DESTINASI PERCUTIAN DI JEPUN (PART 4) : ISHIHARA NOJO STRAWBERRY FARM DAN SHIBA SAKURA FLOWER FESTIVAL (PINK MOSS)

by azszua03 on 20 August 2017

Assalamualaikum….

Cerita pasal Jepun lagi..hihihi…almaklumlah skrg ni hot kan isu 3 org budak yang buat hal kat Jepun tu…tak nak ulas pasal diaorg tu…cuma nak ckp…sgtlah tak patut seorang yg dah cukup dewasa berperangai macam tu. Malu sgt la pergi negara org dok tunjuk samseng dan buat benda benda jijik mcm tu…jgn buat malu negara wokey!…(korang paham kan isu yg akak dok bebel ni? Kalau tak paham buat buat paham jelah hihi)

Jepun antara negara yg sgt menjaga adab dan tatasusila. Sewaktu sebelum kami berangkat dulu pun, kami ada taklimat khas utk dijelaskan tentang budaya dan adab ketika berada di Jepun. Tak boleh la buat mcm kat negara sendiri. Kenalah hormat bila gi negara org… ” hormat ” tu kita kena bawa kemana mana sekalipun tak kira negara mana.Oklah panjang pulak intro akak…hihi..

Sambung lagi perjalanan kami hari berikutnya. Selepas berpenat lelah penuh keseronokan menyusuri Tateyama Alpine Kurobe Route semalam, hari ini kami akan ke satu lagi tempat yg ditunggu tunggu…ha…tempat ni mmg semua perempuan suka la kot…almaklum, wanita dan bunga tak boleh dipisahkan. Shiba Sakura Flower Festival (Pink Moss). The best place to take a photo!…hahaha….ok, sebelum tu, meh nak citer dari awal pagi kami di Yatsugatake Royal Hotel.

Mcm biasa solat suboh jam 3pagi waktu jepun. Lepas solat suboh leh sambung tido balik…hahaha…nak bagi badan recharge (alasan! Hahaha). Morning call baru bangun n bersiap siap utk meneruskan perjalanan. Oleh kerana di Yatsugatake Royal Hotel ni kami menginap satu mlm jer…luggage mmg tak dikumbahlah malam tu…kuarkan siap siap baju nak pakai je. So esok senang takyah nak packing lagi.

So lepas sarapan, sementara nak tunggu peserta lain siap sarapan, amik gambar dulu depan hotel. Sebelum ke Pink Moss kami akan ke Kebun strawberry dulu hari ni.

Yatsugatake Royal Hotel…menginap 1 malam je disini

 

Cantik kan? hehehe…bunga tulips tu….tema purple kami ari ni

ISHIHARA NOJO STRAWBERRY FARM

Pagi ni makan strawberry puas puas dulu. Sebenarnya, ini bukan musim strawberry pun, tapi pihak syarikat Shaklee telah ambil inisiatif untuk adakan juga sekebun strawberry untuk deligasi kami. Bertuah kan? Very big thanks Shaklee! Tak pernah 2nd class service…mesti 1st class….

So, kat sini merasalah kami makan strawberry free semahu mungkin. Tapi, sengkak perut kalau makan banyak banyak.  Yang bestnye strawberry kat sini manis…kalau kecik pun manis..apa lagi yg dah besar dan ranum ranum tu…fuhhh mmg kecur bila teringat balik….bila tengok gambar gambar nih pun telan air liur jelah…hahaha..

Kat Jepun nih..makan strawberry dengan susu pekat, bukan coklat…so pengalaman baru bagi kami. Sedap wo…creamy n juicey giteww…

Kami di Strawberry Farm Ishihara Nojo

 

Jangan terliur ha…hihihi

 

Peliknya strawberry kat sini yg kecil tu pun manis….apa lagi yg besar besar tu…

SHIBA SAKURA FLOWER FESTIVAL (MOSS PINK)

Sebelum ke Jepun lagi asyik terbayang bayang akan tempat ini. Terbayang bayang adegan tarian hindustan..hahaha…dan terbayang juga keindahan latarbelakang gunung Fuji dalam photo photo kak miah. Tapi malangnya, petang selepas kami bertolak dari Ishinara Nojo, awan mendung mula kelihatan. Makanya, gunung Fuji pun malu nak menunjukkan diri. Tapi tetap bersyukur kerana impian untuk jejakkan kaki dan bergambar di Pink Moss akhirnya menjadi kenyataan. Jon layan gambar di Pink Moss!

I love pink!

 

Kalau tak posing banyak banyak kat sini tersangatlah rugi!

 

selagi boleh kita possing !

 

Dengan #360sistur latar belakang pink moss yg sgt indah.

Lama juga kami menghabiskan waktu kat sini…waktu yg dipenuhi aktiviti posing hahaha….puas hati wokey! Bukan senang nak dapat peluang ni. Dan bukannya Pink Moss ni selalu ada je.

RESTORAN NINJA

Selesai aktiviti di Shiba Sakura, kami meneruskan perjalanan ke Bandaraya Tokyo. Agak jauh juga, sempatlah tidur dalam bas…hihihi. Sebelum tu kami sempat singgah makan tengahari di restoran yg ditempah khas oleh pihak Shaklee. Kami panggil Restoran Ninja. Sebab restoran ni sememangnya mengenengahkan sejarah dan tradisi Ninja di Jepun suatu masa dulu.

Singgah makan di Restaurant Ninja dan kehadiran kami disambut oleh seorang Ninja!

 

 

Sorang jer Ninja buat Overtime hari ni…hahaha

Kalau dengan Shaklee perut memang tak sempat nak lapar dah disogok makanan lagi. Asyik makan jelah keje kami. Kat Jepun ni asyik makan seafood. Dari sebesar besar udang hingga sebesar besar ketam semuanya dihidangkan. Bab makan, penginapan memang mewah. Puas hati baq hang!

Makan sedap…seni masakan jepun mmg takleh challenge.

Apa yang paling best di Restoran Ninja ni ialah, tersedia sebuah “Prayer Room” untuk menunaikan solat. Siap tempat wudhuk juga sekali dalam “prayer room” tu. Semestinya bersih dan selesa. Kagum sebentar kemudahan yg disediakan itu. Al maklumlah…ini di Jepun, bukan di Malaysia wokeyyy….sempatlah ahkak bergambar jap..hihi

musollah, jepun prayer room, jepun surau

Prayer room kat dalam Restoran Ninja sgt melegakan kami untuk solat jama’ dan qasar sebelum menerukan perjalanan yang jauh (Tokyo)

 

japan prayer room, mussolah jepun

Tempat mengambil wudhuk sgt bersih.

Selepas makan dan solat kami sempat juga melihat lihat di kedai cenderamata yang terdapat di restoran tersebut. Tapi sebab panjang sangat beratur (kontijen Shaklee jer pun!) ahkak malas nak menunggu lama…so ahkak bersiar siar di sekitar restoran Ninja sebelum naik bas semula. Kami meneruskan perjalanan lagi ke Tokyo!

 

Jumpa di entry seterusnya nanti ya!

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: