NIKGOLDEN GARDEN KUNDASANG SABAH

by azszua03 on 17 January 2017

Salam semua,

Nak review sikit tempat pertama saya menginap di Kundasang untuk percutian di Sabah tahun ini. Actually, kebetulan je terbaca tentang NikGolden Garden ni di blog rakan travel. Tak ingat dah blog mana sebab memang byk buat servey sebelum merancang untuk bercuti.

Lepas terbaca di blog tu, terus search di facebook. Alhamdulillah jumpa Pages dan terus lagi baca review review mereka yang pernah menginap di NikGolden Garden. Majoriti memberi positive review dan saya apa lagi terus wasap no yang diberi untuk booking.

Urusan booking

Ok, 1st impression bila whatsapp, tuan nombor reply dengan pantas membuatkan urusan saya sangat mudah, tak perlu saya nak cari cari lagi tempat yg belum tentu kosong. So deal terus dan booking 1 bilik. Saya buat permintaan untuk dapatkan bilik yang nampak sunrise dan gunung kinabalu. Dengan mudah permintaan saya dilayan.

Cuma nasib tidak menyebelahi saya kerana waktu saya stay semalam cuaca mendung dan sangat berkabus, jadi tiada sunrise dan gunung kinabalu juga tidak kelihatan. Tapi itu bukan salah sesiapa. Nasib tidak menyebelahi sahaja. hihihi

Nak Booking?  Call or Whatsapp je no ni 019-842 6228

Harga bilik

Pada saya sangat berbaloi. Untuk bilik yang luas, selesa dan bersih. Katil size king. Harga tak sampai rm100. Sangat berbaloi. Dan jika anda memang inginkan suasa yang tenang tanpa sebarang gangguan, bilik di NikGolden sangat saya syorkan. Jauh sedikit dr pekan Kundasang. Tapi suasana yang sangat best.

Kemudahan dalam bilik.

Lengkap untuk saya katakan keperluan yang disediakan. Kettle, almari pakaian, cawan, green tea dan sugar, air mineral 2 botol, tv with njoi, heater, almari solek dan katil size king. Tiada apa yang tak cukup pada saya.

Cuma, untuk ke NikGolden Garden ini, anda harus melalui jalan yang curam dan elakkan dari keluar masuk diwaktu malam. Bahaya jika anda tidak biasa melalui kawasan seperti roller coaster ini. Dan jalan juga agak sempit.

Overall, saya sangat suka dengan suasana di NikGolden Garden ini. Jika anda ingin suasana yang tenang dan damai, tidur ditemani bunyi cengkerik dan kesejukan semulajadi, sinilah tempatnya yang anda harus pilih.

Review ikhlas…hahaha

 

jom layan gambar kami di Nikgolden Garden…

nikgolden-garden-kundasang

anak tangga yang perlu dipanjat utk ke bilik kami

 

nekgolden-kundasang

nice view kan? malam2 lepak minum kpi dlm kesejukan di veranda…ohsem

 

nikgold

laluan ke kaunter office

 

resort-kundasang

happy face!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: