PERCUTIAN 4H3M DI SABAH : KUNDASANG (2nd Day)

by azszua03 on 17 January 2017

Morning! Assalamualaikum….

Salam sayang dari Kundasang…Dah baca entry hari pertama kak miah bercuti di Kundasang, Sabah? Hari ni hari kedua kak miah sekeluarga di Kundasang. Sejukkk oii…takde aircond, takde kipas, tapi sejuk sampai rasa nak beku kaki tangan. Tapi, yang bestnya Kundasang nih masih mengekalkan alam sekitar. Tiada pembangunan hotel atau resort yg besar besar sehingga memusnahkan flora dan fauna seperti di Cameron Highlands.

Hari ni bangun seawal 5.30 pagi. Dak Iesya jer bangun lambat sikit sbb takyah fikir nak mengemas apa. Lepas kemas dan bersiap, kami terus check out dari NikGolden Garden dalam jam 8.00 pagi. Check out siap siap senang sbb nanti lepas jalan jalan terus Check in tempat lain pula. Hari kedua ni kami dah siap booking bilik Mushroom di Kiram Villages sebagai tempat bermalam.

Ok, lepas Check out, kami terus ke Pekan Kundasang. Apalagi, cari sarapan untuk mengalas perut sebelum memulakan aktiviti pagi ni. Ada beberapa kedai makanan halal di sekitar Pekan Kundasang. Saya cuba di Intan’s Restaurant and Cafe. Makan bihun goreng dan Abg PB makan nasi goreng kampung (masih tidak rasa sedikit pun pedas..hahaha). Bertabah la yer bang!…

makan-halal-kundasang

Sarapan disini kita! antara cafe muslim yang ada di sekitar pekan Kundasang

Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah

Lepas sarapan, terus menuju ke Desa Dairy Farm. Haaa…inilah tempat wajib yang anda harus datang sekiranya ke Kundasang. Sebelum sebelum ni (7-8tahun lepas) ulang alik beberapa kali gak ke kundasang ni, tapi tak pernah pun singgah Desa Dairy Farm ni sebab tak tahu pun kewujudannya. Sangat recommend datang sini, terutama kalau ada anak anak…wajiblah singgah sini tau.

Bayaran-masuk-Desa-Cattle-Farm

Bayaran masuk dikenakan sebagaimana di atas. Tapi Iesya dapat Free jer enterance…alhamdulillah

 

Desa-Kundasang

Ambil gambar sebelum masuk ladang…hihihi

Kanak kanaklah paling seronok kalau datang sini, macam Iesya. Merasa pengalaman bagi anak lembu makan, bagi minum susu, tengok kambing jinak, tengok bunga bunga cantik, padang rumput menghijau, makan aiskrim, dan macam macam aktiviti lain, kalau nasib baik ada waktu boleh tengok bagaimana perah susu lembu. Iesya sempat tengok susu dikotakkan jer. Oklah kan, pengalaman baru bagi dia. Yang paling best mestilah pengalaman makan aiskrim dalam kesejukan Kundasang. hahaha…

feeding-calf-kundasang

Gembira nak beri anak lembu makan dan menyusu..ke mama papa yg over?

 

Feeding-calf-eisya

Iesya cam biasa….takut ngan anak lembu tu…hurmm

 

Desa-product

Aktiviti yang mesti dicuba! sejuk sejuk pun redah jer…

Cuma yang tak berapa nak happy sangat, waktu kami di Desa Dairy Farm hari ni cuaca tak berapa cerah. Hujan halus dan kabus agak tebal, so tak boleh nak fefeeling New Zealand sangat…hahaha…maybe ini tanda tanda nak kena betul betul pegi New Zealand. So, semua gambar memang nampak berkabus macam musim sejuk gitu…Tiada gambar langit biru nampaknya….apapun tetap Alhamdulillah syukur sbb byk aktiviti best…

Desa-farm

Bergambar kenang kenangan sebelum meninggalkan Desa Cattle Dairy Farm

 

“Harap pagi esok cuaca cerah…sempat la kami singgah bergambar kenangan sekejap sebelum meninggalkan kundasang…hihihi kalau sempat la….amin- nak jugak tu”

Sabah Tea, Ranau Sabah

Selepas lebih kurang 2 jam di Desa Cattle Farm, kami bergerak pula ke Ranau. Mana lagi, kalau bukan ke Fish Massage and Spa, Tagal Sg Moroli Kg Luati. Dari pekan Kundasang, perjalanan lebih kurang 38km untuk sampai ke Tagal Sg Moroli. Eh, sebelum tengok ikan, kami ke Sabah Tea dulu. Bersebelahan sahaja dengan Tagal Sg Moroli. Tapi kena naik bukit menyusuri jalan berbatu, ditepi tepi jalan kita lihat pokok pokok teh, sangat menyamankan. Tapi di ranau dah tak sesejuk seperti Kundasang.

Sabah-tea-ranau

Singgah makan tengahari disini! Port lepak terbaik nih

Di Sabah Tea ada sebuah Tea Shop. Kami singgah makan tengahari terus disini. Pelbagai masakan tempatan dan juga western boleh dijadikan pilihan, namun yang pasti, anda haruslah mencuba pelbagai jenis teh yang boleh diminum terus disini. En. PB mencuba Teh Tarik Cinnamon. Sedap katanya. Saya cukuplah dah minum teh tarik pagi tadi, saya minum jus tembikai dan makan wan tan hor sahaja. Boleh juga membeli pelbagai jenis teh yang terdapat di kedai bersebelahan cafe sebagai ole ole untuk dibawa pulang.

Cinnamon-tea

Abg PB try Cinnamon Tea….sedap katanya…

 

sabah-tea-cafe

speggeti dan wan than hor

 

Sabah-Tea-Ranau

Best sgt lepak lepak lepak kat Sabah Tea Shop ni tau! Iesya pun kata “bagus!”

Tagal Sungai Moroli, Kg Luati, Ranau

Lepas makan, terus ke Tagal Sg Moroli. Org yang paling excited nak tengok “fish” pastinya dak Iesya. Tapi seperti dijangka, dialah yang paling penakut, menjerit jerit taknak letak kaki kat air…hahahaa…tapi, kak miah pun tak jejak air…bukan takut, tapi geli tengok ikan mengemut banyaknye…dah tu besar besar pulak. So, jadi tukang ambil gambar tak bergaji jelah. hihihi…

Fish Massage & Spa

Ikan dia besar besar woii….kawasan ni air tenang, kalau belah kanan tu air dia laju, berbatu2, cantik sgt tau

 

spa-ikan-ranau

Iesya ketakutan, menjerit jerit tak nak masuk air..hahaha

“Tapi tengok live ikan byk dan besar mcm tu sangat seronok dan teruja. Bukan senang nak tengok ikan liar datang menyerah diri kan?”

Ikan  ikan kat sini berani sbb tahu takde siapa berani tangkap dia. Hahaha…memang dilarang untuk menangkap ikan di Sg Moroli ni (Tagal tu bermaksud dilarang memancing). Wajib kesini tau kalau korang ke Sabah. Bukan sebab ikan je, sebab sungai tu pun sangat cantik. Jernih, sejuk dan berbatu…cantik sangatlah.

Lepas bermain main dengan ikan, kami pun pulang semula ke Kundasang. Sebelum Check in di Kiram Villages, singgah tapau makanan dulu di KFC Kundasang sebab malas nak keluar malam malam nak cari makan. Malam ni nak tido awal sebab esok nak balik ke Kota Kinabalu utk aktiviti pantai pulak…hehehe..aktiviti la sgt…aktiviti menghitamkan kulit.

Kiram-village-rooms

Salah satu bilik comel di KiramVillages

Ngam ngam malam ni hujan selebat lebatnya kat Kundasang. Maka bertambah tambah membekulah kitaorang malam nih. Moga moga esok ada rezeki langit cerah untuk kami repeat ke Desa Dairy Farm untuk ambil gambar cun cun berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Doa banyak banyak nih sebelum lelap. Hehehe…

Ok, esok kak miah celoteh lagi k. Teruskan membaca entry hari ke tiga kak miah di Sabah bah…

 

{ 3 comments… read them below or add one }

Noorazamima July 10, 2017 at 1:26 pm

Salam sis

Antara Nik Golden Gardem dengan Kiram,mana satu yg sis lagi recommend?

Reply

azszua03 August 3, 2017 at 10:43 pm

Nik golden lebih ok rasanya

Reply

Muhammad Azraie August 4, 2017 at 12:41 pm

Kiram village berhampiran Desa Dairy Farm, mempunyai chalet dgn design yg sgt cantik. Garden pun cantik. Harga utk 1mlm serendah rm270. Jika NikGold terletak berhampiran jln besar 4km ke pekan Kundasang. Boleh tgk dlm agoda, kdg2 ada offer utk nikgold. Tapi kiram village xde dlm agoda. Cuma booking no ni +60 14-353 2181.

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: