DESTINASI PERCUTIAN DI JEPUN (PART 6-LAST) : DISNEYLAND TOKYO DAN GINZA STREET

by azszua03 on 21 September 2017

Hai semua…assalamualaikum…

Bertemu kita lagi di entry terakhir tentang percutian kak miah di Jepun…maaf sebab banyak sangat input yang kak miah kongsikan. Lagipun kak miah tak nak lupakan setiap kenangan manis dengan kawan kawan disana melalui trip yang Shaklee hadiahkan ini. Biar kekal terpahat didalam blog ini, next time baca boleh senyum senyum sorang diri. Hahaha…

Hari terakhir beraktiviti di Jepun. Awal pagi dah bangun kerana ada acara ” Shaklee Walk” pagi sebelum sarapan. Aktiviti dilakukan di kawasan taman berhadapan dengan Imperial Hotel. Hidiya Park ni luas dan juga cantik sgt. Kalau nak tengok bunga rose yang besar dan tak penah tengok kat Malaysia, kat sini ada. Memang cantik! Tapi aktiviti utama kami ialah berjalan lebih kurang 1.5 kilometer dan aktiviti senaman bagi mengeluarkan peluh. Al maklum, makan sedap jer dah seminggu ni kan…

Hidiya Park

Ireach yang menyertai Shaklee Walk di Hidiya Park berhadapana Imperial Hotel Tokyo

Disneyland Tokyo Japan

Balik dari Shaklee walk, kami sarapan dan terus bersiap untuk ke Disneyland Tokyo. Semua Shaklee dah siapkan. Tiket masuk pun dah ada. Tapi akak dan geng taklah begitu teruja kerana sudah pun melalui pengalaman di Disneyland Carlifornia dulu. Bagi yang bawa anak anak, sudah pasti Disneyland tempat yang sangat dinantikan. Akak dan beberapa kawan just ronda ronda, ambil gambar dan shopping! Ole ole untuk si kecil yang ditinggalkan bersama en.suami.

Selepas 2 jam menghabiskan masa disekitar Disneyland Tokyo, kami decide untuk kembali ke bandar dan shopping lagi. Hehehe….mujur Shaklee memang menyediakan bas untuk mereka yang ingin pulang awal dan juga bagi mereka yang ingin menunggu hingga acara “fireworks” di Tokyo Disneyland. Kali ini kami putuskan untuk meronda disekitar Ginza Street.

Disneyland Tokyo

Tempat terakhir di dalam itinerary Shaklee ialah Disneyland Tokyo

Disneyland Tokyo

Ireach di hadapan pintu masuk Disneyland Tokyo

 

Tokyo Disneyland

Sebelum masuk….amik gambar dulu….

 

Tokyo Disneyland

Castle adalah gambar wajib kalau ke Disneyland…hahaha

Ginza Street

Ok, Tokyo memang terkenal dengan taraf hidup yang tinggi. Untuk miliki sebuah rumah pun bukan semudah di Malaysia (syukur alhamdulillah)…tourist guide kami ada beritahu, keluasan sebuah rumah di Tokyo hanyalah sebesar bilik dihotel Imperial yang kami menginap. Mereka (tourist guide lantikan Shaklee) sangat berterima kasih kerana berpeluang menginap di Imperial Hotel.

Di Tokyo, bagi golongan yang berada, kalau nak membeli belah disinilah tempatnya… Ginza Street. Kawasannya sangat besar. Tak mampu saya nak jalan habis Ginza street ini. Tapi disinilah terletaknya butik butik jenama terkenal dunia. Memang Gah. Kalah kot Pavillion kat Malaysia. Hehehe….jangan risau, sebab kitaorg pun bukan membeli belah kat sini. Just cuci mata ja…tak nak cuci poket…

Ginza Street, Tokyo Japan

Jalan2 di Ginza Street…ni umpama Bukit Bintang la kalau kat Malaysia…

Ha….nak beritahu…inilah kedai yang kitaorg cari. Kalau memang anda seorang pelancong, inilah kedai yang paling sesuai untuk anda. Macam macam ada. Harga reasonable dan pelbagai barangan jepun yang unik dan menarik dijual di sini. Carilah kedai DON.K!…so..kitaorg cuci poket dan menghabiskan Yen disini…😉

Don.k!, donki japan, kedai cenderamata

hahaha…inilah kedai yang kami cari! DON.K!.camner nak sebut pun tak tahu…kami sebut “donki”…

Oleh kerana banyak berjalan hari ini…di Disneyland, di Ginza, jadinya sakit kaki omak! Malamnya kak miah rest sahaja di bilik sambil packing barang. Ada antara kawan kawan yang repeat lagi ke Hardrock dan kawasan sekitar. Kak miah tak larat dah. Esok pagi pagi dah nak check out dan terbang balik ke sarang…yeahhh

Begitulah pengalaman manis kak miah dan rakan rakan sepanjang bercuti di Jepun. Sangat berpuas hati dan sangat happy. Tq Shaklee…Tq mr hubby…kalau ada rezeki nak repeat Japan lagi dengan family, insyaallah

Jangan lupa baca entry entry terdahulu ya!

Shaklee Part 1

Shaklee Part 2

Shaklee Part 3

Shaklee Part 4

Shaklee Part 5

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: