian. Ini akan menyebabkan anda lebih senang tertidur.

Dapatkan secangkir kopi atau teh.

Ya. Secangkir kopi atau teh boleh membuatkan anda hilang rasa mengantuk dan keletihan untuk beberapa jam. Singgah di R&R jika anda memandu untuk menikmati kopi dan teh panas. Anda juga boleh membawa bekalan teh yg meningkatkan metabolisma dengan segera.

Senaman ringan.

Berhenti seketika jika anda mula rasa mengantuk semasa pemanduan. Lakukan senaman ringan untuk 5 minit. Buat regangan badan untuk memastikan aliran darah dan ketegangan otot dalam keadaan baik.

Buka tingkap kenderaan.

Antara salah satu sebab microsleep terjadi ialah apabila kandungan oksigen dalam badan semakin berkurang, jadi otak akan kurang aktif. Dengan menyedut udara luar yang lebih nyaman terutamanya dikawasan kurang sesak, dapat meningkatkan level oksigen dalam badan anda.

Minum minuman isotonik.

Minuman isotonik juga mampu mengembalikan kecergasan badan anda. Tetapi anda harus bijak memilih minuman isotonik yg sesuai kerana kebiasaannya minuman isotonik di pasaran mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Nanti nak elak microsleep, tapi dapat diabetes pula.

Kes mengantuk ketika memandu ni rasanya ramai yang hadapi. Suami saya juga tak terkecuali. Apa yang suami saya lakukan? Entry Pengalaman memandu jauh lebih 6 jam mungkin boleh dimanfaatkan bersama oleh rakan rakan lain.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: