PUNCA DAN FAKTOR PENYUMBANG KEPADA RISIKO ANEMIA

by azszua03 on 15 January 2017

Assalamualaikum….lama tak menulis…ade je hal…

Masih tentang anemia. Bab darah nih memang banyak sebenarnya yg perlu kita tahu. Sebab kebanyakkan penyakit memang berpunca dari darah kan?, tapi ramai yang tak ambil berat tentang kesihatan darah yg berfungsi 24 jam sehari dalam tubuh kita ni.

Jadi kawan kawan, hari ni saya nak ajak kawan kawan kenali punca dan faktor penyebab bagi anemia. Penting untuk kita tahu punca supaya senang untuk kita rawat dari puncanya. Ada banyak faktor penyebab atau punca terjadinya anemia.

Anemia boleh terjadi secara drastik, yang kita panggil sebagai anemia akut. Contoh anemia akut ialah kemalangan yg menyebabkan kehilangan darah yg banyak secara mendadak. Anemia juga boleh berlaku bermula dari masalah sedikit demi sedikit dan secara perlahan tanpa disedari yang kita panggil anemia kronik.

Baiklah, dibawah ini saya senaraikan faktor penyebab terjadinya risiko anemia.

1. Masalah kesihatan usus kecil.

Antara faktor penyumbang kepada risiko menghidapi anemia ialah bagi mereka yang mempunyai masalah pada usus kecil. Sebagaimana semua tahu, fungsi utama usus kecil ialah untuk menyerap nutrisi dan mineral daripada makanan yang kita makan.

Tetapi bagi mereka yang menghidapi masalah pada usus kecil, mereka tidak dapat menyerap nutrisi dari makanan terutamanya zat besi, asid folik dan vitamin B12. Kekurangan nutrisi dan vitamin ini sedikit demi sedikit akan mengganggu pembentukan sel darah merah dan menyumbang pada masalah anemia.

2. Menstruasi/ Haid

Menstruasi atau haid yang abnormal juga boleh menjadi punca kepada anemia. Bagi seorang wanita yang mengalami menstruasi berlarutan dalam jangkamasa yang panjang akan menyebabkan kehilangan darah yang banyak sehingga boleh meningkatkan risiko anemia.

Apabila kehilangan darah berpanjangan, penghasilan sel darah merah yang baru tidak dapat menampung jumlah kehilangan. Oleh sebab itu,sgt penting bagi seorang wanita di jangka waktu umur subur untuk memastikan kitaran haidnya teratur dan normal.

3. Kehamilan kerap dan rapat.

Selain risiko osteoperosis, ibu yang melalui kehamilan yang kerap dan rapat juga meningkatkan risiko anemia. Ini terjadi apabila tubuh belum betul betul pulih 100% dari proses bersalin sebelumnya, sudah hamil lagi.

Alhamdulillah, kehamilan memang rezeki besar dari Allah, tetapi perlu diingatkan proses pemulihan badan tidak berlaku dengan kadar segera. Semasa hamil, banyak nutrisi dari ibu diambil oleh bayi yang dikandung untuk tumbesarannya, jadi proses penggantian semula haruslah dilakukan dengan sempurna sebelum kehamilan seterusnya. Jika perlu ambillah vitamin dan mineral dari supplemen yang terbaik.

4. Penyakit kronik seperti kanser,  kegagalan buah pinggang dan kegagalan hati.

Apabila tubuh menghadapi masalah kegagalan buah pinggang dan kegagalan hati sekaligus menyebabkan hormon eritroprotien yg dihasilkan oleh buah pinggang tidak mencukupi untuk meransang penghasilan sel darah merah.

Apabila sel darah merah tidak mencukupi, sekaligus menyebabkan masalah simpanan zat besi di dalam badan tidak dapat digunakan bagi penghasilan hemoglobin. Masalah ini menyebabkan anemia berlaku.

Begitu juga dengan penyakit kronik seperti kanser. Kemusnahan sel sel darah merah yg tidak matang di tulang sum sum disebabkan penyakit kanser itu sendiri yg tidak dapat dipertahankan oleh sistem imun.

5. Faktor keturunan

Faktor keturunan juga kemungkinan menjadi punca kepada anemia. Antara anemia yg disebabkan oleh keturunan atau genetik ialah anemia sel sabit, anemia aplastik, talasemia dan terdapat juga anemia disebabkan kekurangan enzim tertentu seperti G6PD.

Terjadinya anemia disebabkan sel sel darah merah abnormal dan menjadikan jangka hayatnya lebih pendek dan termusnah awal berbanding sel darah merah normal, manakala jangka waktu penghasilan juga tidak dapat menampung kemusnahan tersebut.

6. Vegeterian

Bagi golongan vegetarian, atau pemakan sayur sayuran sahaja, juga menghadapi risiko mendapat anemia. Ini kerana golongan ini tidak mendapat nutrisi seimbang terutamanya zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan.

Kekurangan zat besi atau iron akan menyebabkan penghasilan sel darah merah akan terganggu. Sedangkan kemusnahan sel terus berlaku seperti biasa. Apabila jumlah yg dihasilkan kurang dari yang dimusnahkan, sedikit demi sedikit simptom anemia akan kelihatan.

7. Jangkitan kuman pada darah dan sistem imun.

Anemia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah yang mana, virus atau kuman boleh memusnahkan sel darah merah secara berleluasan dan tidah dapat dilawan oleh sistem imun tubuh.

Kerosakan pada sel darah merah memusnahkan sekaligus hemoglobin darah sehingga menyebabkan anemia ini boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera. Tingkatkan sistem imun tubuh agar dapat menentang virus dan menguatkan pertahanan tubuh.

OK, itulah tadi antara punca dan faktor penyumbang kepada masalah anemia. Nanti saya kupas pula anyara rawatan rawatan yang boleh dilakukan bagi membantu masalah ini. Mungkin juga beberapa petua yang boleh dipraktiskan.

Selain itu, saya juga akan sentuh nanti khas buat Anemia bagi Ibu hamil, yang selalu HB rendah tu kan. Nanti saya kongsikan beberapa maklumat khas ye. Terima kasih kerana membaca.

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: