KIRAM VILLAGE KUNDASANG, SABAH

by azszua03 on 25 January 2017

Assalamualaikum…

Atas permintaan beberapa sahabat, kak miah buat review tentang Kiram Village yang telah kak miah jadikan tempat menginap pada malam kedua di Kundasang. malam pertama di NikGolden Garden.

kiram-village-kundasang

Jalan masuk ke Kiram Villages

Sebelum itu, ingin kak miah jelaskan bahawa misi percutian kak miah ini adalah untuk membawa keluarga kecil kak miah relax dan mendekati alam sekitar dengan lebih dekat lagi. Nak sedut udara segar, buka mata nak lihat gunung ganang. Itulah target utama. Hehehe…so kalau korang punya misi lain, maybe tak sesuai dengan penginapan yang kak miah pilih.

Kiram Village kak miah pilih kerana tertarik dengan lokasinya yang betul betul diatas bukit dan perkampungan berdekatan dengan pekan Kundasang. Satu lagi kak miah tertarik dengan landskap sekitar tempat penginapan di Kiram Villages. Memang betul bilik bilik penginapan dibina seperti didalam sebuah taman.

Untuk kemudahan didalam bilik, pada kak miah biasa sahaja, hanya ada kemudahan basic seperti katil, tv, kettle dan mug serta beberapa uncang teh dan gula, dan rak meletak barang. Cuma yang kak miah nak puji ialah, bilik air sangat bersih dan kemas. Kak miah kalau tempah hotel atau penginapan, bilik air dan tandas mmg menjadi keutamaan penilaian kak miah hihihi… so di Kiram Villages ni memang menepati piawaian kak miah.

Oh ya, satu lagi sebab kenapa kak miah pilih Kiram Village ialah kerana ia berdekatan dengan Desa Dairy Farm. Jalan ke utk ke Kiram Village tu melalui jalan yg sama untuk ke Desa Dairy Farm. Awal awal kak miah dah siap servey dulu tau. Hihihi…

Ok, kak miah belanja korang gambar gambar di Kiram Village….selamat menjamu mata…klik gambar pertama untuk maklumat  dan urusan booking di Kiram Villages

Kiram-Village-rooms

Antara bilik yang terdapat di Kiram Villages (klik gambar utk no telefon urusan booking)

 

Kiram-village-landskap

Permandangan dari bilik

kiram-village-landskap

nice view kan? really segar!

 

kiram-village-kundasang

susur jalan disebelah cafe yang menyediakan makanan halal

 

{ 2 comments… read them below or add one }

Zaleha Awaluddin February 16, 2017 at 8:51 pm

Bestnya.. Mmg menarikla kiram village ni kak mia
Zaleha Awaluddin menulis…Homestay di Baling Yang Selesa Sepanjang Trip Hulu KedahMy Profile

Reply

azszua03 March 2, 2017 at 10:41 pm

trylah nanti zal

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: