5 SIMPTOM ATAU TANDA TANDA PENYAKIT GOUT YG PERLU ANDA KETAHUI

by azszua03 on 1 October 2017

Assalamualaikum….hari ni kak miah nak cerita tentang sejenis penyakit yang sering pelanggan pelanggan kak miah hadapi iaitu penyakit GOUT.

Tidak dinafikan penyakit gout sering menyerang rakyat Malaysia terutama golongan lelaki yang berusia 40 tahun ke atas. Penyakit gout adalah salah satu cabang dari penyakit athritis atau bahasa mudahnya radang sendi yg kedua terbanyak selepas osteoathritis. Gout menyebabkan penghidapnya mengalami kesakitan yang amat sehingga menyukarkan pergerakan.

Definisi Penyakit Gout

Gout berpunca dari pengumpulan sejenis kumuhan iaitu asid urik yang terhasil dari sejenis protien. Asid urik ini sepatutnya dibawa keluar melalui urin atau air kencing, tetapi apabila terjadinya kegagalan buah pinggang untuk memproses dan menyingkirkan ia akan menyebabkan pengumpulan kristal asid urik pada sendi sendi atau tisu lembut.

Sebagaimana penyakit penyakit lain, penyakit gout juga menunjukkan tanda tanda atau simptom sebelum menjadi semakin parah. Antara simptom yang biasa dikesan ialah :

1.Sakit pada sendi terutama pada ibu jari kaki.

75% dari penghidap penyakit gout bermula dari sendi di bahagian ibu jari kaki. Tetapi ada juga kes dimana bermula dari sendi sendi bahagian lain seperti tangan, atau pun siku.

gout, sendi sakit, rawatan gout

antara simptom dan tanda tanda anda diserang penyakit gout ialah, sendi terutama ibu jari kami menjadi bisa dan sakit

2. Bahagian sendi yang sakit akan menjadi bengkak, merah dan panas.

Keradangan mula menunjukkan aktivitinya. Kesakitan pada ketika ini sudah mula rasa bagai dicucuk cucuk dengan jarum tajam, ngilu dan bisa.

3. Rasa sakit yang berlarutan.

Pada peringkat ini, rasa sakit akan berlarutan sehingga berhari hari, atau sekurang kurangnya 1 hingga 2 minggu. Jika tidak mula dirawat mungkin juga akan berlarutan berbulan bulan.

4. Pembuangan air kencing yang kerap dan banyak.

Sebagaimana saya beritahun sebelum ini, masalah gout berkait rapat dengan kegagalan buah pinggang menapis kumuhan asid urik, makanya kegagalan ini akan mengganggu sistem perkumuhan secara umumnya.

urin, gout

kerap membuang air kecil juga antara simptom gout

5. Sensetif dengan suhu sejuk.

Antara simptom yg biasa di temui pada penghidap gout ialah sistem badan yang sangat sensetif pada cuaca sejuk atau suhu rendah. Jika mereka berhadapan dengan keadaan ini, benjolan pada sendi akan mula merasa sakit dan bisa menyucuk sehingga boleh menyebabkan penghidap mengalami demam.

Itulah tadi pengenalan terhadap penyakit gout dan juga simptom simptom yang perlu anda ketahui agar langkah langkah pencegahan bagi mengelakkan penyakit gout terjadi dapat dilakukan segera.

Dapatkan konsultasi lanjut untuk masalah gout ini dari saya dengan menghubungi 0192423139 dan saya ada cara untuk membantu anda menanganinya. Insyaallah

 

Artikel berkaitan

RAWATAN PENYAKIT GOUT YANG BERKESAN DAN CEPAT

RESVERATROL BERKESAN UNTUK PENGHIDAP GOUT MENURUNKAN BACAAN ASID URIK

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: