7 LANGKAH PENCEGAHAN DAN MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN OLEH PENGHIDAP GOUT

by azszua03 on 4 October 2017

Assalammualaikum,

Tiada sorang pun dari kita yang ingin sakit kan? Tapi berapa ramai yang betul betul sedar dan “alert” untuk mencegah serta mengelak dari diserang penyakit? Atau mungkin kurangnya pendedahan tentang langkah pencegahan terhadap penyakit masih rendah. Jadi, jom saya kongsikan beberapa langkah pencegahan penyakit yang perlu kita titik beratkan khususnya bagi penyakit Gout.

Sebelum hadirnya tanda tanda atau simptom simptom gout pada diri kita, seharusnya langkah pencegahan diambil dari pelbagai sudut. Walaupun ada saya katakan di artikel sebelum ini tentang risiko gout yang lebih menjurus kepada golongan lelaki berusia 40 tahun ke atas, tetapi, utk lelaki yg lebih muda dan golongan wanita dewasa juga tidak terkecuali boleh terkena gout. Jadi semua golongan juga perlu mengambil langkah pencegahan. Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan bagi mengelak dari serangan gout ialah :

  1. Rutin Senaman

Melakukan senaman secara rutin dan mengekalkan berat badan yang ideal boleh mencegah dari risiko diserang gout. Diet sihat dan seimbang adalah sangat membantu untuk mengawal berat badan. Elakkan diet rendah karbohidrat yang boleh menyebabkan kitosis sekaligus meningkatkan paras asid urik dalam darah

Rutin senaman antara langkah terbaik untuk mencegah dan mengelakkan Gout

 

2. Minum air secukupnya.

Minum air masak atau air kosong secukupnya kerana ia membantu mengangkut asid urik keluar dari badan melalui air kencing. Setiap 25kg berat badan anda perlu mengambil 1 liter air. Atau amalkan 8 gelas air masak untuk sehari.

3. Jangan minun minuman keras.

Alkohol boleh menyebabkan paras asid urik dalam darah meningkat. Jadi, kurang atau berhentilah dari minum minum keras.

 

diabetes, sweets

Elakkan risiko diabetes

4. Kurangkan atau hindari makanan dan minuman yang manis.

Makanan manis dan bergula boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dan meninggikan risiko diabetes. Diabetes pula meningkatkan risiko gout. Begitu juga dengan makanan terproses. Cuba elakkan

 

5. Elak makanan berunsurkan daging merah.

Makanan berusurkan daging adalah susah untuk dihadam. Sekaligus akan meningkatkan asid urik dalam darah. Begitu juga bagi penggemar makanan esotik dan organ dalaman haiwan. Jauhkan dari menu harian anda.

animal organs

elakkan makanan berisiko

6. Kurangkan makanan laut.

Ya! Penghidap gout sangat sensetif dengan makanan laut yg mengandungi kandungan purin yang tinggi. So bagi mencegah, eloklah kita kurangkan pegambilan sumber purin yg tinggi seperti ikan sardin, makeral dan ikan bilis.

 

7. Kurangkan pengambilan buah yang berasid.

Ha, buah pun ada yg perlu difikir fikirkan ya. Buah yang tinggi asid adalah seperti buah tomato dan buah durian. Bukan tak boleh makan, tapi berpada pada untuk kesihatan dimasa hadapan.

Buah buahan berasid yang boleh meningkatkan asid urik perlu dikurangkan

 

Demikian tadi antara langkah mencegah dan makanan yg perlu kita elakkan agar gout tidak singgah dibadan kita. Bagi yang sudah menghidapi gout, anda seharusnya lebih mengambil serius. Rawatan dan penjagaan dari berulang kembali perlu dititikberatkan.

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: