JANGKAHAYAT SEL DARAH MERAH DAN BAGAIMANA IA TERMUSNAH

by azszua03 on 6 January 2017

Assalamualaikum

Lumrah semua yang benda ada jangka hayat masing masing. Begitu juga dengan Sel darah merah kita. Setelah memenuhi keperluan dan fungsi kewujudannya, pasti akan termusnah jua. Dan yang musnah akan berganti dengan yang baru. Begitulah kitarannya.

Tahukah anda berapa lama jangka hayat setiap sel darah merah?

Ya! 100-120 hari sahaja sejak ia dihasilkan dr tulang sum sum kita. Dalam jangkahayat 3-4 bulan itulah setiap sel darah merah itu berulang ulang melakukan tugasnya. Melalui kapilari kapilari darah menyampaikan oksigen dan mengangkut karbon dioksida untuk dibawa keluar oleh paru paru.

Tapi, bagi sesetengah situasi, jangka hayat boleh berkurang. Antara sebab atau punca bagaimana jangka hayat sel darah merah boleh berkurang dari jangka hayat normal ialah :

  1. Masalah kekurangan enzim dalam sel darah merah seperti G6PD
  2. Masalah penghasilan hemoglobin seperti Talasemia
  3. Masalah pada lapisan membran sel darah merah
  4. Pembengkakan limpa

Untuk masalah masalah seperti diatas, jangka hayat bagi sel darah merah akan lebih pendek atau dlm erti kata lain sel darah merah akan cepat termusnah.

membran-sel

lapisan membrane pada sel darah merah

Sepanjang tempoh hayatnya, sel darah merah yg menjalankan fungsinya akan mengalami perubahan pada lapisan membrannya. Perubahan inilah yang dapat dikesan oleh limpa, sum sum dan juga hati bagi setiap individu. Hebat sungguh kejadian ciptaanNya.

Limpa adalah organ utama yang menjadi organ untuk memusnahkan sel darah merah. Tulang Sum sum pula akan mula menggantikan sel darah merah yang baru. Kitaran akan terus berlaku setiap masa dan ketika tanpa kita sedari.

fungsi-limpa

Limpa yang berfungsi menapis sel darah merah

Sel darah merah yang dimusnahkan akan memisahkan dan mengasingkan hemoglobin. Hemoglobin akan digunakan semula dalam proses sel darah merah yang baru. Begitulah proses kemusnahan dan juga jangka hayat bagi setiap sel darah merah.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: