PERCUTIAN 4H3M DI SABAH : KUNDASANG (1st Day)

by azszua03 on 17 January 2017

Assalamualaikum semua…

Maka hari yang dinanti sudah pun tiba. Sebagaimana persiapan sebelum ini telah awal awal lagi dilakukan, sejak itulah keterujaan untuk memulakan perjalanan ke Sabah utk kesekian kalinya begitu dinanti oleh kami. Perjalanan untuk mencipta lebih banyak kenangan indah buat keluarga kecilku, juga berkongsi rezeki hasil dari perniagaanku buat insan insan tersayang.

Tepat jam 5 pagi kami bertiga bangun untuk bersiap ke airport. Kali ini En. PB memandu sendiri ke KLIA2. Setelah dikira kira, perbelanjaan utk pergi balik ke airport mengguna teksi jauh lebih mahal dari kami parking di airport, maka pertama kalinya kami parking kereta bermalam disana. 4 hari 3 malam tempoh kami meletak kereta. Semoga baik baik sahaja.

Penerbangan kami dari KLIA2 ke KKIA dijadualkan pada jam 9.25 pagi. Kami sampai KLIA2 jam 8.00 pagi dan bersarapan sebentar di Gateway Mall di KLIA2. Habis sarapan jam 8.30 pagi, dan terus ke kaunter S, Kak miah terkejut sbb ramainya manusia beratur untuk Check in.

Nak dijadikan cerita, beratur dibelakang segerombolan pelancong dari Tanah Besar China, sangat menguji kesabaran..Fuhh…pagi pagi dah buat kami berpeluh. Mujur kami dan siap Check in Online, cuma nak drop bag shj, tapi tetap kena beratur dibelakang mereka. Penjaga kaunter pun pening melayan diaorg yang tak faham apa yg diterangkan. Actually, diaorg bawa beg lebih muatan. Tapi tak nak bayar extra charges. Mau tak pening…hahaha

Tapi syukur sangat si kecik Iesya sangat behave dalam flight. Sebelum nih risaukan dia jer sebab ini adalah penerbangan pertamanya dalam hidup. Tapi, lepas nih Kak Miah dan Abg PB dah tak risau la nak bawa dia jalan jalan naik flight. Yang paling penting, perut kenyang dan dalam flight dia ada benda nak buat selain tidur. hihihi…

My 1st fly….safety first..

Sampai airport Kota Kinabalu tepat jam 12 tengahari. Sebelum terbang tadi memang dah remind En. Radhi pasal kereta yang saya booking untuk sewa sepanjang berada di Sabah. So, jam 12 tengahari tu memang staff dia dah siap siap tunggu depan pintu ketibaan. Tapi kami lewat sedikit keluar, urusan tuntutan bagasi agak lambat. Selain kereta sewa, kak miah juga minta En. Radhi sediakan Baby Car seat untuk Iesya. Yerlah, si kecik tu dah biasa naik kereta duduk di car seat, lagipun keutamaan adalah keselamatan kan walau dimana berada.

 

kereta-sewa-KK

Kereta sewa kami Myvi, sepanjang bercuti di KK (klik gambar untuk maklumat Rental Car owner)

 

carseat-baby

Comelkan saya duduk dalam car seat… 🙂

Dapat jer kereta, kami terus memulakan perjalanan mengikut itinerary yang sudah dirancang. Itinerary pun kami baru ubah 3 hari sebelum terbang bagi fullfill perjalanan yang relax dan memenuhi tujuan asal. Bila jalan bawa anak kecil ni kena rancang betul2 mengikut keselesaan si kecil juga. Kalau kita kita jer, boleh jer redah dan ikut kehendak kita.

Pada mulanya kami cadang menginap di Kota Kinabalu dulu satu malam pada hari kami sampai, dan siangnya utk aktiviti pantai, tapi bila difikir semula rasa tak sempat pula nak ke Taman Tuanku Abdul Rahman tu kalau kami sampai jam 12 tengahari. Macam terkejar kejar pula nak round 3 pulau impian tu. Satu lagi, seperti tidak puas pula berada di Kundasang 1 malam shj hihihi….

So ubah itinerary, dari airport terus ke Kundasang, kami terpaksa burn booking hotel di KK padahal dah bayar penuh. Takperlah, aktiviti dlm itinerary lebih penting, tak nak buang masa begitu jer…bukan selalu dpt bercuti kan? Eh tak selalu ker? hahaha…

Malam pertama, kami booking Nikgolden Garden di Kundasang. Tengok review dr page dan blogger macam menarik jer kan. 3 hari sebelum terbang baru booking tau. Nasiblah masih ada kekosongan (bukan peak hour boleh la berlagak, cuba time cuti sekolah… hahaha). Dan, yang paling best, Nikgolden Garden ini sangat memenuhi citarasa kami. Kena dengan misi kami bercuti ke Sabah kali ni “Misi Relax & Closed to Nature”.

Dari Airport KK ke Kundasang makan masa lebih kurang dalam 2 jam perjalanan menggunakan kereta. Itu jika tak singgah mana mana. Taklah jauh sangatpun kan (ke sebab dah excited sgt? Hahaha). Tapi kami sempat singgah di Tamparuli. Asalnya nak makan di Mango Restaurant sebelah Rumah Terbalik Tamparuli, tapi rupanya dah tak bukak, hanya bukak kalau ada sebarang event sahaja. Frust sikit disitu….huhuhu

So aktiviti diteruskan juga dengan melawat 3D Wonder Museum. Walaupun tak secanggih di Langkawi, tapi boleh la untuk aktiviti bergambar. Bayaran tiket masuk rm24 untuk dewasa dan Percuma utk kanak kanak 3 tahun kebawah. Tapi yg stress, dak Iesya penakut kemainnnn…nak suruh berdiri kat lukisan tu pun menangis meraung tak nak. Nasib baiklah tiket ko Free nak oii! So gambar dia semua atas dukung jer…hurmm…apa apa jelah Iesya oii

kuda

kudaku lari gagah beraniii….haha

 

3D-art

Alamak! putus tali tu bang oii…hahaa

 

wonder-museum-tamparuli

Tengok Iesya….takut semua!…grrrrr

 

upside-down

Panas masa nih, nak besarkan mata pun tak leh…hahaha

Rumah terbalik Tamparuli kami ambil gambar dari luar jer, tak masuk pun sbb tahu kat dalam tu tak boleh ambil gambar. Hahaha…so habiskan masa dalam 1 jam kat sekitar tu jugak sebelum gerak teruskan perjalanan ke Kundasang….nasib baik pagi tadi dah sarapan heavy, so taklah perut keroncong, masa nih dah jam 1 setengah petang gitu.

Rest-Syah-Adilah

sorry, ada gambar nih je depan restoran Syah Adilah ni…hihi

Sampai Kundasang, perut dah kelaparan, dah dekat pukul 3 petang belum lunch lagi. Cari kedai makan sekitar kawasan Kundasang, jumpa sebuah Restauran muslim, Restauran Syah Adilah namanya. Not Bad juga, cuma makan kat Sabah nih memang susah la nak jumpa yang pedas, kak miah ok je, tapi abg PB la…mana boleh tak dapat pedas, hilang selera katanya. Hahaha… bertabahlah bang ye!

Lepas makan dan tapau siap utk makan malam sekali kami pun terus ke NikGolden Garden. Kenapa tapau? Sebab malas dah nak keluar malam tu. Lagipun kat sini bukan macam kat kota, malam memang lengang takde aktiviti pun. Tapi syukur juga siap tapau sbb lepas tu dah tahu jalan keluar/masuk ke NikGolden tu bagai roller coaster dan gelap takde lampu waktu malam. So, nikmati sepenuhnya suasana hutan dan alam semulajadi.

closed-to-nature

Roller coster bermula disini…yehaaa…

Habis aktiviti hari pertama kami di Sabah. Jam 8.30 malam memasing dah tido. Kak miah je lambat sikit sebab sibuk nak update entry.  Abg PB lagi awal dah tido, lepas solat Isyak je dah berdengkur. Al maklum kepenatan memandu jauh, yang dia tak pandu kapal terbang je…hahaha…Ok, tak sabar nak mulakan itinerary esok. Jangan lupa ya baca entry kak miah untuk hari kedua di kundasang!

 

{ 1 comment… read it below or add one }

qees April 18, 2017 at 9:15 am

Kereta Sewa Afra Kota Kinabalu
Kereta Sewa Serendah RM70/day *terma dan syarat
Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: