JEPUN DESTINASI PERCUTIAN TAJAAN SHAKLEE (PART 1)- TOKI PREMIUM OUTLET, GERO SUIMEIKAN HOTS SPRING RESORT

by azszua03 on 3 June 2017

Assalamualaikum wbt…

Lama tak bersiaran. Rindu nak berbloging, ada yang rindu akak tak? hahaha perasan. So sempena bulan baru ni berazam la nak hari hari mencoretkan apa yang patut di blog kesayangan hamba ini. Nak amik mood cerita tentang travel ahkak bulan lepas. Trip bersama group Shaklee ke negara matahari terbit, Jepun selama 8hari. Alhamdulillah percutian mewah ini ditaja khas oleh pihak syarikat untuk leader yang mencapai kelayakan yang ditetapkan. Kak miah lah salah sorangnya!

Seminggu sebelum berangkat, mmg belum prepare apa apa pun lagi walaupun pihak syarikat sudah mengadakan taklimat berkenaan trip. Penjelasan tentang pakaian yg sesuai, iklim di sana dan tempat tempat yang bakal kami lawati. Ada beberapa tempat yang suhu agak sejuk dibawah 10°c dan ada juga yang di atas 20°c waktu kami disana nanti.

Airport KLIA

13hb May 2017 adalah tarikh dimana kak miah bersama geng geng Shaklee berangkat ke Jepun. sebelum Check in kami diberikan meals allowance sebanyak 12000 yen ( lebih kurang rm450) setiap orang. Check in jam 5.50 petang dan boarding lebih kurang jam 8.00 malam.

duit saku, duit makan, trip jepun

Dalam sampul tu ada 12,000 yen..tq Shaklee!

Menaiki penerbangan Thai Airlines. Mcm biasa, makanan halal semasa penerbangan bagi kami yg muslim sudah ditempah khas oleh pihak Shaklee. Kami transit di Bangkok. Sekejap ja transit dlm 2 jam. Then teruskan penerbangan ke Nagoya, Jepun. Penerbangan dari Bangkok ke Nagoya lebih kurang 6 jam. Apalagi…kak miah layan movie jelah…hihihi..kadang2 layan lena…

Pocket wifi, tavel wifi

Sebelum terbang, jgn lupa ambil Pocket wifi dulu…hihihi…

Airport Nagoya, Japan

Nagoya Airport

Luggage jalan dulu….

Sampai Nagoya lebih kurang jam 6.30 pagi. Oh ya jam 6.30 di Jepun seperti jam 9.00 pagi di Malaysia. Al maklum negara matahari terbit…jam 3.00 pagi dah suboh wokey… malamnya pendek. Tapi xdelah jetlag. Sampai airport Nagoya, kami di berikan breakfast box (padahal dlm flight dah siap breakfast) sempat bersihkan dan segarkan diri kejap di airport sebelum meneruskan perjalanan kami semula.

Toki Premium Outlet

Tempat pertama kami lawati di bumi Jepang ialah tempat shopping…hahahah…Toki Premium Outlet. Sempatlah kak miah rembat sebijik handbag buatan japan, Samatha Thavasa dan beberapa item lain. Taklah sakan shopping pun.hehehe

Toki Premium Outlet

Sebelum masuk serbu, kita amik gambar reramai dulu

 

Shopping, Toki premium outlet japan

Laluan masuk ke Toki Premium Outlet

Dari airport Nagoya ke Toki Premium Outlet ni lebih kurang 2 jam. Memang on the way perjalanan kami ke Resort penginapan, jadi singgah sini sebelum kami check in resort. Oh ya, luggage yg besar semua pihak Shaklee uruskan. Dah dihantar menggunakan truck terus ke resort hotel kami. Takdelah nak mengangkut kehulu kehilir. Sampai resort nanti semua luggage dah ada dalam bilik.

 

Toki Premium Outlet

Antara Geng Kaki Shopping

 

Toki premium outlet, japan

Muka bahagia dapat shopping eh!

Gero Suimeikan Hots Spring Resort

Dah puas round satu outlet, kami pun naik bas semula utk menuju ke resort. Oh ya lupa nak beritahu yang kawasan kami stay ni namanya Gero. Gero ni antara kawasan yg sangat cantik. Alam semulajadinya masih terpelihara. Yang paling penting, memang takkan jumpa secebis sampah pun di daerah ni. Respect.

Hai rindu pula dengan suasana di Gero dan Takayama. Sungai kat sana jernih sgt mmg rasa nak terjun mandi manda. Memang takkan nampak satu sampah pun kat sungai. Sangat displin rakyat jepun ni. Kat Gero ni masa kami pergi suhu dlm 16-20°c. Memang nyaman jer rasa. Bila malam suhu drop bawah 10°c, tak tahan la pulak kalau tak guna jaket.

Gero, Gero suimekan Hots Spring

Permandanga begini disepanjang perjalanan ke Gero Suimeikan Hots Spring Resort

Kami menginap di Gero Suimeikan Hot Spring Resort. Ha, Resort ni mmg letak dihujung  Gero dan agak pendalaman. Hot Spring resort no 1 di Japan. Memang Resort paling dikenali. Resort ini sgt la luas, saya nak ke bilik kawan pun kena jalan jauh walau dalam satu hotel. silap silap boleh sesat.

Kaiseki Dinner

Malam pertama kami di bumi Jepun, Shaklee raikan kedatangan kami dengan makan malam yang special. Kaiseki Dinner di hotel yang sama. Apa itu kaiseki Dinner?

Kaiseki is a traditional multi-course Japanese dinner. The term also refers to the collection of skills and techniques that allow the preparation of such meals, and is analogous to Western haute cuisineKaiseki is often very expensive – kaiseki dinners at top traditional restaurants generally cost from 15,000 yen to upwards of 40,000 per person (about US $125 to $340 at 2015 exchange rates), without drinks.” -Mr. Google

Rate harga 15,000 yen itu adalah rate yang paling rendah untuk 7 course. Pihak Shaklee belanja kami dengan 14 course kaiseki dinner…ni pun baru tahu harga tau…rugi rasa tak habiskan haritu…hahahaha (perut santak kalau dpt habiskan). Kami memang rasa betul2 diraikan.

kaiseki dinner, makanan jepun

1st course kaiseki diner malam pertama….course2 lepas tu lupa dah nak amik gambar…hahaha

 

kaiseki dinner, japan style, japan food

Sebelum makan, ambik gambor byk2 dulu..hahaha

Lepas Kaiseki dinner, masing masing dah kekenyangan apa lagi…mengantuklah kan. Balik bilik masing2 untuk berehat kerana esok ada banyak aktiviti lagi. Lagipun dalam 3 jam lagi nak bangun solat suboh pulak. Suboh awal di Jepun nih. Kami tidur style jepun malam pertama di sini. Tidur menggunakan tatami mat. Tatami mat ialah tilam style jepun yg biasa kita lihat di drama drama Jepun tu. Tidur lena berselimut tebal sebab kepenatan dengan perjalanan jauh dan aktiviti tawaf Toki Outlet. hihihi

Tatami, japan bedroom

Dalam kesejukan, nikmat sungguh tidur bertatami…

 

Jumpa lagi untuk aktiviti hari ke 3 next entry nanti ya….

 

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: