APA ITU SEL DARAH MERAH DAN BAGAIMANA IA TERBENTUK

by azszua03 on 3 January 2017

Assalamualaikum semua….

Hari ni nak sharing topik kesihatan yang terbaru….belum pernah saya kongsikan di blog kesayangan ini lagi. Insyaallah bermanfaat kepada semua. Iaitu topik mengenai “Darah”

Nampak simple je kan…tapi lagi banyak dikaji lagi byk rupanya yang tidak diketahui dan semakin komplikated pulak perkara yang kak miah ingat simple jer tadi. Secara kasar kita hanya tahu, darah itu merah seperti yang mata kita lihat.

Apa itu Sel darah Merah?

Darah terdiri dari beberapa komponen. 45% peratus dari kamponen darah ialah sel darah merah. Komponen lain terdiri daripada plasma dan sel darah putih dan platlet. Di dalam komponen plasma mengandungi 91% air.

Komponen darah yang terdiri daripada beberapa bahagian

 

Bagaimana bentuk sel darah merah?

Sel darah merah berbentuk dwicengkung (seperti gambarajah dibawah) dan tidak mempunyai nukleus. Sebenarnya sewaktu pembentukan sel darah merah yang prosesnya dipanggil eritroproiesis, diawalnya sel darah merah mempunyai nukleus sebagaimana sel sel tubuh yang lain. Tetapi, apa bila sel darah merah matang, ia akan menjadi dwicengkung dan nukleus tersingkir.

Bentuk dwicengkung ini sebenarnya mempunyai fungsi yg penting. Antaranya ialah ia memberi ruang yang maksima untuk hemoglobin pada sel dan sebagai agen pengangkut yang fleksibal apabila melalui kapilari kapilari darah yang halus dan sempit.

sel darah merah

Ilustrasi sel darah merah dalam salur darah

Bagaimana Sel darah merah terbentuk?

Proses pembentukan sel darah merah atau Eritropoeisis ini berlaku di tulang sum sum bagi seorang dewasa. Ia berbeza bagi janin yang dikandung oleh seorang ibu. Bagi janin seawal 0-2 bulan kandungan, sel darah merah terbentuk dari kantung atau yok sementara selepas anggaran 2-7bulan sel darah merah akan terbentuk dari hati dan limpa sehingga tulang sum sumnya bersedia pada usia kandungan 5-9 bulan.

Sel darah merah terbentuk hasil ransangan sejenis hormon tumbesaran yang dipanggil eritropoietin. Hormon eritropoietin adalah sejenis protien yang dihasilkan di ginjal(90%) dan juga hati(10%).

Bagi manusia normal yang tidak mempunyai masalah kesihatan, empat hingga lima billion sel darah merah dihasilkan setiap satu jam. Penghasilan akan meningkat didalam beberapa situasi seperti berlakunya pendarahan, tinggal diwasan tinggi, hemolisis dan lain lain.

Subhanallah….hebat sungguh ciptaan Allah…h

Ini baru cerita tentang satu bab tentang sel darah merah. Belum bab fungsi, bab hemoglobin dan yg lain lain tu. Bertabah la yer membaca penulisan kak miah ni. Hehehe…penting info info ni utk kita kenali diri dan kesihatan kita.

 

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: