PERCUTIAN 4H3M DI SABAH : PULAU SAPI, MANUKAN DAN MAMUTIK

by azszua03 on 21 January 2017

Assalamualaikum….

Lambat pulak entry hari ke 3 kak miah dan family kat Sabah ye. Dah balik semenanjung dah pun ni ha. hihihi….Pastikan korang dah baca entry hari pertama dan kedua tau, barulah boleh feel sekali apa yang kak miah sharekan kat sini. Apapun, masih segar lagi kenangan kenangan kami disana bersama. Alhamdulillah…

Ok, hari ketiga penuh dengan kesyukuran, setelah membeku tidur malam sebelum tu kerana hujan lebat sampai ke suboh, akhirnya kami dikurniakan permandangan indah dipagi hari sebelum kami berangkat pulang ke Kota Kinabalu. Sungguh rasa bersyukur sgt kerana doa kak miah dimakbulkan. So pagi hari ke 3 tu kami cepat2 kemas barang dan Check Out dari Kiram Villages, sebab nak cepat cepat kejar masa takut terlepas itinerary yang telah dirancang.

Lepas Check Out, kami terus menuju ke Desa Dairy Farm untuk kali ke 2, kerana cuaca cantik, dan gunung kinabalu menunjukkan dirinya dengan indah sekali. Sesuatu yang tidak kami lihat semasa kali pertama datang ke Desa Dairy Farm sebelum imi. oh ya, Kiram Villages terletak berhampiran dengan Desa Dairy Farm ni tau, tu sebab kami boleh repeat semula kesini. Tapi, kali ni kami tak masuk, just bergambar kenangan berlatar belakangkan permandangan indah, jom saya belanja gambar gambar kami disana.

Kandang-lembu

Cik Iesya at Desa Dairy Farm Kundasang

 

Loving-Couple

We are happy family!

 

Daughter

Tak habis habis bergambar….iesya dari senyum dah masam muka…hahaha

 

Ok, dah jom pulang ke Kota Kinabalu…walau berat kaki melangkah meninggalkan Kundasang yang best nih, terpaksa juga teruskan perjalanan dengan harapan moga dapat kesini lagi nanti. Sekarang nih kita nak teruskan aktiviti bercuti di Sabah dengan melawat pulau pulau yang cantik pulak. Iesya nak swimming pulak! nak tengok fish lagi…jom!

eh lupa nak kongsikan permandangan menarik sewaktu kami dalam perjalanan dari Kiram Village ke Desa Dairy Farm tadi, kami jumpa sungai yang cantik. Cantik Sgt, kalau kat semenanjung sure dah jadi port percutian dan piknik. hahaha…kat sini sungai cantik cantik pun org tak piknik…maybe sebab sejuk kot..hahaha… Subhanallah… cantik sgt kalau korang dapat lihat dengan mata sendiri sure lagi puas hati…

nice-view-of-kundasang

Cer tengok sungai kat belakang tu….cantik kan? mesti sejuk sgt air dia…

 

nice-view-of-kundasang

Tak tahu apa nama sungai nih, tapi kalau nak ke Kiram Village memang akan lalu jambatan ni

Ok, kitaorg meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, Selepas 1 jam 45minit, kami sampai di Shaklee Cawangan Kota Kinabalu. I is Pengedar Shaklee, so wajib la singgah branch uruskan apa patut, sebelum sambung bercuti. Dengan jejaknya kaki di Shaklee Cawangan Kota Kinabalu ni bermakna lengkaplah sudah kak miah menjejaki semua cawangan Shaklee satu Malaysia. hihihi…suker sgt, dengan Shaklee nilah kak miah dapat bawa family jalan jalan, dapat bayar hutang hutang sampai settle….opss tu citer lain kali la…hihi…

shaklee-kotakinabalu

Singgah Uruskan order dan aktifkan new member jap

 

Jesselton Point, Kota Kinabalu

Lepas je urusan siap di Shaklee KK, kami terus menuju ke Jesselton Point. Ha, apa lagi, aktiviti menghitamkan kulit la….kami nak ke 3 pulau terkenal di Kota Kinabalu ni. So memang kena naik bot dari Jetty Jesselton point ini. Ada parking luas disediakan untuk kemudahan pengguna. 1 jam rm1.00. Oklahkan sebab parking berpagar dan ada guard. So lepas parking kereta kami terus ke kaunter membeli tiket. kenalah survey beberapa kaunter dulu sbb bot bot ni waktu perjalanannya tak sama, so, kami nak cari bot yang paling awal gerak. Masa survey tu kebetulan memang ada bot yang nak jalan dah dan tinggal 3-4 seat je kosong, kami terus rembat.

Harga tiket untuk seorang dewasa RM22 utk satu pulau, tambahan Pulau lain ialah rm15/pulau. Kanak kanak lain harga, tapi bawah 3 tahun free, so Iesya tiket Free… hehehe…alhamdulillah. kami berdua bayar RM102 untuk 2 orang dewasa dan untuk 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Tak sempat nak menunggu, kami terus naik bot.

Pulau Sapi

Pulau pertama yang kami pergi ialah Pulau Sapi. Antara 5 pulau yg terdapat di Taman Laut Tuanku Abdul Rahman ni Pulau sapi rasanya yang paling jauh dari daratan. 2 pulau yg kak miah tak ambil dalam pakej ialah Pulau Sulug dan Pulau Gaya. Sebab jika dikira kira masa memang tak cukup. Yerlah, sebab datang pun dah tengahari. Hahaha…

Ok, nak masuk Pulau kena bayar yuran konservasi tau. Warganegara atas 18 tahun rm3.00 seorg, bawah 18 tahun rm1.00 seorg. Tapi Iesya kaunter bagi free jer…hihi…yuran ni bayar sekali jer…walaupun pergi lebih dari 1 pulau. So bila pindah pulau lain takyah bayar dah…masa pulau pertama kita pegi jer

enterance-fee-pulau

Yuran masuk ke Taman Laut Tuanku Abdul Rahman

Di Pulau Sapi ni kak miah bertiga habiskan paling banyak masa berbanding Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Jatuh hati ngan Pulau sapi. Tapi mmg rasa pilihan tepat habiskan banyak masa disini berbanding 2 pulau lagi. Pada pendapat saya, pulau sapi airnya lebih crystal clear gitu…best snorkling kata Abg P.B. berbanding 2 pulau lagi.

Pulau-Sapi-enterance

Pulau Sapi yang paling kami suka….paling cantik pada kak miah….

 

snorkling-pulau-sapi

Aktiviti wajib kalau korang datang Pulau sapi ialah snorkling….cantik berwarna warni ikan

 

Pulau-Sapi

Iesya nak swimming….

 

indah-pulau-sapi

Cantik sgt Pulau Sapi….sila la rancang percutian anda kesini

 

Pulau Manukan

Selepas Pulau Sapi, kami ke Pulau Manukan pula. Iesya dan Abg P.B sambung mandi lagi. Kat Pulau Manukan ni masa kami datang org tak ramai sangat. Syukur juga cuaca tak panas sangat, taklah kami sunburn. Hihihi….

Kami di Manukan tak lama..dalam sejam lebih sahaja. Sempat singgah gerai makan yang ada sebab Abg P.B dah kelaparan. Makan Maggie kat Pulau Manukan. Hahaha…jgn tanya harga, mmg tepuk dahi….hahaha semangkuk maggie disini boleh beli 2 bungkus besar maggie kat daratan sana.

Sila la bawa bekalan makanan jika datang ke Taman Laut Tuanku Abdul Rahman, apa lagi jika anda byk melakukan aktiviti air….kalau tak bawa bekalan makanan, sila la sediakan bekalan kewangan…hahahaa…terutama jika bw anak anak bersama, pelambung yg biasa rm10 tu boleh jadi double triple harganya…

maukan-island

Pulau Kedua yang dijejaki…

Pulau Mamutik

Pulau terakhir kami jejaki ialah Pulau Mamutik. Oleh kerana memasing dah kepenatan, makanya di Pulau Mamutik, kami piknik utk sejam jer. Abg PB dan Iesya tetap tak melepaskan peluang untuk mandi. Penat belakang kira…janji tak lepaskan peluang hihihi…. Pulau Mamutik cantik dan kecil shj. Masa kami sampai pun tak ramai orang.

Mamutik

Pulau terakhir yang kami jejaki ialah Pulau Mamutik..

 

Pulau-mamutik-KK

waktu untuk meninggalkan pulau pulau indah di Taman Laut Tuanku Abd Rahman

Balik ke Jesselton point lebih kurang jam 4.30 petang. Cuaca baik dan sudah redup. Dak Iesya bot belum gerak dia dah terlena kepenatan atas pangkuan papanya. Bot laju pun tak sedar langsung. Hahahaa…Alhamdulillah gembira sungguh dia. Hilang rasa penat tengok dia gembira.

iesya-pulau-sabah

Iesya yang keletihan…tapi mama tahu dia seronok…

 

Sampai Jesselton Point kami terus ke hotel yang saya dah siap siap booking iaitu Oceania Hotel. Best hotel ni. Nanti saya review lain. Aktiviti malam di Kota Kinabalu akan saya sambung di entry akan datang ye. Stay tune!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: