TANDA TANDA ATAU SIMPTOM ANEMIA YANG MUNGKIN DIHADAPI

by azszua03 on 8 January 2017

Salam buat semua…

Terima kasih kerana masih sudi membaca tulisan tulisan saya. Azam tahun baru nak menulis selang sehari. Sehari cari bahan, esoknya terus tulis. Setakat 10 hari di tahun 2017 ni alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dari entry tentang sel darah merah hingga entry anemia 2 hari lepas. Entry hari ni masih berkaitan dengan anemia. Jom baca!

Setiap penyakit pasti bermula dengan simptom simptom awal yang kadangkala kita tidak perasan dan ambil berat. Seperti anemia, simptom simptomnya kadang kala sama seperti penyakit penyakit lain, tetapi ada juga yg berbeza mengikut jenis anemia, punca dan masalah kesihatan pengidapnya.

Penting untuk kita semua mengesan anemia melalui simptom simptomnya agar rawatan dapat diberikan segera sebelum sebarang komplikasi yang buruk berlaku. Anemia mempunyai kesan jangka pendek dan jangka panjang sekiranya tidak dirawat dengan sempurna. Walaupun badan manusia mempunyai kebolehan untuk memgimbangi anemia pada peringkat awal, tetapi ia juga boleh mengancam nyawa.

tanda-tanda-anemia

Antara Simptom simptom jelas mengidapi Anemia

Jom kita lihat apa simptom somptom anemia yang umumnya berlaku diperingkat awal.

  1. Mudah letih dan kehilangan tenaga.
  2. Degupan jantung lebih laju dari kebiasaan.
  3. Sesak nafas apabila melakukan aktiviti berat dan lasak.
  4. Kesukaran memberi tumpuan atau hilamg fokus.
  5. Pening dan sakit kepala.
  6. Kejang kaki.
  7. Insomnia
  8. Tumbesaran terbantu (kanak kanak)
  9. Lambat datang haid (kanak kanak)
  10. Demam kuning atau pucat (kulit dan mata kekuningan)

penting untuk org ramai tahu tentang simptom simptom ini terutama jika ada ahli keluarga atau orang sekeliling mengalami simptom ini bagi mengesan punca dan faktor terjadinya anemia untuk tujuan rawatan yang lebih khusus dan sempurna kepada penghidap dengan lebih pantas sebelum berlakunya komplikasi

semoga bermanfaat

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: