APA ITU ANEMIA? DAN BERAPA BACAAN NORMAL HEMOGLOBIN?

by azszua03 on 8 January 2017

Assalamualaikum sahabat…selamat berhujung minggu..

entry hari ni kak miah nak cerita tentang salah satu penyakit yang berkait rapat dengan sel darah merah, iaitu anemia. Byk penyakit lain yg berkait dengan sel darah merah ni. Tapi yang paling glamour dah tentu anemia ni. selain tu anemia, masalah lain yg melibatkan sel darah merah seperti G6PD, dan Talasemia.

Apa itu anemia?

Anemia adalah satu situasi atau keadaan dimana bilangan sel darah merah (RBC) dan paras hemoglobin di dalam tubuh seseorang berada pada tahap lebih rendah dari aras normal berpandukan bacaan pada umur dan jantina seseorang.

Berapa bacaan paras normal bagi anemia?

Bacaan paras normal adalah tidak sama mengikut peringkat umur dan jantina. Sebagai contoh, seorang lelaki dewasa mempunyai paras bacaan normal 13.0 g/dl sementara bagi seorang perempuan dewasa bacaan paras normal ialah 12.0 g/dl

Tahap keterukkan anemia yang dihidapi bagi seseorang individu bergantung kepada bilangan sel darah merah yang berada di dalam tubuhnya berpandukan kepada bacaan seperti carta dibawah. ia perlu menikut kategori umur dan juga jantina kerana bacn normal adalah berbeza

panduan-hemoglobin

Panduan bacaan hemoglobin

Hemoglobin dalam darah bertanggungjawab membekalkan oksigen yg diangkut dari paru paru dan disalurkan kepada sel sel badan dan juga organ tubuh terutama otak, jantung, buah pinggang dan usus.

Sekiranya hemoglobin dan sel darah merah gagal menyalurkan oksigen kepada sel sel dan organ tubuh, maka anemia akan berlaku. Sel dan organ akan terganggu fungsinya kerana tidak mendapat bekalan oksigen yg secukupnya. Walaupun badan kita sangat mudah mengimbangi kekurangan itu, tetapi lama kelamaan jika dibiarkan akan wujud simptom simptom anemia dan perlulah dirawat dengan sempurna.

{ 3 comments… read them below or add one }

Ainul April 5, 2017 at 10:21 pm

Memang menarik penulisan kak miah nih, nampaknya saya kena makan banyak banyak vitamin shaklee
Ainul menulis…Baru Amal 1 Bulan Setengah, Kulit Berminyak Tiada, Berat Badan Turun…My Profile

Reply

Naida May 8, 2017 at 7:53 am

Info yang menarik

Reply

azszua03 June 1, 2017 at 2:04 pm

tq naida.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: