DESTINASI PERCUTIAN DI JEPUN (PART 5) : BANDARAYA TOKYO, SUMIDA RIVER CRUISE & ODAIBA WATERFRONT

by azszua03 on 19 September 2017

Assalamualaikum….

Setelah hampir 2 bulan blog ahkak bersawang….akhirnya ahkak berkesempatan untuk membersihkan sawang…hahaha…sorry korang sbb cerita Jepun tak jumpa ending lagi. insyaallah akak cuba habiskan dalam 2 entry lagi ni k…enjoy reading!

Bagi yg belum baca entry entry sebelum ini boleh la selak selak page kat belakang yer…rugi kalau tak baca dari awal…tak “feel” org kata…hehehe…actually, menulis ni bukan sahaja untuk rujukan sesiapa yg memerlukan, tapi sebagai catatan memori yang boleh diabadikan sampai menutup mata kemudian hari nanti…insyaallah

Oklah…sambungan dari entry sebelum ni selepas melawat Pink moss, singgah Restoran Ninja dan perjalanan yg mengambil masa hampir 2 jam, akhirnya kami sampai ke Bandaraya Tokyo! so, baki 3 hari 3 malam lagi kami akan habiskan di Bandaraya terkemuka dunia ini. Alhamdulillah berpeluang menginap di tengah tengah Bandaraya Tokyo iaitu disebuah hotel terkemuka, Imperial Hotel. Tq Shaklee menyediakan sentiasa yg terbaik buat kami. Dengarnya bukan mudah urusan untuk booking di hotel ini.

Imperial hotel Tokyo

The most Famous and Expensive hotel…tapi semua Shaklee yang bayor…

Waktu sampai di Imperial Hotel, kami terus bersiap untuk Gala Dinner yg diadakan di hotel sama. Nasib la dah rehat dalam perjalanan menaiki bas tadi. Semasa Gala Dinner yg bertemakan “Malaysian” kami berpeluang bertemu dengan Dr Kojima iaitu saintis yang mencipta salah satu signature produk Shaklee, Nutriferon. Itulah kenagan manis kami selain dari makanan yang sedap…hihihi.

Lepas Dinner, balik bilik dan berkumpul dengan geng untuk pembahagian harta karun (produk Shaklee japan yang kami siap siap order sebelum bertolak ke Jepun) hihihi….borak borak…gosip gosip…possing possing…live video…then balik bilik memasing dan tido…hahaha…esok byk aktiviti lagi!

Bandaraya Tokyo dan Goverment Building.

Hari pertama di Tokyo kami bersiar siar dan melawat keindahan dan landskap sekitar bandar Tokyo. Kami dibawa meninjau suasana sekitar bandaraya Tokyo melalui menara yang terdapat di Goverment Building ditengah tengah bandar Tokyo. Sangat luas. Sangat besar Bandaraya Tokyo. Dilihat dari atas, memang hanya binaan batu dan besi sahaja kelihatan.

Oh ya sebelum tu, malam tadi semasa Gala dinner, kami diberikan kejutan istimewa apabila Presiden Shaklee Japan menjemput kami untuk melawat Shaklee Japan. Memang ditunggu tunggu! Makanya, ada satu itinerary kami terpaksa ditukar kepada itenarary Shaklee Japan. So selepas menijau bandaraya Tokyo, kami beramai ramai akan ke bangunan Shaklee Japan pula. Hanya berjalan kaki sahaja untuk ke Shaklee Japan.

Tokyo, Government building

kami di salah satu menara tinjau di Government Building melihat sekitar bandaraya Tokyo

Shaklee Japan

Teruja sangat dengan peluang yang satu ini. Jika pada tahun 2014 berpeluang untuk melawat headquaters Shaklee di San Francisco, kali ini berpeluang pula melawat Shaklee Japan. Alhamdulillah.

shaklee jepun, shaklee japan, shaklee tokyo

Akhirnya jejakkan kaki di Shaklee Japan.

 

shaklee jepun, kosmetik shaklee

Dapat masuk..kami terjah bahagian kosmetik dulu…hahah…pompuan sangatkannn…

Banyak produk Shaklee Japan yang tidak dijual di Malaysia terutama produk kosmetik. Ada juga produk yang sedang diusahakan utk memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. semoga lebih banyak produk shaklee yang semestinya selamat, semulajadi dan berkesan digunapakai oleh rakyat Malaysia.

Nakamise Street

Selepas melawat Shaklee japan, kami meneruskan itenarary seterusnya. Jalan jalan di Nakamise Street. Ok, disini adalah kawasan bangunan bangunan mencakar langit. Disini banyak dibina arca arca untuk tujuan pelancongan. Hati hati tau kalau berjalan kaki di bandaraya Tokyo ni. Bukan apa, mereka sangat menjaga keharmonian. So masih byk laluan laluan basikal disini. Jangan sesuka hati jalan lenggang kangkung pulak.hehehe…

ireach, japan, tokyo

bergambar kenangan dengan geng Bas B…majoriti Ireach…

Dah penat berjalan kami dan melawat bandar Tokyo, apa lagi! Makanlah….ok kali ni kami dibawa makan tengahari di sebuah restoran yang istimewa. Restoran ini hanya menyediakan makanan laut iaitu “King Crab”. Dulu,sewaktu di San Francisco dah pernah makan King Crab tapi kat Japan ni lagi best!…sbb semasa di SF dulu, King Crab di hidang seekor terus bermakna satu menu sahaja. Tapi disini, King Crab di hidangkan dengan pelbagai menu. Tempura, steambot, rebus, bubur…hahaha semua ada…semua best.

king crab, tokyo

Makan Tengahari di Restoran King Crab…semua pun ketam….sedap hingga menjilat siku 😆

 

king crab, tokyo restaurant

Persembahan makanan yang unik dan cantik…carrot pun bentuk ketam

Sumida River Cruise

Lepas mengisi perut, kami meneruskan lagi perjalanan menyusuri bandaraya Tokyo, kali ini menaiki cruise pula. Sumida River cantik dan bersih. Cruise 2 tingkat yang membawa penumpang juga sangat selesa. Menikmati permandangan indah disepanjang Sumida River sangat mendamaikan. Disepanjang tebing sungai kelihatan bangunan bangunan yang gah berdiri. Pembangunan yang sangat pesat tapi masih menjaga alam sekitarnya. Kagum!

sumida river, cruise tokyo

Sempat merasa menaiki cruise di Sumida River sambil melihat bandar Tokyo yang cantik dan bersih…

 

sumida river cruise, sumida river tokyo

Kak miah sempat posing mengabdikan kenangan di dalam Sumida River Cruise…hehehe

 

Cruise Japan, Sumida river

#IreachJapan bergambar di dalam Cruise

Penghujung perjalanan di bandar Tokyo kami sempat ke Odaiba Waterfront area. Ada shopping complex disitu….heheh sempatlah membeli belah sekejap. Takde ambil gambar disitu akibat lupa diri teringat nak shopping jer. Hahaha…ada kedai kedai best disitu, kalau kat Malaysia macam Daiso la. Murahhh…rm4 jer setiap barang lepas convert RM. Hahahaa…tu yg lupa diri. Sempat juga belikan ole ole untuk family di Malaysia.

Lepas Shopping, hari pun dah nak senja. Terus naik bas dan Dinner di sebuah kedai makanan halal. Menu Roti entah apa nama agaknya. Punyalah sedap…minum jus mangga pulak tu…ish teringat ingat lagi ayam tandori itu. Hahaha….gambar makanan pun xde punya pelahap makan….hahaha

Hardrock Cafe Tokyo

Destinasi terakhir kami seterusnya ialah ke Hardrock cafe Tokyo. Dalam itenarary Shaklee memang takde destinasi ni…hahaha…tapi geng kami ni memang kalau kemana mana negara luar akan sedaya upaya untuk singgah ke hardrock cafe. Kadang kala pihak pengurusan Shaklee pun rajin melayan permintaan kami ni. Tapi sbb di Tokyo ni jadual padat dan laluan nak memusing jauh, Shaklee tidak dapat la melayan…hahaha…tapi diaorg dah siap siap tunjukkan laluan train yang perlu kami naiki.

Kalau ke luar negara tak kiralah bersama pasangan atau tidak. Baju dari hardrock ni dah jadi collection untuk en. abg. So,bagi tidak menghampakan insan tersayang.. .sedaya upayalah kami mencari hardrock ni. Satu pengalaman baru juga berjalan sendiri bersama kawan kawan merasai keindahan Bandaraya Tokyo diwaktu malam.

subway train tokyo

berkesempatan menaiki fast train di Tokyo

 

train jepun, subway tokyo

kak miah tersepit antara org2 jepun…hahaha…pegi jepun kenalah ada gambar org jepun kan?

 

hardrock tokyo, baju hardrock

inilah yang dinantikan oleh encik suami….buah tangan yg buat mak kopak poket…huhuhu…sib baik 2 helai je

Balik dari Hardrock Cafe agak lewat juga. Sempat menyinggah cari coklat kapal dan matcha…hehehe. syukur gak dapat membeli sebab rata kedai serbaguna licin diborong kontigen shaklee. Syukur juga banyak kedai serbaguna di bandar TOKYO. Balik hotel tidur kepenatan….

Entry last kak miah dah updat yer!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: