GOPRO HERO 5 BLACK MEMENUHI IMPIAN 2016

by azszua03 on 21 December 2016

Assalamualaikum….

Semoga hari ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kita. Sedar tak sedar lagi 10 hari tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya. Bermakna lagi 10 hari juga kita bakal menemui 2017 jika dipanjangkan usia. Azam 2016 sudah tercapai? Alhamdulillah jika sudah…

Normal la sebagai seorang peniaga seperti saya mempunyai target dan impian tertentu setiap tahun yang ingin saya penuhi. Dan seperti tahun tahun sebelumnya, ada target yang dapat saya capai dan ada juga impian impian yang perlu saya carried forward ke tahun berikutnya….

Alhamdulillah berkat dari hasil berniaga ni byk juga wishlist yang telah saya capai. Oklah, nak cerita tentang salah satu wishlist yang dapat saya penuhi sebelum penutup tahun 2016 ni. Mungkin biasa pada org lain, tapi sgt bermakna pada saya. Hasil menabung ai tu u olls….

Sejak awal tahun 2016 lagi saya berhajat untuk memilik sebijik GoPro hasil dari berniaga supplemen ni. Masa tu berhajat untuk miliki GoPro 3+ hehehe….tak sedar masa tu dah ada GoPro Hero 4…so terus lah berimpian sambil menabung. Tabungan untuk membeli apa apa wishlist haruslah asing dr tabungan lain seperti tabungan travel, tabungan saving dan tabungan long term yer. Saya mula menyimpan utk dapatkan GoPro sejak bulan September 2016 sebab bulan bulan sebelum tu guna utk dapatkan wishlist yang lain. Ngeh ngeh ngeh….

GoPro-Hero-5-Black

1st Picture lepas beli GoPro Hero 5 Black

Sambil tu jeles gak tengok ada kawan kawan guna GoPro bawak berjalan. Gambar cantik cantik je semua hasil dr GoPro mereka. Tapi selagi tabungan tak penuh saya pendam dulu hasrat tu. Setiap bulan bila dapat bonus memang doa agar cepat2 dapat kumpul budget. Dan sejak bulan September dok google tentang GoPro je…hahaha…parah sungguh kak miah oii!

Latest baca info masa bulan September tu akan keluar GoPro Hero 5 Black tak lama lagi. Punya smart appearrance dia…fuhhh meleleh ayaq liur…terus ubah niat nak latest edition GoPro Hero 5 Black tu…hahaha..alang alangkan..baik  la amik yg paling latest. 3hb Oktober 2016 launch GoPro Hero 5 Black kat Malaysia, ahkak dah termimpi mimpi dah…tapi tabungan masa nih belum mencukupi, keraskan hati tak nak keluarkan duit dari sumber sumber lain…walau dlm hati terdetik nak amik duit tabungan travel sikit utk top up…hahaha…but otak kata “BIG NO!”…Sila mereput tunggu duit cukup…

Oh ya, saya ada DSLR tapi dah lama mereput dalam almari tu. Hahaha…berhabuk tah apa…gara gara malas nak kehulu kehilir memikul DSLR yg berat tu…yerlah bila berjalan mcm2 nak pikul mmg DSLR jadi satu bebanan pulak. Nih dah ada budak kecik ni lagilah kirim salam nak bawak DSLR…hahaha jgn jadi mcm saya wokey ;-p

Oktober 2016, kalau congak congak duit tabungan wishlist, nampaknya memang akan saya miliki GoPro tu pada Januari 2017. Itu kalau ikut purata tabungan setiap bulan. Tapi jualan bisnes bulan November aritu rezeki dapat bonus lebih dari jangkaan. Bila 14hb Disember tiba, hari pembayaran bonus untuk November, makanya, budget dah cukup! 3 bulan kumpul….Rasa nak lompat happy…now sesi memujuk en abg PB gi servey harga dan beli terus GoPro Hero 5 Black impianku….

latest-edition-GoPro

Set GoPro Hero 5 Black yang saya beli

Makanya 19hb Disember 2016, berjaya kak miah miliki GoPro Hero 5 Black pujaan hatiku. Total semua belian RM 2,389.00 termasuk GST. Kena survey gak 2-3 tempat untk dapatkan the best price. Ada yg sampai RM 2490++ utk item yang sama. Oh ya, harga diatas tu utk 3 item basic je tau. GoPro Hero 5 Black, GoPro 3-way Grip/Arm/Tripod dan juga Extreme Sandisk 128GB 90MB 4K. Pastikan yang ori baru beli!

Untuk sandisk tu make sure korang pilih yg 4K Extreme tau…sbb biasa diaorg main harga kat situ…bagi murah tapi sandisk yg bukan 4K. Nanti video korang sangkut kalau tak pakai yg 4K tu. Masa tu  korang tension pun dah tak guna…hahaha…

dari rm399 dipujuk pujuk dapat rm250…hokey sgt la kan….

GoPro Hero 5 Black ni sudah tentu punyai kelebihan dan keistemewaan berbanding edisi edisi sebelum ni. Apa yang paling kak miah suka ialah Hero 5 ni ada night Mode utk ambil gambar diwaktu malam atau suasana gelap. Kalau edisi sebelum ni siang jelah gambar cun. Satu lagi yang best ialah ada touch screen LCD besar kat belakang Hero 5 ni, so senang nak adjust gambar dann senang selfie hahaha…itulah antara ciri ciri tambahan yg ada kat GoPro Hero 5 Black ni….yang lain lain kak miah belum kaji lagi…hihi

Oklah, nampaknya hajat kak miah tahun ni nak GoPro tercapai sudah, mission jalan jalan lepas nih akan lebih excited dan meriah insyaallah dengan adanya GoPro nih boleh kak miah amik gambar cantik caantik nanti…tak sabar nak ke Kundasang Sabah bulan depan dan plan nak ke Bali Indonesia nanti. Tunggu gambar gambar cun (permandangan la) dari kak miah wokey!

 

GoPro Hero 5 Black

reviewed by Noorazmiah

Rating 4.5/5

{ 2 comments… read them below or add one }

imma November 28, 2017 at 12:37 pm

dekat mana boleh beli gopro yang ori eh?

Reply

azszua03 November 28, 2017 at 2:46 pm

saya beli di melaka raya

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: