DESTINASI PERCUTIAN DI JEPUN (PART 3)- TATEYAMA ALPINE ROUTE

by azszua03 on 5 August 2017

New chapter! Morning and assalamualaikum…

Lagi sambungan cerita percutian saya di Jepun bersama deligasi Shaklee Malaysia. Hari yang ke 4 di Jepun, Itinerary ialah ke Tateyama Kurobe Alpine Route. The place that we all waiting for! Hahaha…nak main salji u olls…EH sebelum tu korang jgn lupa baca entry entry kak miah sebelum ni yer… Part 1 dan, Part 2 

Actually, malam sebelum kami bertolak ke Tateyama, we all semua kena siap siap packing luggage dan harta karun masing masing sebab kami akan bertukar hotel penginapan selepas turun dari Tateyama Kurobe Alpine Route nanti. Yerlah…kami kan banyak destinasi lagi selepas ini sehinggalah berangkat balik nanti dari lapangan terbang Narita, Tokyo. So luggage akan ditransfer terlebih dahulu sementara kami jelajah Tateyama. Sesampai di hotel nanti, luggage tersedia didalam bilik masing masing.

Perjalanan menuju ke Tateyama memang sangat mengasyikkan. Melalui bendang yg tersusun di kiri kanan highway dan diselang seli dengan rumah rumah petani di Jepun. Sebagai makluman semua, golongan petani di Jepun adalah golongan kaya tau. Al maklumlah, lot tanah di Jepun tersangatlah mahal. So tak pelik kalau disini rumah petani adalah lot lot banglo dua atau 3 tingkat dan sangat cantik. Lihat la gambar di bawah antara yg sempat saya snap sewaktu di dalam bas.

sawah, jepun indah, pemandangan cantik, sawah bersih

Pemandangan sepanjang highway menuju ke Tateyama Kurobe Alpine Route

 

rumah mewah, jepun kaya, petani kaya

Pesawah dan petni adalah golongan kaya di Jepun, lihat sahaja rumah rumah mewah mereka ditengah bendang

Selain bendang, boleh dilihat juga gunung ganang sewaktu menuju ke Tateyama. Masih terbayang bayang keindahan suasana disana walaupun sudah hampir 3 bulan berlalu. Kadang kadang terlihat juga pokok bunga sakura dan pokok buah peach. Cantik dan rendang. Walaupun waktu kami sampai di Nagoya musim sakura baru sahaja berlalu, tapi masih ada beberapa jenis sakura masih lebat berbunga dan menghiasi laluan.

Ok berbalik cerita pada Tateyama semula, Tateyama Kurobe Alpine Route start beroperasi pada June 1971, ia tidak dibuka sepanjang tahun utk beberapa route. Hanya dibuka pada pertengahan bulan April hingga pertengahan June sahaja untuk pemandangan tembok ais. Dimana sewaktu ini, tembok ais mencapai maksima lebih kurang 20 meter tinggi. Tateyama Kurobe Alpine Route juga dikenali sebagai ” Roof of Japan”.

tateyama route

Pemandangan indah sepanjang route di Tateyama

Melalui route Tateyama anda akan menikmati pemandangan menarik Japan Alps dan juga permandangan indah diatas puncak gunung Tateyama. Untuk melintasi pergunungan ini hingga ke station yg terakhir, pelbagai jenis pengangkutan akan digunakan seperti cable car, trolley bus dan ropeway. Anda juga akan berjalan kaki sepanjang Kurobe Dam (empangan Kurobe). Perjalanan atau tiket menaiki Tateyama boleh dibeli sehala atau pun return. Bagi kami yg akan ke destinasi seterusnya esok, bas sudah menunggu di hujung Route iaitu Ogizawa Station.

Jom cuci mata tengok gambar gambar kami di Tateyama Kurobe Alpine Route.

Tateyama station

station pertama perlu menaiki bas untuk ke station seterusya. semua urusan telah disiapkan oleh pihak Shaklee

 

tateyama cable car

Menaiki cable car untuk kestation seterusnya

Kami sampai di puncak Tateyama terus ke satu satunya hotel yang berada dipuncak Tateyama ini. Kami sampai ngam ngam waktu zohor, so kami diberikan ruangan utk solat sebelum dijamu makan tengahari. Harga usah ditanya kerana semua diurus oleh pihak Shaklee, yang pastinya hotel 5 star punya rate…hehehe

lunch tateyama

Solat dan Makan dulu!

Selepas solat dan makan, barulah kami mula explore Tateyama Korube Alpine Route…terjah ke dinding ais la apa lagi!…lihatlah muka2 gembira kami dibawah ni…hahaha

icewall, salji tebal, snow

we are Happy!

 

snow, salji, pegang salji

my 1st snow after 37 years old!

 

supermom, shaklee group

i am supermom!

 

me at Teteyama Kurobe Alpine Route, Japan

Selepas lebih kurang sejam kami diberi masa di dinding ais, kami bergegas pula naik ke betul2 puncak gunung bagi menikmati permandangan keleiling Tateyama mount. Subhannaallah…tak tahu nak discribe macam mana cantiknya ciptaan Allah…indah…damai…

Permandangan yang terindah…masih termimpi mimpi ingin kesini lagi

 

Lagi dan lagi…tak jemu

 

cantik sgt permandangan disini…dari atas puncak

Kepuasan yang tidak terhingga. Berbaloi rasa segala usaha untuk merebut tiket ke Jepun ini. Alhamdulillah….dapat pulak geng geng sekepala semua ada. Memang happenning trip kali ini.

Selepas menikmati keindahan di puncak gunung, kami turun pula menggunakan pengangkutan “ropeway”. Ha..yg nih rasa gayat sikit…hahaha…almaklum turun dari kawasan tinggi melalui kereta cable yg tergantung diawangan…fuhhh… alhamdulillah semuanya selamat sampai ke bawah. Kurobe Dam.

 

kurobe dam, empangan Kurobe

selepas menaiki ropeway, sampai di Kurobe Dam ini..berjalan kaki sepanjang Dam ditiup angin dingin..sejuk gigil

 

Feeling fotogenik la tu! Padahal kesejukan

 

geng geng 360 ni semua….

Lebih kurang sejam menikmati pemandangan dan berehat sebentar di Kurobe Dam, kami ke station terakhir iaitu Ogizawa Station. Sedih meninggalkan Tateyama Kurobe Alpine Route. Tetapi rasa puas dapat sampai disini. Alhamdulillah…semoga dapat kesini lagi lain kali.

muka sedih menunggu trolley bus lagi utk ke station Ogizawa….station terakhir sebelum naik bas utk ke hotel

Meninggalkan Tateyama Kurobe Alpine route dan menuju ke hotel baru pula. Check in Yatsugatake Royal Hotel. dan Dinner kami di hotel sudah tersedia. Lepas makan, solat jamak rehatkan badan untuk aktiviti esok pula. Jumpa lagi di entry seterusnya… Part 4

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: