KETAHUI FUNGSI SEL DARAH MERAH DAN KAITANNYA DENGAN HEMOGLOBIN

by azszua03 on 4 January 2017

Assalamualaikum…

Dah tahu apa itu sel darah merah kan. Kak miah nak cerita pula pasal fungsi sel darah merah dan kaitannya dengan hemoglobin. Apa pulak la hemoglobin ni kan…hahaha…sabar2…kejap lagi semua akan kak miah terangkan.

Fungsi Sel Darah Merah

Sel darah merah adalah agen pengangkutan yang sgt diperlukan oleh tubuh. Fungsi utama sel darah merah ialah mengangkut oksigen dari paru paru ke tisu, otot, dan juga organ termasuk jantung melalui salur darah dan kapilari kapilari darah yang halus.

kepentingan-sel-darah-merah

fungsi utama sel darah merah ialah mengangkut oksigen dari pada paru paru

Selain mengangkut masuk oksigen, ia juga berfungsi untuk mengangkut keluar bahan buangan sel seperti karbon dioksida dari tisu, otot dan organ utk dilepaskan oleh paru paru. Nampak kan kepentingan sel darah merah kita?

Apa pula hemoglobin?

Hemoglobin ialah biomolekul yang terdapat didalam sel darah merah. Ia terdiri daripada Hem sejenis protien (globin) dan zat besi (iron). Ia terkandung sebanyak 1/3 dari isipadu sel darah merah iaitu kira kira 270million biomolekul hemoglobin bagi setiap sel darah merah.

kandungan-sel-darah-merah

1/3 dari isi pada sel darah merah adalah hemoglobin

 

Setiap sel darah merah menyimpan 2.5g zat besi atau iron dan merangkumi 65% zat besi dalam badan manusia. Sekiranya terdapat kekurang komponen komponen ini, atau kukurangan sel darah merah, sekaligus akan berlakunya anemia.

Jadi, dapat dilihat kaitan sel darah merah dan hemoglobin dalam rantaian darah ini. Betapa pentingnya sel darah merah yang sihat dan juga yang boleh membekalkan oksigen kepada tubuh badan kita. Begitu juga dengan hemoglobin yang sangat penting membekalkan zat besi atau iron kepada badan.

Ok, kita jumpa lagi pada entry akan datang berkenaan jangka hayat bagi sel datah merah dan bagaimana sel darah merah boleh termusnah. Stay tune!

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: