DESTINASI PERCUTIAN TERBAIK DI JEPUN – TAKAYAMA & SHIRAKAWAGO (PART 2)

by azszua03 on 12 June 2017

Ok…new page….assalammualaikum…

Sambung lagi cerita Jepun Part 1 aritu, kali ni kak miah citer aktiviti dan juga tempat yg kak miah dan kawan kawan lawati sewaktu berada di Jepun untuk hari ke 3 pula. Hari ke 3 ni memang happening sgt dan rasa dekat dengan kebudayaan dan tradisi masyarakat Jepun.

 

Hello Kitty, Takayama

Hello Kitty Made in Japan

Sewaktu kaiseki dinner malam sebelumnya, kami diajar untuk memakai Yukata. Yukata ialah pakaian traditional rakyat Jepun sewaktu musim panas. Diperbuat dari kain kapas yang berwarna warni. Harga sepasang Yukata berpandu kepada perincian kain dan juga material dan coraknya. Ada yang berharga sehingga beratus ribu yen.

Shaklee menghadiahkan set yukata kepada setiap peserta percutian ke Jepun kali ini. Bagi peserta wanita, sebentuk reben dibelakang pinggang utk pemakaian yukata tersebut berharga 5000yen (nampak harga jual di kedai). Harga yukata dan juga Geta(terompah)  itu sendiri tidak kami ketahui berapa. Tapi kami sgt gembira kerana menjadi kenangan yg sgt berharga bagi kami semua.

antara barisan leader iReach

we ols dengan yukata hadiah dari Shaklee Malaysia

Aktiviti hari ke 3 ialah bersiar siar di Morning Market sebuah pekan traditional di Takayama dengan memakai yukata. Pekan yg bersih dan cantik ini mmg sgt terjaga rapi. Kalau lihat ke dalam sungainya boleh nampak ikan ikan yg sgt besar termasuk ikan koi yg mmg bersaiz besar hidup gembira didalam air yg bersih dan jernih. Jangan tak tahu, longkang di pekan ini mengalir air sejernih air terjun tau. Sgt bersih dan menyegarkan.

takayama. river japan

Sungai di Takayama…jernih kan? mmg takde secubit sampah pun

Mereka di sini sgt gembira apabila pelancong memakai baju kebangsaan mereka. Mereka akan cuba menegur dan beramah mesra. Ada yang akan mengambil gambar dan menyebut ” kawaii” bermaksud cantik! Morning market di pekan kecil ini hanya beroperasi sehingga jam 11 pagi shj. Disini banyak dijual pelbagai cenderamata dan juga barang barang kraftangan masyarakat setempat. Saya sangat suka pekan yg damai dan tenang di Takayama ini.

morning market takayama

makan ais krim matcha di morning market Takayama. sejuk dingin pun makan aiskrim lagi!

Bersiar siar di Takayama ini termasuk pekan lama Sannomachi (Old Town Sannomachi) yg sgt cantik dan bersih, di Sannomachi terdapat aktiviti khas untuk pelancong seperti naik beca (apa nama beca tarik tu tak tahu). Kedai kedai cenderamata juga berada disepenjang jalan. Memang sangat sesuai untuk bergambar dan melihat budaya masyarakat Jepun disini.

Sinnomachi, Old Town Takayama

Bersama Nutritionist dan BDM Shaklee di Sinnomachi Old Town

Selepas 2 jam di Takayama, kami masing masing bergerak menuju ke bas. Masih memakai Yukata, kami meneruskan perjalanan menuju ke Shirakawa-Go pula.

Shirakawa-Go atau Shirakawa Gasshoumura adalah satu lagi perkampungan di Jepun. Shirakawa-Go adalah dibawah UNESCO World Heritage Site Japan’s. Perkampungan ini agak terletak jauh dan pendalaman. Perjalanan melalui bukit bukau dan juga menerobos byk terowong terowong sebelum sampai ke Shirakawa-Go. Rasanya tak lengkap percutian sekiranya tidak datang ke Shirakawa-Go. Serius, sgt cantik! Aman dan damai. Begitu dekat dengan alam semulajadi.

Shirakawa-G0, Shirakawa Gasshoumura

Jambatan Gantung menuju Perkampungan Shirakawa-Go yang unik

Di ShirakawaGo, kami melalui jambatan gantung yg panjang untuk melintasi sungai yg lebar. Macam biasa belum masuk perkampungan saya sudah cukup kagum dengan keindahan kawasan sekeliling. Shirakawa-Go adalah perkampungan di kaki gunung dan antara kawasan yang akan mengalami salji tebal sewaktu musim sejuk. Disebabkan itu, rekabentuk rumah di Shirakawago sangat unik. Boleh lihat rekabentuk rumah di gambar gambar dibawah yer.

rumah segitiga, shirakawago

Rekabentuk unik rumah di di Shirakawa-Go mempunyai sebab tertentu.

 

shrakawago, unesco village, unesco japan

Lakonan semata…hahah…suasana dalam rumah…tapi bara api tu real tau

fish flag, only in japan

Bendera ikan. -klik gambar untuk description

Seharian di Shirakawa-Go sangat

shirakawaGo, Unesco villlage

Pemandangan dari atas bukit di ShirakawaGo. fuhhh peluh ketiak dakit bukit nih tau!…tap view sgttttt cun

 

unesco japan, shirakawago

#360sistur #ireachjepun #shirakawaGo

Puas rasa

kaiseki dinner, makan malam jepun

Gero Suimeikn Hot Spring Kaiseki Dinner

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post: