5 PUNCA KULIT HILANG KELEMBAPAN DAN ROSAK

by azszua03 on 8 October 2017

Assalamualaikum semua…

Hari ni kak miah nak share sesuatu yg memang sinomin dengan perempuan. Eh mungkin 2 -3hari ni memang berkisar tentang isu ni jer….so janganlah jemu follow tulisan akak yer… semoga memberi manfaat kepada semua wanita diluar sana…atau mungkin abam abam yg ingin join sekaki…

Ok, isu utk hari ini dan beberapa hari seterusnya ialah berkisar tentang “kulit” yer….semestinya memiliki kulit yang lembab, sihat dan cantik menjadi idaman semua orang terutamanya wanita. Tapi sejauh mana anda mengetahui secara asasnya kulit dan keperluan kulit anda?

cantik tanpa make up, cara hilangkan jerawat, cara kulit lembab, cara rawat kulit, Kulit cantik, kulit lembab, kulit lembut, kulit licin, kulit moist, kulit mulus, kulit sihat, rahsia kulit gebu, tona tidak sekata

memiliki kulit sihat dan cantik dambaan semua wanita

Lambakan produk kecantikan dan supplemen di Malaysia ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Lihat sahaja iklan iklan di media sosial dan juga di papan papan iklan yang menawarkan produk yg “cepat berkesan” dan murah. Tentu sahaja ramai yang tidak berfikir 2 kali untuk memiliki kulit persis model dipapan iklan tersebut.

Nanti dulu kawan kawan….belajar dan fahami dulu kulit anda. Fahami dulu masalah dan punca yang menjadikan kulit anda tidak sihat. Tahu dulu kenapa kulit kering, berjerawat, berparut, berjeragat atau pun kulit kusam. Apabila kita ketahui punca barulah mudah untuk kita selesaikan masalah tersebut.

Mari saya kongsikan 5 punca utama yang selalu menyebabkan kulit hilang kelembapan dan menjadi tidak sihat dan bermasalah. Mungkin ada antaranya menjadi punca kepada permasalahan anda juga. Antara 5 punca kulit hilang kelembapan dan bermasalah ialah :

 

1. Faktor pemakanan.

Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Makanan bergoreng antara yang menjadi kegemaran semua. Begitu juga dengan makanan terproses yang begitu mudah didapati dengan segera. Makanan yang berminyak dan mengandungi gula yang tinggi ini adalah faktor yang boleh menyebabkan tahap kesihatan kita rendah.

cantik tanpa make up, cara hilangkan jerawat, cara kulit lembab, cara rawat kulit, Kulit cantik, kulit lembab, kulit lembut, kulit licin, kulit moist, kulit mulus, kulit sihat, rahsia kulit gebu, tona tidak sekata

Pilih makanan yang bernutrisi untuk kulit yang sihat

Organ yang paling terkesan sudah tentunya kulit kita. Kulit yang sihat datangnya dari makanan yang bernutrisi tinggi. Antara keperluan asas yang diperlukan oleh kulit ialah protien dan vitamin C yang boleh didapati dari makanan harian kita. Keperluan kulit ini ada saya ceritakan secara details pada artikel “Cara Asas mendapatkan kulit yang cantik dan sihat secara semulajadi dengan mudah“.

2. Penggunaan kosmetik dan produk penjagaan kulit yang salah.

Sebagai manusia, Allah ciptakan kita berbeza warna kulit, jenis kulit dan juga masalah kulit. Oleh itu, kita perlu tahu produk yang terbaik dan yang paling penting ialah selamat kepada kulit kita. Bukan hanya melihat kepada jangkamasa pendek, tetapi utk masa akan datang juga.

Oleh kerana kita disogokkan dengan iklan iklan “cantik segera dalam 3 hari” kita sering lupa kesan jangkamasa panjang. Begitu juga yang membeli tanpa tahu kondisi kulit masing masing. Ramai yang saya temui kulit rosak akibat penggunaan produk yang salah. Ada dari kulit bersih hingga ditumbuhi jerawat dan bernanah. Akibat dari salah pilih produk. Begitu juga kesilapan menggunakan produk yang berlawanan dengan jenis kulit.

3. Faktor terdedah kepada persekitaran dan pencemaran alam sekitar.

Bagi wanita yang bekerja di luar atau terdedah kepada cuaca dan pencemaran alam, masalah kulit yang paling biasa dialami ialah kulit kering dan jeragat. Radikal radikal bebas yang terdapat dalam ruang udara kita banyak mengundang masalah kesihatan dan juga masalah kulit.

Jika masalah kulit kering dan terdedah kepada pencemaran dan cuaca panas tidak ditangani segera, lama kelamaan kulit akan rosak dan susah untuk dirawat kembali. Jadi, elakkan terdedah terlalu lama dengan cuaca panas.

4. Penggunaan air panas dan penghawa dingin.

Penggunaan air panas sewaktu mandi akan menyebabkan liang roma kita terbuka dan liang pori diwajah akan terbuka dan menyebabkan kulit hilang lembapan. Begitu juga dengan penggunaan hawa dingin secara berterusan boleh menyebabkan kulit kehilangan lembapan. Apa bila kulit hilang lembapan, maka kulit akan menjadi kering dan mengelupas.

cantik tanpa make up, cara hilangkan jerawat, cara kulit lembab, cara rawat kulit, Kulit cantik, kulit lembab, kulit lembut, kulit licin, kulit moist, kulit mulus, kulit sihat, rahsia kulit gebu, tona tidak sekata

Penggunaan air panas ketika mandi boleh menyebabkan kulit kering

5. Kekurangan air dalam badan.

Pengambilan air minuman seharian haruslah dititikberatkan terutama bagi mereka yang banyak melakukan aktiviti fizikal. Kekurangan air dalam badan boleh mengakibatkan penghidratan dan menyebabkan pelbagai komplikasi. Kulit adalah organ utama yang akan terkesan apabila kandungan air dalam badan berkurang. Jadi, kulit yang sihat datang dari tubuh yang cukup bekalan air dalam badan.

Begitulah tadi faktor faktor utama bagaimana kulit kita kehilangan lembapan dan menjadi punca kepada terjadinya masalah kulit seterusnya. Tapi jangan risau yer kawan kawan kerana kak miah akan kupas pula isu bagaimana utk merawat kulit yang telah rosak untuk kembali sihat dan cantik tanpa kos yang tinggi. Stay tune!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: