RESEPI LASAGNA DAGING ATAU AYAM YANG RINGKAS TAPI SEDAP

by azszua03 on 6 October 2017

Assalamualaikum…

Hai korang…hari ni kak miah nak kongsikan resepi dan cara cara buat lasagna yg sedap dan mudah. Kak miah dah banyak kali juga buat lasagna ni. Buat minum petang dengan famili. Setakat ni memang diaorg kata sedap la.

 

beef lasagna, homemade lasagna

sangat menyelerakan… yummmyyyy!!

Bahan bahan untuk “sos merah”

  1. 5 sudu besar Sos spegeti (nak guna tomato pure pun boleh)
  2. 1 biji bawang besar (dicincang)
  3. 3 ulas bawang putih (dicincang)
  4. 1 biji tomato (dicincang)
  5. 200g Daging/ayam kisar
  6. 6-7 biji Cendawan butang (dihiris)
  7. 1/2 cawan air
  8. 2 sudu minyak utk menumis
  9. 1/2 susu kecil Garam

Cara membuat :

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang halus. Bila bawang layu dan naik bau, masukkan daging/ayam kisar. masak hingga agak kering. Masukkan sos spegeti dalam 5 sudu besar kedalam kuali. masukkan sedikit demi sedikit air. tunggu hingga mendidih sambil kacau perlahan. Masukkan tomato yg telah dicincang dan cendawan butang. Kacau hingga masak sekata dan masukkam garam. siap!

Eh nanti dulu….belum siap semua lagi..baru siap “sos merah” je. Sos putih kena buat pula…ok..sos putih ni senang je.

Bahan bahan utk sos putih

  1. 300ml susu segar
  2. 100ml air
  3. 2 sudu besar tepung gandum
  4. 2 sudu besar Planta (butter pun boleh)
  5. Sedikit Lada hitam
  6. Sedikit Parsley

Cara caranya, panaskan periuk dan masukkan planta ayau butter. Sementara itu ambil air dan tepung gandum kacau sebati dan kemudian masukkan kedalam periuk. Kacau rata. Masukkan susu. Pastikan api kecil ye. Masukkan lada hitam dan pasley. Kacau dan tutup api bila sudah mula memekat. Siap!

Bila sos merah dan sos putih telah siap, skrg masa utk menjadikannya “sebiji” lasagna. Terlebih dahulu, rendam kulit lasagna anda dlm air panas dlm 3 keping ( size large). Make sure rendam jgn sekali 3 keping, asing asingkan supaya tak melekat antara satu sama lain.

kulit lasagna, lasagna sheet

inilah bahan penting dalam pembuatan lasagna. Kak miah guna Lasagna Sheet dari San Remo

Kemudian, parut cheese anda atau nak guna chees yg dah siap parut tu pun boleh. Biasa kak miah guna chddar dan mozarella cheese. Ini utk letak dlm lapisan dalam. Bahagian atas biasa kak miah letak cheese slice.

Dah siap parut cheese, boleh la mula menyusun lapisan lasagna anda. Boleh guna loyang segiempat untuk lebih mudah. Kak miah biasa guna bekas kaca ni. Memang ngam2 size dengan saiz kulit lasagna.

Lapiskan loyang dengar planta atau butter terlebih dahulu. Kemudian mulakan dengan letak sedikit sos putih. Lepas letak sos putih, letakkan kulit lasagna. Lepas tu lapisan sos merah dikiuti sos putih dan tabur cheese yg diparut tadi. Kemudian ulang semula lapisan kulit, sos merah, sos putih, cheese parut. Buat 3 lapisan sehungga lapisan teratas ialah sos putih semula dan letakkan cheese slice dan tabur cheese parut. Bagi yang suka cheese bertali tali sewaktu makan….boleh la lebihkan mozarella cheese.

bake lasagna, beef lasagna

Bakar selama lebih kurang 20 minit dengan api atas bawah suhu 160 darjah selsius

 

Dah siap susun lapisan lapisan tu boleh la bakar pasa suhu 160 darjah selama 20 minit. Ikut oven masing masing.

Tarraaaaa!!!! Ini barulah betul betul siap…

chiken-lasagna, extra cheese lasagna

Kalau sekali buat boleh dapat 3 bekas kecil ni atau 1 bekas besar seperti gambar membakar dalam oven diatas

 

sekian dulu resepi hari ini….., selamat mencuba!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: