APA ITU HIPOTIROIDISME MATERNAL DAN APA SIMPTOM SIMPTOM KEKURANGAN HORMON TIROID

by azszua03 on 13 December 2016

Selamat malam….kak miah sambung lagi entry terdahulu berkenaan Kepentingan Dan Fungsi Tiroid. Kali ini kak miah ingin perjelaskan pula tentang salah satu masalah tiroid yang sering terjadi kepada wanita hamil iaitu Hipotiroidisme Maternal dan apa komplikasi yg kemungkinan boleh terjadi kepada ibu dan bayi.

Apa itu Hipotiroidisme Maternal?

Hipotiroidisme Maternal ialah sejenis penyakit tiroid disebabkan kelanjar tiroid tidak dapat membekalkan keperluan hormon tiroid yg mencukupi kepada ibu hamil dan bayi yg dikandung. Ini adalah penyakit tiroid yg paling lazim dialami oleh ibu hamil tetapi kebiasaannya tidak disedari oleh wanita terbabit.

Kekurangan hormon tiroid ini boleh menyebabkan kemudaratan kepada ibu dan juga bayi yang dikandung. Jika tidak dirawat, boleh berlaku komplikasi ketika kehamilan dan juga selepas kelahiran bayi.

Apa simptom simptom Hipotiroidisme Maternal?

Apabila hotmon tiroid tidak mencukupi di aliran darah, maka pelbagai fungsi tubuh akan mula terjejas. Ini boleh dikesan melalui simptom simptom seperti dibawah.

  • Keletihan dan lesu

Kekurangan hormon tiroid bagi ibu hamil akan menyebabkan badan terasa lesu dan mudah letih. Keletihan akan menyebabkan anda tidak aktif. Namun simptom ini berlaku seperti normal kepada wanita hamil diawal trimester oleh sebab itu ramai ibu hamil yang tidak menyedari masalah ini sedang berlaku pada tubuh mereka.

  • Kenaikan berat badan yg mendadak

Apabila kelesuan dan badan tidak aktif ketika hamil, kenaikan berat badan secara mendadak kemungkinan akan berlaku. Kekurangan hormon tiroid juga menyebabkan metabolik rendah dan kegemukan mudah terjadi.

  • Sembelit

Sembelit juga adalah antara simptom yang akan terjadi kepada ibu hamil yang mengalami kekurangan hormon tiroid. Ia berlaku kerana sistem penghadaman sedikit sebanyak akan terganggu.

  • Sensetif pada kesejukan

Satu lagi simptom bagi mereka yang kekurangan hormon tiroid ialah mereka lebih cepat sensetif pada kesejukan berbanding orang lain.

Jadi, jika anda memiliki simptom simptom seperti di atas, segeralah ke klinik kesihatan berhampiran untuk membuat ujian darah ringkas bagi memastikan sama ada anda mengalami masalah hipotiroidisme atau tidak. ini bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kepada bayi dan anda sekiranya anda disahkan menghidapi hipotiroidisme maternal. Walau bagaimanapun, jangan risau masih ada rawatan yang boleh memastikan kesihatan anda dan bayi anda sekiranya anda dikesan menghidapinya.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: