KEPENTINGAN HORMON TIROID KEPADA IBU HAMIL

by azszua03 on 12 December 2016

Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian…

Pasangan suami isteri sudah pasti teruja apabila mendapati mereka bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi. Begitu juga jika kehamilan kedua, tiga dan seterusnya. Menyambut ketibaan orang baru adalah sangat menyeronokkan. Sebagai ibu bapa pasti ingin menyediakan pelbagai persiapan baru bagi menyambut kelahiran anak tercinta.

Pakaian baru, set tempat tidur baru, mencari nama yg indah buat anak tercinta. Pendek kata panjang senarai yang dibuat menghadapi saat saat manis kehamilan dan kelahiran. Semua ibu bapa inginkan permulaan terbaik dalam kehidupan anak anak kan?

Walau bagaimana pun, ada satu perkara yang sering ibu bapa lupa. Atau mungkin juga pendedahan terhadap masalah ini belum begitu meluas dan jarang mendapat bahan bacaan mengenainya. Ia adalah tentang organ berbentuk rama rama yang berada di pangkal leher kita atau dipanggil kelenjar tiroid.

Apa kepentingan dan fungsi kelenjar tiroid?

Kelenjar tiroid yg sihat dan berfungsi dengan baik adalah penting untuk semua orang. Tetapi ia menjadi lebih penting kepada seorang ibu yang hamil terutama di tempoh trimester pertama kehamilan. Kelenjar tiroid yg sihat mampu memenuhi keperluan untuk hormon tiroid yg meningkat untuk ibu dan janin yang dikandung.

Apabila seseorang wanita itu hamil, tubuhnya memerlukan hormon tiroid yang mencukupi untuk menyokong keperluan metabolik dirinya yg semakin meningkat serta untuk bayi yg dikandung. Hormon tiroid ibu sgt penting kerana ia akan mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan otak bayi yang dikandung.

Kekurangan hormon tiroid untuk keperluan tubuh dan bayi yang dikandung dipanggil hipotiroidisme maternal. Ia berpunca dari masalah kelejar tiroid itu sendiri. Jadi, sangat penting untuk keseimbangan hormon tiroid dipastikan sentiasa diparas yang stabil. tidak terlalu rendah dan terlalu tinggi.

So, bagi sahabat sahabat yang ingin hamil atau sedang dalam usaha untuk hamil, anda haruslah memastikan kelenjar tiroid anda sihat dan tidak mengalami apa apa masalah melalui ujian darah ringkas yang boleh dibuat di klinik klinik kesihatan.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: