APA MAKSUD ANEMIA SEMASA HAMIL ATAU “HB LOW” DAN APA SIMPTOM ANEMIA SEMASA HAMIL?

by azszua03 on 10 April 2017

Assalamualaikum…

Hari ini saya sambung lagi mengenai anemia tetapi pada skop yang lebih kecil iaitu anemia semasa hamil atau mengandung dan simptom simtomnya.

Di Malaysia, kita sering dengar tentang masalah anemi atau “HB low” ini pada wanita wanita hamil. Tapi sejauh mana kita menyedari bahawa masalah ini sebenarnya serius atau tidak?

hb low

Ujian darah dilakukan kepada wanita mengandung

Apa itu anemia semasa hamil

Sebelum tu saya nak jelaskan dulu apa definisi anemia semasa hamil. Mengikut WHO, anemia semasa hamil ialah keadaan dimana hemoglobin didalam darah ibu kurang daripada 11.0 gm/dl. Walau bagaimanapun sesetengah persatuan perubatan mengklasifikasikan anemia semasa hamil adalah apabila paras hemoglobin kurang dari 10.5 mg/dl.

Terdapat 3 kategori situasi anemia semasa hamil yang telah dikelaskan.

  1. Anemia tidak teruk – paras hemoglobin antara 8.0 gm/dl hingga 10.9 gm/dl
  2. Anemia agak teruk – paras hemoglobin antara 6.0 gm/dl hingga 7.9 gm/dl
  3. Anemia bahaya – paras hemoglobin kurang dari 6.0 gm/dl

Ya, anemia semasa hamil biasa berlaku dan biasanya di kategori anemia tidak teruk iaitu paras hemoglobin lingkubgan 8.0gm/dl hingga 10.9 gm/dl. Sebanyak 30 hingga 50% golongan ibu hamil mengalami masalah anemia semasa hamil dan ia bermula seawal tiga bulan pertama kehamilan.

Simptom simptom anemia semasa hamil.

Anemia semasa hamil kebiasaanya adalah minimum atau tidak teruk. Oleh sebab itu ramai ibu hamil tidak menunjukkan sebarang simptom. Justeru itu, anemia semasa hamil sukar dikesan diperingkat awal jika tidak melakukan pemeriksaan.

kesan anemia

pening dan keletihan adalah antara simptom terawal anemia semasa mengandung

Anemia semasa hamil biasanya hanya dapat dikesan apabila ibu hamil melakukan pemeriksaan antenatal secara berkala dan mengikut jadual. Memastikan jumlah hemoglobin adalah satu ujian wajib yg perlu dilakukan oleh ibu hamil semasa pemeriksaan antenatal.

Walau bagaimanapun, sekiranya anemia semasa hamil adalah dalam kategori teruk, kebiasaannya pesakit akan menunjukkan simptom simptom seperti keletihan melampau, pening, jantung berdebar, sesak nafas atau boleh sampai tahap pitam atau pengsan.

Jika simptom simptom ini berlaku kepada anda atau mereka yang hampir pada anda, sila la lakukan pemeriksaan segera di hospital hospital berhampiran kerana keadaan ini akan memudaratkan ibu yang hamil dan juga bayi yang dikandung. Dapatkan rawatan sepatutnya.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post: