PERCUTIAN 4H3M DI SABAH : MAKAN BEST DI KOTA KINABALU

by azszua03 on 24 January 2017

Assalamualaikum….

Masih mengenai Sabah bah. Banyak nau nak dikongsikan dengan anda semua. Harap kalian tak boringlah baca celoteh kak miah ni ye. Hehehe….hari ni nak cerita pasal makanan….Yes! Kalau bercuti, mestilah cari makanan yang best kat tempat bercuti kan? Ke kak miah jer camtu? Hahahaa…

Kalau sebut bab makan di KK, yg pasti terbayang dikepala ialah SEAFOOD kan? Begitulah juga dengan kak miah. Teringin sangat la nak mencuba seafood di KK ni. So, malam balik dari island hopping di 3 pulau tu, check in hotel, siap siap mandi dan solat, kami keluar cari seafood lepas maghrib.

makanan-laut

Buntang biji mata tengok fresh seafood-seafood kat sini oii…

Memang dah survey dulu tempat makan seafood di KK ni. So ada beberapa review di Blog yang suggest Gerai Seafood Sinar Delima. Lokasinya di sebelah Pasar Besar KK. Bukan di pasar Filipina tau. Sebab belakang pasar Filipina pun ada banyak gerai makan dan ada juga jual seafood, tapi terlalu crowded dan tahap kebersihan tidak melepasi piawaian kak miah. Hahaha….

Lobster-seafood

Nampak tak lobster tu? sekor tu mau dekat sekilo tau…targeted!

Mencari Gerai Sinar Delima ni pun perlukan kesabaran yang tinggi juga tau. Lokasi dia ditengah tengah tapak gerai makan seafood yang lain. Memang banyak gerai. So yang kak miah kata kena bersabar tu sebab, bila anda melalui gerai gerai lain, anda akan digoda utk singgah ke gerai peniaga peniaga disitu. Selain lihat seafood segar yang menggoda tu, pelayan gerai pun turut menggoda. Hahaha…bukanlah menggatal…dia jemput anda singgah dengan ayat ayat supaya anda tak pergi ke gerai lain jer…so tempuhilah dan redah la….kalau nak cuba gerai lain pun tak salah pun.

Tapi sebab dah lama kami tak dpt merasa nikmat “pedas” dalam masakan, maka kami pun kentalkan hati utk sampai ke Gerai Sinar Delima. Sinar Delima menyajikan masakan selera Jawa. So, menepatilah selera Abg P.B kita tu. Kak miah tumpang dua kaki jer…hihihi kalau sekaki tak puas…kena dua kaki.

Makan-seafood-murah

Masakan Jawa special, ha fokus kat banner belakang tu…cari banner tu tau kalau ke sini..insyaallah tak menyesal…

1st time makan lobster beli sendiri (eh, Abg P.B belanja)  sebelum ni makan lobster kalau Shaklee belanja je…hihi..perggh nikmat sgt lobster masak sambal, pedas pedas manis. Kenyal sangat isi lobster tu. Macam makan daging ayam dah rasa kenyalnya. Boleh la sangat makan sekor tu berdua, puas sgt dah rasa. Kalau sorang memang tak habis la…kenyang betul..nak tahu harga sila ke entry budget percutian kami ya.

lobster-kota-kinabalu

Penuh meja dengan pelbagai hidangan seafood

 

udang-butter

Udang butter ni pun mabeles u ollss…

Sorry korang, kalau kecur tengok lobster nih…cepat cepat pi tempah tiket KUL-KK hihihi…kat KK jer leh dpt harga reasonable nih…kalau besar cam yg kami makan ni..kat tempat lain maybe dah rm300-400 kot sekor. Sekali sekala oklah…kalau selalu leh bocor poket woii…hahaha

Selain tu kami ambil juga udang saiz sederhana masak butter, sotong goreng tepung dan ketam masak butter berkuah. Yummy sgttt….fuhhh terkenang kenang. Insyaallah nanti kami repeat lagi…datang makan jer pun takper..hahaha

Aktiviti malam tu dipenuhi dengan aktiviti makan jelah. Lepas makan balik hotel dan siap siap sebab esok dah nak balik semenanjung dah. Tidur awal untuk cover kepenatan island hopping siang tadi. Esok kena bangun awal sebab nak singgah pantai Tanjung Aru sekejap.

 

Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Tempat terakhir yang kami jejaki sebelum kami berangkat pulang hari ini ialah, Pantai Tanjung Aru. Alhamdulillah pagi pagi kesini memang takde oranglah kecuali ada satu bot sedang buat aktiviti meluncur air. Dalam 15 minit jer kami disini, berhenti mengambil gambar sebelum berangkat ke airport untuk pulang kesemenanjung.

Family-huzair

Gambar kenangan sebelum meninggalkan Sabah

Overall sangat berpuas hati dengan percutian kami kali ini, itinerary 99% kami cover dan masih dalam budget kami. Di entry seterusnya akan kami berikan itinerary lengkap 4Hari 3Malam percutian kami berserta perbelanjaan sepanjang percutian. Tapi percutian ini bukan percutian budget tau, Lite n easy but still afordable. hihihi…Jumpa lagi di entry percutian kami yang akan datang…iaitu Guang zhou, Bali dan Ho Chin minh City yeahhh…asean jerrr

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: